The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

28 Disember 2008

1430

Setahun lagi berlalu. Umur tidak bertambah, bahkan berkurang. Semakin hari, kita semakin mendekati hari yang selepasnya tiada bermakna lagi harta dan pangkat, melainkan tiga. Tiga yang bisa menyambung amal: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan. Persoalannya - adakah sudah kita bersedia menghadapi hari itu?

Kematian datang bila-bila masa sahaja. Tika masanya tiba, kematian akan hadir, tiada lewat dan tiada awal. Tepat. Tidaklah ia boleh dilengahkan, tidak juga mampu dipercepatkan. Ia hadir kepada semua, tidak mengira bangsa dan agama, tidak kira yang tua mahupun yang muda.

Marilah sama-sama koreksi diri, merenung, adakah sepanjang 1429 hijriah sudah dilengkapkan diri ini dengan bekal menuju ke sana; ataupun ia menjadi satu lagi tahun yang padanya penuh maksiat dan dosa. Tidak perlu menuding jari mengatakan si fulan itu banyak berbuat dosa, sedang diri hanyut dengan gelora dunia.

Sebagai seorang hamba yang lemah, saya menyusun sepuluh jari pohon keampunan dan kemaafan kiranya di sana terdapat kontradiksi pada perkataan yang mengkhilafi perbuatan. Diakui, banyak hati-hati yang terguris dek sifat diri yang tidak matang ini.

Buat Mak dan Abah, juga abang dan adik-adik, maafkan andai tersilap kata, tersalah bicara. Tegurlah diri ini jika terlangkau garis batas-Nya. Sama-samalah tolong-menolong di dalam perkara kebaikan dan tegah-menegah di dalam perkara kemungkaran.

Buat insan yang dekat di hati, thabatlah dalam berjuang. Jangan mudah rasa kecewa dan putus asa atas ujian yang melanda. Bersabarlah. Usahlah diikut diri ini yang penuh kecacatan. Sesungguhnya saya bukanlah seorang yang boleh dijadikan contoh tauladan yang baik. Apa yang baik, ambillah. Apa yang buruk, jauhilah. Ampun maaf atas segala kesilapan dan kesalahan.

Untuk rakan-rakan seperjuangan, andai terdapat secubit alpa, bantulah diri ini untuk mengingati. Andai terselit secebis kufur, pimpinlah saya ke arah syukur.

Saya bukanlah seorang yang layak memberi nasihat, jauh sekali memberi teguran. Apa yang mampu saya lakukan ialah melontarkan pandangan pada apa yang dirasakan rasional. Kepada sidang pembaca, tegurlah saya andai pada apa yang saya lontarkan ini terdapat keburukan.

Sama-samalah berazam untuk menjadi mukmin sejati. Yang mana semalam tidak serupa hari ini.

"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal. Dan pada kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga kami memohon pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan berikanlah kami kekuatan untuk meningkatkan usaha bagi mendekatkan diri kami kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia."

Amiin, amiin, ya Rabbal-'aalamiin.

24 Disember 2008

Gears of War Fan Art!




Satu lagi testi untuk anda. Hehe. Walaupun saya tidak pernah bermain permainan video third-person shooter ini, tak mengapalah. Fan art saja pun =) Nama permainan video itu (Gears of War 2) sengaja diterbalikkan untuk memberikan efek pening-pening lalat kepada pembaca. Heheh.

16 Disember 2008

Sedih, Kecewa, dan... (bahagian 2)


Tajuk poem yang akan dimasukkan dalam komik Al-Fityan edisi ketiga. Hehe. Catchy? No lah.

15 Disember 2008

Sedih, Kecewa, dan...


Hehe, catchy tak tajuk di atas? Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Sengaja ingin tampilkan testimonial versi grayscale untuk iluvislam.com. Di situ anda boleh dapatkan versi berwarna. Dan jika anda ingin memuatkan versi grayscale (tidak terdapat di iluvislam) di profil rakan, sudi-sudilah ambil kod di bawah, ya. =)


07 Disember 2008

Salam Eidul Adha!


Salam Eid buat semua. Ingin berceloteh lagi. Kali ini tentang pengorbanan. Haha, sejak seminggu dua ni, acap juga ya saya berceloteh? Tak apalah, esok lusa bila dah habis cuti, tak ada masa pula nak menghadap laptop. Blog pun mungkin lama ditinggal, tak dikemaskini. Bersawanglah jawabnya.

Kembali ke topik asal. Pengorbanan. Sedar tak, setiap tahun kita sambut Eid Adha. Khatib-khatib selalu berkhutbah tentang kisah nabi Ibrahim dan Ismail alaihimassalam. Tentang mimpi baginda, tentang bagaimana hari 'Arafah mendapat nama, peristiwa qurban, dan lain-lain.

Apa yang menarik perhatian ialah hanya segelintir masyarakat Islam memahami erti pengorbanan sebenar. Khutbah selepas solat mungkin sekadar pencukup syarat saja. Entah apa yang mereka takwilkan tentang erti pengorbanan, wallahua'lam. Saya tidak mahu mengulas akan definisi pengorbanan. Masing-masing mempunyai point of view tersendiri.

Namun, adakah mementingkan diri sendiri, seperti yang sudah terlalu obvious dalam kebanyakan masyarakat penganut Islam pada zaman ini, merupakan satu pengorbanan? Hanya cakna tentang perihal diri dan tidak mahu endahkan orang lain.

Ke mana perginya ruh "tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah saudaranya disayanginya sepertimana dia menyayangi dirinya"? Mengapa pula kebanyakan umat Islam saling berbalah antara satu sama lain?

Ya, perbalahan dalam umat Islam muncul sejak zaman dulu lagi. Mengapa? Antara yang menjadi penyebab ialah sifat keakuan dan tidak cakna kepada orang lain. Ingat, Allah tidak akan menimpakan bala'Nya hanya kepada orang yang fasik, bahkan juga kepada seluruh negeri/negara andai orang soleh di dalamnya enggan melakukan perubahan.

Tanggungjawab dan kepimpinan ialah sesuatu yang akan disoal kelak. Ingat, leadership is action, not position. Usah pentingkan diri sendiri. Jawatan di dunia tidak kan kekal. Segalanya milik Tuhan langit dan bumi. Kita hanya peminjam. Usah abaikan mereka yang memerlukan. Jangan lengahkan untuk memberi pertolongan.

Andai semua manusia sedar akan hakikat ini, dunia tentu aman. Berkorbanlah demi Allah. Segalanya akan menjadi manis andai Allah menjadi matlamat.


P/S: Nama pun berceloteh. Saya sendiri tak faham apa yang saya tuturkan ni. Selamat hari raya untuk semua. Hayati erti pengorbanan dengan sepenuh jiwa!
(Pesanan untuk diri sendiri juga.sengihnampakgigi)

06 Disember 2008

Tonsillektomi

Entah. Terasa ingin berkongsi sedikit pengalaman bersama pembaca. Pengalaman ini berlaku sekitar tahun 1999-2000. Entah, saya juga kurang ingat dengan tepat. Tapi seboleh mungkin saya akan cuba ceritakan isi-isi penting yang agak crucial. Pause dulu ya bab lukis-melukis?sengihnampakgigi

Sejak kecil saya merupakan seorang budak lelaki yang menggemari aiskrim (abaikan perisa apa yang menjadi kegemaran saya). Malangnya, apa yang saya gemari inilah yang menyebabkan saya menanggung derita.

Dan bermulalah kisah tentang tonsillitis.

Setiap kali saya menjamah aiskrim, air batu kacang (pendek kata benda-benda yang berais), tekak akan mulai terasa perit. Keadaan di bahagian bawah rahang akan mula membengkak. Masih saya ingat, jika dingangakan mulut di hadapan cermin, dua ketul daging jelas kelihatan menjadi pengapit anak tekak. Daging tersebutlah yang dinamakan tonsil. Tonsillitis ialah satu keadaan di mana tonsil tidak mampu berfungsi dengan baik dan membengkak, menyebabkan si pesakit kurang selesa untuk menelan apa-apa. Ia terbahagi kepada tiga: akut, sub-akut, dan kronik (mengikut susunan tahap rendah - tinggi). Selepas pemeriksaan di Hospital Ipoh, doktor mengesahkan bahawa saya menghidap tonsillitis kronik. Dia memberi pilihan sama ada menjalani kaedah rawatan biasa (memakan ubat-ubatan dan berpantang) atau kaedah lain yang agak memeritkan, namun efektif untuk jangka masa panjang. Walaupun agak gentar, saya bersetuju memilih kaedah kedua. Tonsillektomi.

Tonsil saya perlu dibuang.

Beberapa minggu selepas medical check-up, saya dimasukkan ke wad. Adat ditahan, saya tidak dibenarkan memakan makanan 'asing' selain yang disediakan staf hospital. Ah, nasi kosong, sup, dan sayur air sudah cukup lazat dan mengenyangkan!

Mak menemani saya pada hari pertama, menjadi teman berbual. Kami bergelak ketawa dan bergurau sakan. Saya tidak ingat apa yang diguraukan, tapi saya betul-betul terasa aman di sisi Mak. Seakan terlupa operation yang bakal dijalankan pada keesokannya. Terima kasih, Mak!

Hari yang dinantikan tiba. Oleh kerana ada tugas di Teluk Intan, Mak terpaksa balik. Abah akan menemani saya sehingga saya keluar wad. Setelah beberapa kali postpone (saya tak tahu mengapa, mungkin ada pembedahan yang belum selesai), tibalah giliran saya. Selepas menelan dua pil kecil yang tidak saya kenali (barangkali pil tidur atau bius), saya dibawa ke bilik pembedahan. Unik, saya tidak berjalan ke bilik bedah, bahkan dibaringkan di atas katil beroda dan dibawa naik ke tingkat atas melalui lif (pernah anda menggunakan lif dalam keadaan berbaring?).

Tiba di bilik bedah, beberapa jururawat pelatih datang melihat-lihat persekitaran bilik bedah, dipandu oleh seorang jururawat terlatih (saya tidak ketahuan akan hal ini - Mak yang memberitahu tentangnya sesudah saya sampai ke rumah). Saya merenung lampu bedah yang cerah di atas kepala. Beberapa minit selepas itu, suara jururawat tadi beransur sayup. Penglihatan saya mulai kabur. Lampu bedah seakan terus malap. Gelap.

...


Terasa pelik di tekak. Seakan mudah sekali untuk udara masuk menyentuh rongga. Masih gelap. Mata mulai menerima cahaya. Sedikit demi sedikit, akhirnya saya terjaga. Rasa aneh di tekak mula bertukar perit. Ketika itu juga saya sedar ada semacam alat besi yang digunakan untuk membiarkan rahang terbuka luas, memudahkan proses pembedahan. Di bahagian tepi mulut juga terasa ada dimasukkan wayar suction untuk menyedut lebihan cecair (air liur, darah, dll) seperti yang selalu dibubuh setiap kali proses pembedahan. Terasa kebas di tangan kiri. Ada wayar disambungkan pada pembuluh.

Saya kehairanan, kenapa doktor masih membiarkan saya dalam posisi sedemikian (ternganga). Saya cuba memanggil doktor, tapi hanya "aaa!" yang mampu saya tuturkan. Suara saya ketika itu masih agak perlahan. Beberapa minit selepas itu barulah kedengaran suara "oh, dah bangun?". Rahang saya dibebaskan daripada alat besi yang tidak saya ketahui namanya. Liur pertama cuba diteguk dengan 'tekak baharu', namun terasa seakan ada tulang mencucuk tekak. Perit. Pedih.

Saya dibawa masuk ke wad, separa sedar, juga dengan katil beroda. Malam itu juga saya gagahkan diri ke payphone untuk memberi khabar gembira pada Mak. Tonsil saya sudah berjaya dibuang. Kedengaran suara mak di corong sana sedikit sebak. 'Tak mengapa, mak. Angah OK', saya ucap dalam hati. Sepanjang berada di Hospital Ipoh selepas dibedah, Abah terpaksa melayan karenah saya yang bermacam. Kasihan Abah.

Untuk mempercepatkan proses pemulihan luka pada tekak (yang sebelumnya diduduki tonsil), saya perlu menjamah bahan-bahan sejuk, lembut, dan tidak berminyak.


Ya, aiskrim!

Abah menjanjikan yang setiap hari saya berpeluang memakan aiskrim. Kedengaran sungguh menarik, bukan? Malang sekali, saya berpeluang menjamah, tapi tidak mampu menikmati. Saya pulang ke Teluk Intan sehari selepas pembedahan. Doktor, sebenarnya, tidak membenarkan saya keluar disebabkan keadaan saya yang agak tidak sihat ketika itu. Saya demam panas. Namun, oleh kerana Abah menyatakan bahawa Mak seorang jururawat dan akan dapat menjaga saya dengan baik, doktor terpaksa memberikan lampu hijau. Abah bertegas tidak mahu duduk lama di hospital.

Saya menyalin pakaian. Agak sukar kerana terdapat wayar di tangan kiri. Ia kemudiannya dicabut dengan sungguh bersahaja oleh seorang jururawat. Mata mula berair menahan sakit. Kelihatan lubang yang agak besar pada bahagian belakang tapak tangan, tempat wayar tadi disambungkan. Darah meleleh. Kapas bersih diberi untuk ditekup, dilapik.

Beberapa minit kemudian, saya menapak masuk ke dalam kereta Abah. Terpaksa berbaring kerana terasa agak tidak selesa berada dalam posisi duduk. Tekak masih terasa sakit. Kerana masih lemah, saya terus tidak sedarkan diri. Tertidur. Langsung tidak sedar semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Apa yang saya sempat perasan, sepanjang perjalanan ke Teluk Intan, cuaca tidak baik. Hujan renyai-renyai.

Ringkaskan cerita.

Beberapa minggu pertama bersama 'tekak baharu', saya jadi agak kurus. Tidak larat makan minum kerana tekak begitu sakit. Habis kena leteran Mak dan Abah, tidak serik juga. Masih tidak mahu menjamah makanan. Sebulan selepas itu, (seingat saya, sudah hampir masuk bulan Ramadan) barulah saya mampu menelan makanan seperti sediakala. Pengesahan doktor semasa medical check-up kali kedua selepas pembedahan, yang mengatakan saya sudah pulih (namun perlu menghabiskan ubat yang diberikan), menyebabkan saya melompat keriangan.

Teringat suatu masa, sebelum bulan Ramadan, ketika mana abang saya membuat jenaka. Separuh mati saya ketawa. Tawa saya tiba-tiba terputus kerana terasa seakan ada darah di dalam mulut. Saya meludah di sinki. Ternyata, ketawa menyebabkan luka tonsillektomi berdarah kembali. Ah, teori semata-mata saja tu sengihnampakgigi. Mungkin luka tersebut belum sembuh sepenuhnya lagi. Barangkali 98.9 peratus.

Masuknya Ramadan, saya sudah mampu makan makanan pedas dan berminyak tanpa rasa pedih atau sakit. Alhamdulillah. Hadiah Ramadan daripada Allah.

Alhamdulillah, walaupun tanpa tonsil, saya dapat hidup seperti manusia normal.


"Asykuruka ya Rabb!"


P/S: Sila klik sini, sini, dan sini untuk melihat perihal tonsil.

03 Disember 2008

Demi Cinta Episod 2: Teaser

Zik dan watak baru, Zak, yang akan muncul dalam episod kedua.
Trivia: gabungkan =
zikzak (zigzag).

Masih tak tahu lagi bila akan saya sambung kisah ini. Tunggulah sebulan dua lagi. Hehe. Kalau rajin, esok juga saya poskan. Tapi kan, Mak selalu pesan jangan main 'buah kalau' di bibir mulut. Heh.
setan

01 Disember 2008

Soalan Lazim (F.A.Q) Berkaitan "Demi Cinta"

S: Mengapa anda namakan kartun ini - Demi Cinta?
J: Sebelum menjawab, adakah anda sudah membacanya? Jika belum, sila baca dahulu. Jika sudah, anda tentu sudah mendapat sedikit jawapan tentangnya. Sudah tentulah, jika saya berikan jawapan penuh, pasti cerita ini akan 'basi'!

S: Watak Zik ada iras muka pelukis sendiri. Disengajakan?
J: Iyakah? Jika anda follow lukisan-lukisan saya sebelum ini, pasti anda akan melihat stail muka yang sama. Bukan bermakna melukis diri sendiri atau syok sendiri, tapi lebih mudah melukis benda yang selalu dilukis. Kalau ada iras, mungkin kebetulan.

S: Boleh tahu siapa nama gadis berambut pendek?
J: Tak boleh. Tunggu dan lihat.

S: Adakah watak Ain betul-betul wujud dan ada hubungan kekeluargaan (sepupu) dengan pelukis?
J: Ya, manusia bernama Ain memang wujud di Bumi ini, tapi tidak ada satu pun sepupu saya bernama Ain.

S: Anda menyifatkan Demi Cinta sebagai tempat luahan perasaan anda? Cinta yang tak kesampaian?
J: Ha? Anda masih belum baca hingga tamat, anda sudah pun buat konklusinya! Tidak, saya tidak bersetuju sama sekali dengan soalan ini. Tempat luahan perasaan, mungkin ya, tapi bukan cinta. Beginilah, saya sifatkan cerita ini sebagai kisah kekeluargaan. Noktah.

S: Ada hajat untuk dibukukan dan dipasarkan?
J: Ya, kalau boleh, tembus ke pasaran antarabangsa. Bukankah sudah diberitahu dalam entri sebelum ini? Untuk diri sendiri, ya. Dijual, tidak.

S: Boleh bukukan dan jual untuk saya?
J: ...

>>End of discussion.

P/S: Sila utarakan di ruangan komen jika ada soalan yang anda ingin ajukan. Terima kasih.

29 November 2008

Demi Cinta ep 1 m/s 9,10


Pujian bagi Tuhan. Berjaya juga saya siapkan.
Episod 1 Demi Cinta untuk tatapan.
Mengapa pula berpantun-pantunan?

angkatkeningsengihnampakgigiangkatkening

Selesai 10 muka surat dilukis. Pelbagai komentar diterima. Antaranya, ada yang bertanya adakah kisah ini berkisar kehidupan pelukis sendiri, ada yang mengatakan watak utama ada iras pelukis, ada juga yang bertanya adakah kisah ini akan dibukukan, lantas dijual.

Ya dan tidak ialah jawapan bagi ketiga-tiga soalan di atas. Ya, ada sedikit diselitkan kehidupan pelukis sendiri tapi tidak sepenuhnya. Ya, mungkin ada iras, tapi bila diteliti semula, tidak ada banyak persamaan - janggut, mungkinsengihnampakgigi. Dibukukan untuk simpanan peribadi, ya. Untuk dijual, tidak. Sebabnya? Ada la.. hehe. Anyways, ladies and gentlemen, I give you...

...Demi Cinta episod 1, m/s 9 dan 10!


27 November 2008

Paranoid!

Bila anda sudah memiliki sesuatu yang sangat berharga, pasti terselit, jika tidak banyak, sedikit rasa takut. Takutkan apa?

Kehilangannya. Anda sudah jadi paranoid.

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin akan melakukan sesuatu di luar jangka untuk mempertahankan apa yang telah anda kecapi. Anda akan lakukan segala bentuk pengorbanan yang tidak pernah anda buat sebelum ini. Segalanya kerana 'benda' yang amat berharga tersebut. Dan perkara ini sedang berlaku pada diri saya.

Allahummansurni wansur man uhibb. Wa thabbit quluubana 'alaa deenika wa 'alaa to'atik!

P/S: Dalam apa jua keadaan, ingatlah pada Tuhan. Bukan semasa susah sahaja. Dish! tumbuktumbuktumbuk
PP/S: Versi Inggeris di sini.

22 November 2008

Demi Cinta ep 1 m/s 7,8


Muatnaik 2 muka surat dulu. Tamat pada muka surat 10. Malas pula nak edit 2 muka surat akhir episod 1 ni. ngantuk

20 November 2008

Selamat Berjuang!

Semasa saya mengepos entri ini, kebanyakan rakan di Malaysia mungkin sudah tamat musim peperiksaannya. Sebenarnya sudah lama disiapkan kartun ini. Terlupa, barangkali. Maaf ya, terlambat pos pula. Komik Demi Cinta episod satu tak dapat disudahkan juga dalam masa terdekat ni sebab saya agak sibuk dan terkadang kurang sihat pula. Sabar sajalah ya! Doakan supaya saya dapat menyiapkannya dengan cepat dan supaya anda juga dapat membacanya dengan... (isi sendirilah tempat kosong tu senyumkenyit).

16 November 2008

Mewarna Lagi!?

Ya. Tapi kali ni saya nak kongsi cara mewarna melalui mod Greyscale. Medium - Photoshop CS 2.

15 November 2008

Karya dalam Al-Fityan v.1

Khas untuk mereka yang tak sempat beli majalah komik Al-Fityan, bolehlah anda tatap karya saya di sini ya. sengihnampakgigi Untuk yang menantikan Demi Cinta, tak lama lagi saya muat naik. Sabarlah ya. Orang yang sabar banyak pahalanya. kenyit

11 November 2008

Mewarna!

Cubaan ringkas tutorial mewarna. Enjoy! penat


Klik untuk visual yang lebih besar.


05 November 2008

30 Oktober 2008

Perjuangan Mesti Terus!

Ucapan khusus untuk mereka yang berada di atas, umum untuk yang di bawah. Sekuat mana pun cabaran yang bakal menanti di hadapan sana, anda perlu tabah dan berjuang ke akhirnya. Demi Islam. Pucuk pimpinan dan akar umbi* para ahli perlu ada toleransi, ko-operasi, dan sifat responsibiliti (ceh, apa-apa je lah ayat tu).

Anywez
, kat bawah ni ada sikit proses pembuatan testi. Khas untuk viewers blog ni. Hehe. Enjoy lah walaupun tak seberapa sangat pun lukisannya. Komik Demi Cinta ditangguhkan buat sementara waktu sebab tengah malas, hoho. Sabarlah ya, kepada yang bertanya dan yang sering ternanti-nanti (ceh, berangan ada peminat setia).

*Ungkapan yang selalu saudara Yahya ucapkan suatu masa dahulu.
sengihnampakgigi


1. Hasil scan. Sketch kasar. Telah dimodifikasi sedikit.




2. Selepas dibersihkan sedikit, ditebalkan dengan pen tool (inking), dan dijalankan penukaran levels, brightness and contrast.




3. Selesai coloring dan shading. Ringkas je.



4. Selepas ditambah latar belakang awanan, efek dedaun, dan rerumput. Warna rambut tu ditukar sebab nampak macam lebih sesuai hitam (nanti kuning, orang kata Naruto pulak hehe). Coloring ditambah sikit jika dirasakan ada yang kurang kena dengan taste.



5. Finalize. Blur apa-apa yang patut, jika ada. Tambahan apa-apa quote yang berkenan di hati. Oleh kerana ini testi untuk iluvislam, 'cop' iluvislam kena ada lah. Ok, siap!


28 Oktober 2008

Karya Pada Tasmim

Tangguh dulu cerita Demi Cinta. Bagi mereka yang tak sempat membeli/membaca Tasmim (buletin khas sempena Muktamar KPKM), saya sertakan di sini kartun yang disertakan di dalam kedua-dua edisi Buletin tersebut. sengihnampakgigi


15 Oktober 2008

Warna-warni Muktamar KPKM XIII

Sekitar Muktamar Sanawi KPKM XIII yang berlangsung 12 dan 13 Oktober 2008.