The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

13 April 2009

Pertemuan Akhir

Kelajuan = Jarak/Masa
Membubuh tajuk seperti di atas tidak bermakna saya mahu mengira berapa laju saya dapat menghabiskan pemantapan ilmu untuk menghadapi imtihan awal Jun ini. Apa yang bermain-main di fikiran saya terjemahkan ke dalam strip-cartoon karekter-karekter komik Demi Cinta di bawah (klik untuk imej yang lebih jelas) :



Diam Sebentar
Rasanya sudah sampai masa untuk saya 'diam' seketika dan menumpukan sepenuhnya kepada buku-buku teks Maahad, nota-nota, dan matan. Jadual sudah diketahui. Bukan bermakna saya tidak menghiraukan ilmu-ilmu dan menumpukan pada 'pengajian alam maya' sahaja, tapi ingin saya maksudkan bahawa saya perlu mengurus masa dengan lebih mantap. Saya tidak pernah tahu mengurus masa dengan baik. =]

Sehingga kita berjumpa lagi di pertemuan akan datang. Insya-Allah, tidak lama. Sejurus selepas peperiksaan saya akan kembali menapak ke papan blog hijau-putih ini, dengan izin-Nya.

Sebelum 'berpisah' saya naqalkan jadual peperiksaan tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar, Kaherah.

Rabu, 3 Jun, 0900 1030 - TARIKH MUSHAF

Khamis, 4 Jun, 0900 1100 - AL-QURAN (tahriri)

Sabtu, 6 Jun, 0900 1030 - DHOBT AL-QURAN

Ahad, 7 Jun, 0900 1130 - QIRAAT (tahriri)

Khamis, 11 Jun, 0900 1030 - FAWASIL

Ahad, 14 Jun, 0900 1100 - ULUM AL-QURAN

Khamis, 18 Jun, 0900 1030 - TARIKH QURRA'


*Saya masih tidak tahu adakah jadual ini akan bertukar atau tidak. Mengapa, usah ditanya. Saya akan mengemaskini jadual ini andai diberitahu ada perubahan. Dan seperkara lagi, kemungkinan besar imtihan syafawi (lisan) akan diadakan di antara tarikh mula dan akhir imtihan. Sama-samalah doakan kejayaan kami di sini.

12 April 2009

Untuk Gaza

Tribute untuk Gaza, Palestin.

Amaran: gambar-gambar yang ditayang mungkin akan menimbulkan rasa tidak selesa. Jangan mainkan video jika anda tidak mahu melihatnya.


Budak Bionik: Prolog Bhg. 1: PDF

Komik* ini tidak akan disambung dalam masa terdekat, jadi siapa-siapa yang mudah berasa geram kerana tidak sabar menunggu sambungannya, dinasihatkan supaya tidak memuat-turun komik ini.

Kepada yang pasrah tentang apa yang akan berlaku selepas bahagian ini, dan mahu membacanya juga, anda dinasihatkan supaya tidak memberi soalan berkaitan bila ia akan disambung. Terima kasih.

*Komik ini telah diterbitkan di dalam komik Islami PMRAM, Al-Fityan, edisi kedua.

Muat-turun.