The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

19 September 2007

Ramadhan Di Mesir


Sepatutnya saya dah lama menghantar post yang bertajuk seperti di atas. Entah, mungkin tidak sedar atau terlalu disibukkan dengan kerja-kerja sebagai mahasiswa dan sebagai ahli persatuan sehingga saya terlupa.

Ramadhan di Mesir betul-betul bukan seperti Ramadhan di Malaysia. Jika di Malaysia, suasana Ramadhan kurang sangat dirasai berbanding di Mesir. Kalau di Malaysia terkenal dengan bazarnya di bulan ini, di Mesir pula terkenal dengan 'maidaturrahman'. Kami panggil 'maidah' (terjemahan: hidangan) saja.

'Maidah' adalah salah satu feature yang menyebabkan meriahnya Ramadhan di Mesir. Apa sebenarnya 'maidah' ni?

Kalau di Malaysia, saya masih ingat, memang galak membeli di bazar pada sebelah petangnya. Kadang-kadang tak cukup duit poket yang abah dan emak beri untuk berbelanja membeli juadah berbuka puasa. Ironi, di Mesir saya rasakan Ramadhan adalah bulan penjimatan.

Kenapa?

Iyalah, 'maidah', atau nama lainnya dipanggil moreh oleh masyarakat Melayu, wujud setiap hari di bulan Ramadhan. Istimewanya, kami tidak mengeluarkan sesen pun wang saku. Memang kami melazimi berbuka bersama orang-orang arab Mesir. Ya, setiap hari, melainkan ada jemputan atau ada program yang membuatkan kami terpaksa makan bukan di 'maidah'.

Convenient, bukan?

Kalau di Malaysia dipasang lampu berkelip-kelip dan berwarna-warni, siap pasang pelita malam tujuh likur lagi untuk menceriakan Syawal, di Mesir ada lampu faanus dan lampu-lampu kelip yang memeriahkan suasana Ramadhan. Begitu colourful dan suasananya hidup! Lively!

Nampak terbalik, betul tak?

Tapi sebenarnya dan sepatutnya, Ramadhan disambut dengan lebih meriah berbanding Syawal. Istimewanya Syawal adalah pada 1 dan 2 haribulan sahaja. Istimewanya Ramadhan adalah pada setiap hari di bulan tersebut. Saya pun pening kenapa ada di Malaysia orang yang beraya sampai sebulan...

P/S: "Puasa sebulan, raya pun sebulan lah..." [Quote daripada salah seorang rakyat Malaysia :>]