The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

10 Oktober 2008

Dalam Sepuluh...



Alhamdulillah, antologi terbaru sudah siap. Kali ini saya yang baharu berjinak dalam dunia penulisan dijemput bersama. Apa, dari penulis menjadi pelukis? Hehe, inilah yang orang sebut sebagai mindshift. Alah, karya saya masih di tahap mentah jika mahu dibandingkan dengan karya-karya mereka yang lain.

Apa-apa hal pun, di dalam antologi Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta ini, dimuatkan beberapa karya cerpen dan puisi lima orang penulis muda Timur Tengah yang menuntut di Universiti Al-Azhar: Syafiq Zulakifli, Zaki M. Noor, Sammaituha Najwa, Ishaq Hanis dan Mior Khabir Zikri (rasa pelik je bila sebut nama sendiri). Ia bakal dipasarkan di seluruh BKAN dan DPM, juga boleh didapatkan dengan wakil-wakil penjual dengan harga LE 10.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
blog Penerbitan Mohd Zaki. Jangan ketinggalan memilikinya.kenyit