The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

25 September 2007

Go, Fullmetal!!!

Tidak tahu apa yang hendak dibuat sambil-sambil menunggu tibanya waktu berbuka. Ada dalam setengah jam lagi. Hmm... rasa seperti hendak membuat sesuatu yang boleh membuatkan 30 minit terasa macam 30 saat.

:-?question:-?

Ya! Main Photoshop! Entah macam mana gambar rakan saya, Ikmal, menarik perhatian saya. Mungkin gayanya agak menarik dan berkebetulan, idea saya menggamit saya untuk membuat sesuatu pada gaya rakan saya tersebut.

>:)twisted>:)



Fullmetal Alchemist (FMA)! Atau boleh juga dipanggil Fullmetal Alc'kemal'. Hehe...Maaflah Ikmal kalau terasa apa-apa. Tapi saya rasakan rakan saya tu memang minat anime, dan FMA ialah salah satu daripadanya.

Bercakap tentang FMA, kartun ini berkisar tentang kehidupan alchemist (ahli ilmu alkimi - ilmu yang pada satu ketika dikatakan mampu menukarkan arang batu kepada emas). Ya, EMAS!!!

Tentu best kalau ada kebolehan macam tu. Masakan tidak, jumpa arang batu saja boleh jadi kaya. Siapa yang tak mahu jadi kaya? Manusia sama saja. Hanya iman jadi pembeza.

Berbalik kepada cerita FMA tadi, dua beradik keluarga Elric, Edward Elric dan Alphonse Elric, cuba membuat transmutasi untuk mengembalikan ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mengikut ilmu alkimi yang masih b
ertapak pada undang-undang sains, sesuatu yang mahu ditukar kepada sesuatu yang lain hendaklah mempunyai jirim dan jisim yang sama. Contohnya, gandum boleh di-transmut kepada roti, tetapi pasir tidak boleh.

Mengikut formula itu, dua beradik ini berjaya mengumpulkan sekalian kompisisi bahan-bahan kimia yang terdapat dalam badan seorang manusia dan melakukan transmutasi. Tetapi malangnya, mereka gagal, dan objek transmutasi mereka itu langsung tidak menyerupai manusia. Iyalah, orang dah mati mana boleh hidup dihidupkan kembali!

Kalau mukjizat Nabi tu lainlah.

Lebih parah, kaki kiri si abang, Edward, dan tubuh si adik, Alphonse menjadi korban di dalam proses transmutasi tersebut. Tragis. Untuk mengembalikan adiknya, Edward mengorbankan pula tangan kanannya. Pun begitu, Alphonse hanya boleh di'lekatkan' pada sebuah armor besi sementara badan sebenarnya tidak dapat dikembalikan. Menarik tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, cari sendiri komiknya dan baca.

Sebenarnya, semuanya dalam kartun ni tak masuk akal. Iyalah, kartun. Tak masuk akal adalah perkara biasa, malah ia menjadi pelaris cerita!

Tapi saya akui, susah hendak mencari idea yang asli, yang dapat menarik perhatian pembaca dan penggemar komik. Kartun tak semestinya lawa dan comel. Macam Krayon Shin Chan. Ramai yang gemar akan kartun bodoh + Kurang ajar ini. Kenapa? Sebab ia lucu, biarpun lukisannya taklah se-power Dragon Ball, Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Slam Dunk, dan Fullmetal Alchemist sekalipun.

Bagaimana pula dengan saya? Entahlah. Bilalah nak keluar idea asli dari kepala saya ni. Huah...

:-<rolleyes :-<