The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

24 Mei 2008

Kunci Baru

Kecewa dengan sikap ahli bait yang sering ‘memekakkan’ telinga sama ada dengan cara bermain PES, melayan cerita kartun Spongebob Squarepants, ataupun dengan cara buat tak cakna langsung bila terdengar ketukan pintu dari luar, saya membuat keputusan meminjam kunci salah seorang ahli bait dan ‘menyalin’ kunci itu.

Ya, saya sudah ada kunci baru!

Han Ri: Entri ini hanya sekadar luahan hati. Terima kasih.

18 Mei 2008

Gaya Ketawa Paling Lucu di Dunia (?)



Video ini saya jumpa di Youtube. Tak sangka, bermacam-macam tingkah makhluk yang bergelar manusia ni, ya (senyum). Maha Suci Tuhan yang menciptakan!

Han Ri: Perhatikan lelaki yang duduk di tengah!

17 Mei 2008

Work In Progress: Budak Bionik

Kerja pertama selepas peperiksaan: edit semua karya yang dihantar oleh krew al-Fityan. Wah, penat sungguh bila seharian suntuk bertentang cermin (cermin mata-cermin monitor) dengan laptop. Biarpun sudah dapat rehat yang secukupnya, rasa semacam tenaga diserap oleh encik laptop.

Anyways, preview di atas ialah kartun bersiri terbaru saya, Budak Bionik, yang akan dimasukkan di dalam komik PMRAM, Al-Fityan. Jalan cerita sudah disiapkan, cuma menunggu untuk dilakarkan sahaja. Entah bila akan siap. Tak tahulah. Saya melukis pun ikut angin juga. Bila mula naik angin, sehari tu mungkin boleh siap dalam 5-10 muka surat. Kalau tak ada angin bertiup, alamatnya kalau nak siapkan satu (1) muka surat pun jenuh. Mau dua, tiga hari. Seminggu pun boleh jadi.

Berkenaan Budak Bionik, satu cerita yang diilhamkan daripada permainan video yang dicipta oleh Capcom, Megaman atau Rockman. Kalau anda lihat watak utamanya nanti, jika anda pernah bermain permainan video ini, tentu terkeluar dari mulut anda ayat seperti: "eh, macam pernah tengok je", atau "ala, dia ni tiru game la ni..." (senyum).

Saya tak harapkan apa-apa balasan daripada sesiapa. Cuma doakan saja saya istiqamah menyiapkan kartun berkonsep dakwah sebegini. Yosh!

Han Ri: Klik di sini
untuk sedikit kandid.

12 Mei 2008

Kondisi Pasca-Peperiksaan

Watashi wa… watashi wa—”

Talian terputus. Geram hati Ikhwan dibuatnya. Mahu saja digigit-gigit wayar gagang tersebut. Ikhwan menggumpal dan menghambur sumpah seranah.

Sejurus, telefon bimbitnya berbunyi pula. Satu siri nombor terpapar menandakan dia tidak mengenali si pemanggil.

Punat hijau ditekan.

“Hello.”

“Hai, orang Malaysia,” jawab suara di hujung talian. “Malang sungguh nasib kamu. Sayang seribu kali sayang, buah hati kamu tak sempat mengucapkan kalimah cintanya… kan?”

Ikhwan menahan geram yang kian mengawan tinggi. Suara si pemanggil seolah pernah didengarinya. Memang betul; orang Jepun yang cuba berbahasa Melayu. Bunyi pun didengar kekok.

“Kau siapa?” bentak Ikhwan.

Nippon orang sini. Bukan pendatang serupa kamu.”

“Sakura di mana? Apa kau dah buat pada dia?”

Si pemanggil terbahak-bahak ketawa. “Tak perlu risau, tak perlu risau. Nippon orang baik. Sakura pun orang baik. Nippon takkan apa-apakan dia. Tapi…”

***

Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.45 pagi semalam, saya berjaya melangkah keluar dari dewan peperiksaan Maahad Qiraat Shoubra. Segala puji bagi Allah dilafaz, setelah beberapa minggu musim peperiksaan tahun dua berlangsung, segalanya berjalan dengan baik, tiada apa-apa kemalangan atau aral melintang di pertengahan jalan. Saya telah berusaha sebaik mungkin; semoga Dia berikan apa yang setimpal, insya-Allah.

Setiap kali selepas peperiksaan, pasti saya akan dapati meja dan bilik dalam keadaan yang tidak berapa menyenangkan mata yang melihatnya. Dengan kata lain, bersepah. Maklumlah, sudah jadi semacam habit bagi saya untuk tidak mengemaskan segala macam kitab dan nota kecuali selepas habis peperiksaan seluruhnya (senyum lebar).

Walau bagaimanapun, kondisi badan selepas peperiksaan kali ini agak berlainan. Kepala sering terasa berat. Seringkali rasa panas persis mahu saja saya demam. Barangkali sebab tidak cukup tidur. Alasannya? Menghafal, menghafal, dan menghafal. Terkadang, pernah juga meminta khidmat kejut sampai bangun daripada orang Malaysia. Ketawa lagi! Tidur seawal jam 9 malam untuk menghimpun tenaga, bangun menelaah seawal jam 2 pagi. Entah cukup entah tidak. Seharian suntuk memuatkan ilmu ke dalam otak sampai pernah terjadi di suatu hari, entah macam mana, kepala saya betul-betul sakit sedang saya mendengar khutbah Jumaat.

Mungkin terlalu banyak dosa telah saya lakukan. Astaghfirullah. Ampunkan hamba-Mu yang kerdil ini, ya Ghafur!

Han Ri: Apa kaitan semua ini dengan keratan cerita di atas? Kalau mau tau, ia ditulis semasa saya dikritik oleh kakak Sammaituha Najwa semasa di Kem Latihan Penulis PMRAM siri 1, di Rumah Johor. Masa orang tengah syok kritik kita, masa tu lah sibuk nak buat kerja lain. Keratan ini ditemui semasa saya mengemas kitab dan nota (senyum).

*** Nota kaki: Tidak digalakkan membuat bintang (*) di dalam penulisan cerpen kerana ia mengganggu editor.

07 Mei 2008

Tak Diduga

Malang tak berbau. Begitu pepatah berbunyi. Alah, apalah Han Ri ni, bermadah pula. Bukan... sebenarnya sahaja saya mahu utarakan, kerana kerosakan telefon bimbit lama saya, banyak nombor yang tidak terselamat. Maklumlah, kebanyakannya di save di dalam memori mobil, bukannya di dalam kad SIM.

Alhamdulillah, sudah ada mobil pengganti. Apapun, terpaksalah saya start from scratch!

Han Ri: Buat mereka yang menelefon atau menghantar SMS, expect some ayat yang awkward from me like: "siapa ni ya?" atau "maaf ya, boleh tahu siapa ni?" :D Jangan marah ya, dong!

04 Mei 2008

Kempen Bi'ah Solehah

Sambil-sambil menelaah kitab untuk madah-madah seterusnya, sempat saya buatkan satu artwork untuk kempen Bi'ah Solehah PMRAM. Eh, seingat saya, komputer riba sudah saya beri pinjam pada kakak. Bagaimana pula saya dapat buat artwork ni?

Senyum.

Han Ri: Setinggi-tinggi terima kasih buat rakan serumah, Mahfuz.