The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

19 Mei 2007

Desifer* (terbitan Suara Kampus Edisi Kelantan vol. 38)

*diambil daripada 'Decipher', bermakna menyahkod.

(satu sekuel kepada “Misi Belum Tamat”)

Satu

Hujan menderu-deru. Aku semakin lemah, semakin tak keruan. Darah di kaki masih membuak akibat peluru M-16. Aku beristiadzah, memohon perlindungan daripada-Nya, minta dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini yang bersimpang-siur di dalam fikiranku.

Sampai di muka pintu, nafas di rongga kutarik dalam-dalam. Aku mengisi semula peluru sub-mesingan di tangan dengan tangkas. Kesakitan di kaki perlu dilupakan sementara waktu. Aku memejam mata serapat mungkin. Igauan di dalam fikiranku semakin menerjah, semakin menendang.

Abang!!! Tolong Mira, bang!

Darah semakin membuak. Sunyi. Longlai.

Aku mengacip gigi. Geram dengan hasutan syaitan yang membisik ketakutan dan keraguan di dalam hati. Aku beristighfar dan beristiadzah.

Gogal thermal-vision segera diaktifkan. Daun pintu dibuka pantas. Aku lantas mengacu sub-mesingan ke dalam bilik tersebut. Dua punca haba dikesan betul-betul di hadapanku. Salah satu mengeluarkan haba suram. Aku kaku. Apa yang aku syak seketika tadi betul-betul berlaku di hadapan mataku. Aku rasakan masa sudah tidak berdetik lagi.

Mira dah dibunuh... dan seorang lelaki—

“CELAKA!!!”

Butir-butir peluru sub-mesingan pantas meratah mangsaku. Lelaki itu nampak terkejut dengan raungan aku namun tidak berdaya berbuat apa-apa lagi. Darah memercik. Kubiarkan sub-mesingan di tangan merobek-robek tubuhnya yang tidak berbaju. Kau… kenapa kau lakukannya? Kau rogol isteriku! Dan kemudian kau bunuh pula dia!

Kubiarkan diriku tenggelam dalam kemarahan dan kebencian yang teramat sangat. Aku kesal. Kerana akulah Mira terkorban. Kerana akulah hidupku sendiri sengsara!!! Kerana AKU!!!

Lelaki itu sudah pun kehilangan nyawanya. Jasadnya lantas rebah menyembah bumi.

Aku lempar sub-mesingan di tangan. Aku segera mendapatkan isteriku yang telah kaku di atas katil. Aku berteriak nyaring. Air mata yang telah bertahun lamanya tidak gugur, kini nyata terlerai. Kenapa Mira yang harus mati…? Kenapa…? MIRAAA!!!

***

“Abang! Astaghfirullah… kenapa ni, bang?”

Haris terjaga. Dadanya berombak. Sejurus selepas nafasnya stabil semula, Haris beristighfar berulang kali. Dia meraup renik-renik peluh yang semakin membasahi wajahnya.

Haris merenung isterinya. Dia nampak betul-betul risau.

“Abang mimpi lagi…?” tanya Mira. “Tadi abang jerit nama Mira…”

Haris pantas memeluk isterinya. Didakapnya seerat mungkin.

“A—abang…?” Mira terpinga-pinga dengan kelakuan suaminya tersebut.

Abang takkan biarkan Mira terkorban. Abang berjanji. Abang bersumpah!

Haris melepaskan dakapannya. “Mira, kita dirikan qiamullail, em? Kita buat solat taubat sekali.”

“Abang, abang okey ke ni?”

“Maafkan abang kalau selama ni abang tidak menjadi suami yang baik kepada Mira. Tak apalah, abang okey. Cuma mimpi buruk sahaja.”

“Itu hanyalah satu mimpi, kan?” Mira memimik kata-kata suaminya suatu ketika dahulu dalam bahasa Inggeris. Pun begitu, dia masih kehairanan dengan tingkah laku suaminya itu.

Haris tersenyum. Mira masih sempat bergurau. Syukur, dia memiliki permaisuri yang bukan sahaja penyejuk di mata, bahkan penawar di hatinya.

Namun, terdapat semacam ketakutan yang semakin membesar di jiwa Haris. Semakin tumbuh. Dan dia perlu lakukan sesuatu tentangnya.

***

Seusai solat zohor secara jama’, aku bingkas ke luar masjid. Alhamdulillah, Kuala Lumpur sekarang sudah membangun. Maju dari segi jasmaniah dan rohaniah, berkat pemimpin yang adil dan saksama, serta menggalakkan amar ma’ruf, nahi munkar.

Aku sempat menatap mercu tanda Malaysia, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Subhanallah, Maha Suci Engkau yang telah menciptakan akal untuk berfikir. Maha Suci Engkau yang telah memberikan manusia kudrat untuk membina bangunan sebegitu indah.

Aku mengerling jam tangan illuminator pemberian Mira. Sudah hampir pukul tiga, getus hatiku. Urusan perlu diselesaikan. Aku bingkas ke tepi jalan dan menahan sebuah teksi. Aku menyatakan destinasiku kepada pemandu dan seketika kemudian, teksi tersebut terus dipacu.

Sebentar, aku sempat mengerling cermin sisi. Terdapat sebuah kereta mewah di belakangku. Proton, rupanya! Mati-mati aku ingatkan Chevrolet. Begitulah pembangunan di Malaysia sekarang. Semakin maju.

Zulfiqar menyambutku di hadapan ibu pejabat Ikhwan. Kami berpelukan. Seperti biasa, dia beketrampilan sederhana. Tidak banyak berubah sejak kali terakhir aku bertemu dengannya beberapa tahun lepas. Ya, selepas operasi di Peru. Cuma janggutnya saja kuperhatikan sedikit lebat sekarang.

Kami berdua masuk ke dalam bilik taklimat Ikhwan. Komander Pertama, Tuan Haji Rasyidi menerangkan keseluruhan misi yang perlu kami selesaikan. Katanya pihak ZEROS (Zionist’s Elite Recon-Operation Specialist) sudah memulakan gerakan ‘bawah tanah’ atau underground di beberapa tempat di Semenanjung. Pihak Ikhwan telah pun berjaya mengesan kedudukan mereka. Maklumat ini diperoleh hasil daripada penyiasatan dan pemantauan mereka semasa operasi di Punta Blanco, Peru. Pun begitu, ibu pejabat gerakan ‘bawah tanah’ ZEROS masih belum diketahui.

“Jadi saya mahu kamu berdua menyiasat dan mengesan kedudukan ibu pejabat ZEROS di Semenanjung. Dengan itu kita dapat melumpuhkan rancangan Zionis, sekaligus menghentikan gerakan mereka di Malaysia. Boleh?” ujar Tuan Rasyidi.

“Insya-Allah, Tuan,” balas kami berdua.

“Bagus. Kamu berdua akan diterbangkan ke Bandaraya Kota Bharu pukul tiga setengah. Tepat. Kemudian kamu perlu check-in di hotel Ansar untuk mendapatkan butiran maklumat mengenai ZEROS di sana.

“Tugas kamu akan bermula malam ini. Tepat pukul sebelas setengah malam. Haris, apa yang kamu perlu buat ialah, masuk ke dalam kubu ZEROS, dapatkan maklumat yang cukup, dan keluar dengan selamat.”

“Nampak mudah,” celah Zulfiqar.

“Tapi ingat, perlu bergerak dengan senyap,” sambung Tuan Rasyidi.

“Ke—kenapa Kota Bharu, Tuan?” tanyaku.

“Gerakan underground ZEROS menyimpan lebih banyak maklumat di sana.”

“Lebih banyak maklumat… maknanya lebih banyak risiko bukan?” tanya Zulfiqar pula.

“Kamu berdua pasukan Elit dalam Ikhwan. Saya rasa ini hanyalah satu tugasan mudah bagi kamu.”

Tuan Rasyidi memandangku. “Haris, kamu ada masalah mengenai tugasan ini?”

“Err… tak ada, Tuan. Saya cuma sedikit risau.”

“Ya, saya maklum tentang keluarga kamu di Kota Bharu. Tak perlu bimbang, Ikhwan akan mengawasi keluarga kamu di sana.”

“Terima kasih, Tuan.”

“Tuan Haris ada keluarga di Kota Bharu ke?”

Abdul Qadir, salah seorang anggota Ikhwan memandu kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Iya. Kenapa?” tanyaku.

“Tak adalah, saya ada seorang rakan kat sana.”

“Di Kota Bharu?”

“Ya, kawan lama. Rakan sekelas semasa sekolah rendah.”

“Oh iya ke? Dia kerja di mana sekarang? Namanya? Kalau saya jumpa bolehlah kirimkan salam.”

“Namanya Nik Nur Amirah binti Nik Fauzi. Rasanya dia dah jadi guru kot… kat Maahad Muhammadi.”

Zulfiqar tertawa.

“Hei, kau ni Qadir, memang cari nahas!” gurau Zulfiqar.

Qadir nampak bingung. “Eh, kenapa pula tiba-tiba saja tergelak ni? Apa yang lucunya? Siapa yang cari nahas ni?”

“Kawan kau tu, Amirah tu, bini Tuan Haris tau tak?”

Qadir menampar dahi. “La… awat tak habaq awai-awai???”

Aku tidak menghiraukan gurau-senda mereka berdua. Ada sesuatu yang tidak kena. Aku menjeling ke cermin sisi.

Memang benar. Kereta Proton tadi.

“Eh, Haris! Kenapa monyok je ni?” tanya Zulfiqar. “Alah, kan Tuan Rasyidi dah beritahu tadi—”

“Berjaga-jaga. Kita sedang diekori,” tuturku, memotong ayat Zulfiqar.

Perjalanan kami ke Kota Bharu tidak dilintangi apa-apa halangan. Namun, aku masih dalam keadaan berjaga-jaga. Aku rasakan seolah-olah semacam bahaya masih mengekori.

“Kita terus ke hotel Ansar,” ujarku.

“Baik,” Zulfiqar membalas. Dia faham dalam situasi yang tegang sebegini, perbualan haruslah singkat dan difahami untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku.

Di suatu sudut, aku sedar seorang lelaki asing sedang memerhatikan gerak-geri kami walaupun dia nampak sedang asyik membaca akhbar. Dia sempat melirik ke arahku.

Aku benar-benar terkejut. Dia! Tidak! Mustahil!!!

“Haris?” panggil Zulfiqar yang telah sampai di muka pintu.

Aku termangu sebentar sebelum kembali meneruskan langkah ke luar. Tidak mungkin dia

Dua

Hujan lebat di luar. Sudah dua jam aku berada di dalam pangkalan ‘bawah tanah’ ZEROS. Tiada loceng kecemasan dibunyikan dan tiada seorang pun askar ZEROS berjaya mengesan kehadiranku di situ.

“Di hadapan kau ada seorang lagi askar. Dia akan keluar dari bilik ‘kebal’,” tutur Zulfiqar pada fon telingaku. “Di dalam bilik ‘kebal’ itulah maklumat-maklumat mereka disimpan.”

“Terima kasih.”

Aku lantas meluru ke arah satu ceruk yang gelap di dinding berdekatan. Pisau kombat di tangan dipegang rapi. Kalaulah askar tersebut berjaya mengesan aku, tindakan drastik perlu dilakukan. Dia perlu dibunuh.

Seorang askar keluar dari dalam sebuah bilik yang mempunyai pintu elektronik. Pintu itu terus tertutup sejurus dia melepasi ambang pintu tersebut. Askar itu terus berjalan.

Dia berlalu melepasi ceruk persembunyianku. Aku menutur kalam tahmid.

“Aku dah dapatkan prototaip retina mata yang sama dengan mata askar tadi,” ujar Zulfiqar. “Data prototaip tu dah aku hantar ke kanta sentuh di mata kau.”

Sejurus, aku terasa seakan mataku dimasuki habuk.

“Kau yakin kanta sentuh ni berkesan, Zul?”

“Betul-betul berkesan. Percayalah!”

Aku bergerak dengan pantas ke arah pintu elektronik tersebut. Terdapat sebuah panel di sebelahnya. Rupa-rupanya panel itu merupakan mesin pengimbas retina mata. Sekuriti yang ketat. Pun begitu, Ikhwan lebih maju setapak ke hadapan dengan memiliki teknologi yang lebih sofistikated.

Pintu terbuka sebaik sahaja mesin tersebut mengimbas mataku. Ia memang berkesan.

Aku berjaya mencuri data-data pihak ZEROS. Rupa-rupanya mereka mahu menumbangkan Ikhwan dengan menubuhkan persatuan-persatuan sulit yang bergerak secara tertutup. Persatuan-persatuan ini akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati rakyat. Rasuah, bonus lebih untuk anggota NGO, menyogok ahli parlimen, dan lain-lain. Lebih teruk, sebuah roket nuklear yang berada di Heifa, Israel akan dilancarkan jika semua plan mereka gagal. Dan titik destinasi senjata pemusnah tersebut ialah Kuala Lumpur. Bukan. Bacaan titik koordinat X dan Y pada peta menunjukkan bahawa destinasi yang lebih tepat ialah…

Ibu pejabat Ikhwan!

“Zul, kau dah lihat apa yang aku lihat?” bisikku.

Zulfiqar sedang memerhati keadaan sekelilingku dari monitornya melalui kanta sentuh yang kupakai. Oh ya, lupa untuk kunyatakan. Kanta sentuh ini juga dilengkapi dengan kamera. Inilah kelebihan Ikhwan!

“Astaghfirullah… kita kena lakukan sesuatu, Haris!” ucap Zulfiqar.

Aku menavigasi sistem kawalan di bilik tersebut. Nyata. Terdapat satu set panel kawalan yang berbeza.

“Zul, ini panel kawalan roket tu,” getusku. “Nampaknya ada kata laluan. Mungkin kau boleh uruskan.”

Aku mendengar bunyi kekunci ditaip di fon telinga.

“Hah?”

“Kenapa, Zul?”

“Aku dah dapatkan kata laluan tu. Masalahnya ia bukan ditulis dalam bahasa yang aku tahu!”

“Dan panel di sini hanya membenarkan ia ditaip dalam bahasa Inggeris!”

“Tu aku tahu, tapi aku tak tahu mereka gunakan bahasa apa. Ini bukan Hebrew atau—atau Ibrani!!!”

Aku mula panik. “Tunggu. Hantar kata laluan tu ke PDA aku.”

Tidak sampai lima saat, kata laluan tersebut sampai kepadaku. Satu-persatu kuperhatikan abjad-abjadnya.

Aku mendengus halus. “Timorise Mambae.”

“A—apa tu?”

“Dialek yang tidak jelas. Hanya segelintir orang Amerika yang arif mengenainya.”

Jelas membuktikan negara itu juga bersekongkol dalam hal ini.

“Kau tahu mengenai dialek tu?”

Aku mengerling jam tangan illuminator. “Seorang guru mengajarku.”

“Isteri kau?”

“Dia pakar bahasa. Nanti aku jelaskan lagi. Sekarang berikan aku masa untuk mendesifer kod-kod ini.”

“Baik. Kamera-kamera surveillance di bilik ni dah pun aku sekat sedari kau masuk tadi. Tapi, harap kau cepat. Sekatan kamera akan berhenti secara automatik dalam masa 15 minit.”

Ten-four!”

***

Loceng kecemasan membingit. Seluruh anggota ZEROS di situ bergegas ke bilik kebal. Mereka semua mengacukan raifal ke pintu. Seorang daripada mereka melakukan imbasan retina pada panel. Pintu elektronik terbuka perlahan-lahan dan…

Mereka terkejut. Tiada siapa pun berada di situ.

Mikhael yang berada di belakang sekali ternampak sesuatu di luar bangunan tersebut di sebalik tingkap kaca. Dia bergegas dan memecahkan tingkap tersebut. Mereka yang lain tersentak.

“Mikhael! Apa yang kau lakukan tu?” jerkah Komander dalam bahasa Ibrani.

“Saya nampak sesuatu, Tuan!” balas Mikhael.

“Jangan berdalih!”

“Tuan!” balas Mikhael kembali. Bingung.

Komander berjalan perlahan ke arah askarnya itu. Pistol di pinggang diambil. “Rekod panel pengimbas menyatakan bahawa kau adalah orang yang terakhir memasuki bilik itu.”

“Tapi Tuan…! Saya tak—”

Komander mengangkat pistol separas dengan dahi Mikhael. “Kau tahu apa yang berlaku bila salah seorang daripada ZEROS berpaling tadah?”

“TUAN!!!”

***

Hujan semakin lebat. Debar di dadaku semakin menendang. Paru-paruku seolah terbakar. Berlari di dalam hujan memakan tenaga yang banyak. Aku betul-betul keletihan.

Sampai di tempat yang kurasakan selamat, aku berhenti. Seseorang menelefonku. Aku tercungap-cungap ketika menjawab.

“Encik Haris?”

“Siapa… siapa ni?” tanyaku. Aku tidak mengenali suara di hujung talian.

“Kau dah lakukan tugas dengan bagus…”

“Kau siapa?”

Suara itu tertawa. “Tiada siapa. Tapi kau memang bagus. Cekap. Malangnya, isteri kau—”

“Apa yang kau dah buat pada Mira???” jeritku.

“Sesuatu. Kau mesti ingin tahu, bukan?”

“HEI, KAU—!!!”

Talian terputus. Ketakutan mula menguasai diri. Aku teringatkan mimpi aku tempoh hari. Mustahil… MIRA!!!

Rumahku masih jauh. Aku mahu sampai cepat, namun aku tak mampu berlari lagi.

Sebuah motosikal Yamaha YZR 500 memecut. Aku sempat menahan. Motor tersebut bergerak perlahan sebelum ia diberhentikan.

“Bang, maaflah bang. Saya nak cepat ni,” ujar si penunggang.

“Bawa… bawa saya ke Wakaf Bharu,” pintaku. “Tolonglah…!”

“Err… saya pun nak ke sana sebenarnya. Tapi…”

Aku mencelah naik dan mengambil alih tunggangan motor. Pemuda tersebut nampak bingung. “Pegang kuat-kuat!”

Aku sampai di halaman rumahku. Hujan masih lebat. Guruh berdentum-dentuman. Aku pantas memasuki ruang tamu rumahku yang pada mulanya gelap, tetapi terus dinyalakan lampunya sejurus selepas aku menapak ke dalam.

“Bagus sekali, Haris Abdullah.”

Aku memandang sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapanku. Aku tidak mahu percaya. Tidak!!!

“KAU, ZUL?!”

Di tangannya, raifal M-16 dipegang kemas.

“Kenapa kau lakukan semua ini, Zul?” tanyaku. “Kau pura-pura membantuku, dan kemudian kau khianati aku!”

“Kau tak tahu apa-apa mengenai keadaan dunia sekarang, Haris,” balasnya, sedikit tersengih. “Segala-galanya mampu berubah.”

Aku menyeringai. “Apa kau dah lakukan pada Mira?”

“Kau tentu tak mahu tahu mengenai dia, Haris.”

Aku begitu marah. Gerak-geriku seakan tidak dapat dikawal lagi. Aku segera mencapai pistol SC 20K di pinggang, namun, dengan tiba-tiba, aku rebah. Semacam kesakitan mula merayap dari lututku. Rasa sakit itu terus menjalar, mencakar-cakar, menggigit-gigit. Aku meraung kesakitan.

“Kau memang hebat, Haris. Aku akuinya. Tapi perasaan kau telah menjadi kelemahan kau yang paling utama. Dan kau akan temui ajal kerananya!”

Aku memegang kaki kiri yang telah dicemari darah. Aku mengacip gigi. Tak mampu berkata apa-apa lagi. Aku menatap raut muka Zulfiqar, kawan baikku yang kini telah menjadi api dalam sekam.

Ada sesuatu yang tidak kena. Benar! Memang ada. Tapi tak mungkin… Zulfiqar…

Zulfiqar mengacu raifal ke kepalaku. “Aku akan biarkan kau rasa terseksa dahulu sebelum aku menamatkan nyawa kau.”

Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku lagi sekarang. Dahulu, di Peru, Zulfiqarlah yang menyelamatkan aku dari muncung pistol Robinson. Tiada siapa kecuali Allah. Aku mengucap di dalam hati. Nafasku sendat. Kepenatan, keletihan, marah, benci, kesakitan, dan rasa terseksa, semuanya bercampur-baur.

Segalanya berlaku seakan masa sudah dibekukan. Zulfiqar tiba-tiba terpelanting ke belakang. Darah berhamburan dari kepalanya. Dia rebah menyembah bumi.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam berjalan masuk sambil memegang raifal sniper M40. Dia bercangkung menghadapku. Iya, dialah lelaki yang sempat kulihat tika di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa!

“Tak mungkin… Kau… masih hidup?” getusku. “Robinson?”

Lelaki tersebut memegang pipinya lantas menarik seluruh kulit muka. Aku termangu. Topeng organik!

“Kamu okey, Haris?”

“Tuan…!”

Di sebalik topeng itu ialah Komander Pertama Ikhwan, Tuan Rasyidi. Dia datang menyelamatkan aku. Tapi, kenapa dia? Mengapa dia sendiri?

“Saya tahu kamu masih bingung. Tapi kamu perlu dimasukkan ke ICU dahulu.”

Fikiranku melayang-layang. Penglihatanku semakin kabur. Gelap.

Tiga

Haris mendapat berita sedih hari itu. Sahabatnya Zulfiqar telah dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Denilson. Dia adalah kembar Robinson. Tuan Rasyidi menjelaskan bahawa Denilson mahu membalas dendam atas kematian kembarnya dan telah merancang segalanya dari awal. Zulfiqar telah dibunuh sejurus selepas dia memberitahu Haris berkenaan tempoh 15 minit lagi yang tinggal untuknya.

Denilson telah mengekori Haris dalam tempoh beberapa bulan yang lepas dan telah arif mengenai perihal keluarganya. Dia lantas memanipulasi perasaan Haris dan menggunakannya untuk mengumpan Haris ke rumah tanpa menyedari bahaya yang bakal menyambutnya. Denilson juga memakai topeng organik berupa muka Zulfiqar untuk mempermainkan perasaan Haris. Pada akhirnya, Haris dapat juga mengagak bahawa dia bukan Zulfiqar yang sebenar setelah meneliti bahagian janggut topeng Denilson yang agak pendek.

Tuan Rasyidi juga telah menjelaskan bahawa dia sengaja menyamar sebagai Robinson supaya Haris lebih berjaga-jaga. Kereta Proton yang disangka Haris sebagai Chevrolet itu juga miliknya. Dia sedari awal lagi sudah tahu mengenai Denilson dan sengaja tidak mahu mendedahkannya supaya Haris dapat menumpukan kepada operasi ZEROS.

Berkenaan isteri Haris pula, Tuan Rasyidi telah terlebih dahulu bertindak menyembunyikannya di satu tempat selamat sebelum Denilson sempat sampai ke rumah Haris; satu sebab mengapa Denilson tidak mengatakan apa-apa yang jelas tentang Mira.

***

Terasa liat pula hendak membuka mata. Seusai pandanganku jelas, kulihat seluruh kerabatku, juga kerabat iparku berada berdekatan katil. Tuan Rasyidi juga ada.

“Kenapa semalam tak ramai macam hari ni?” tuturku perlahan.

Mereka semua tergelak.

“Haris, tugasmu untuk Ikhwan dah selesai. Kamu boleh bercuti,” ujar Tuan Rasyidi, sedikit tersenyum.

“Abang, sekarang abang kena operasi rumah pula tau,” ujar Mira pula, manja. “Baby dah nak keluar dah…”

Seakan riuh sekampung bilik wad aku pada hari itu. Dalam gembira, aku juga mengalami satu kehilangan yang besar. Zulfiqar takkan ada gantinya.

“Mira, apa kata… kalaulah anak kita lelaki, kita namakannya… Zulfiqar. Okey tak?”

Semua mata terbeliak. “APA???”

-Selesai.

Two Paths (published; Suara Kampus Edisi Kelantan vol. 38)

The night was dark and windy. Stars were like glittering hints of many treasures in the black rug of night, only waiting to be dug out. The waxing moon was full, shining through the riding clouds of the night.

“She looks really pretty tonight, right Light?” asked Dark.

Light was lying next to him, on the green carpet of grass, staring at the atmosphere. “Right. I wish the world could be just like this. I hope that our world is not at war, Dark. I hope we can live in peace.”

Dark sighed. “Hope is just hope, Light. We can do nothing. We’re powerless. We’re feeble. Frail. Fragile.”

Light took a deep breath. Then exhaled. “I know. We cannot do a thing. Not unless we have power to stop all these insanity and psychosis. It looks like a disease that has already devoured all those people’s souls.”

“But your father, Light,” protested Dark, “is the leader of one of the battling clans.”

“And your father too is the leader of the other clan. We cannot doubt over this matter, Dark. It’s not worth it.”

“Then what, Light?”

Light heaved a deep breath. “We can only make sure that we, ourselves, would not be involved in this affair.”

“Not a chance, Light.”

“Neither will I. But then, I will lead myself for a better future, for a better world, where the only thing I can find is peace and serenity.”

“I’ll find you there, Light.”

Both of the kids smiled.

*

The Captain looked at the fortress. There’s no turning back. In the struggle to reach the citadel, the Captain had had too many battles. He was ultimately stranded, war-torn. Only a few of his army survived, and followed him to the fortress of the enemy’s clan.

But the Captain began to doubt about his act. He led his army to war. A war he once hated so much. The war he didn’t want to get involved. But then, he suddenly came to his heart, hearing the voice deep inside himself.

‘You shoulder the burden your father had been carrying long ago. The burden that is to lead your people to peace. Why should you falter now, then?’

‘I have been wondering… if what I do is the right thing…’

‘You are a leader. Leaders don’t always make the right decisions, but they make their decision right.’

‘Yes, my father told me that.’

‘Then… why should you doubt?’

‘I don’t know why I fight. I never know the reason why I draw my sword. I only do this because… because my father asked me to. I hate to admit this, but I must know why.’

‘Did you remember what your father taught you back then, when you were a child?’

‘No.’

‘That is why you are now doubting. Get a grip. Flash your thought.’

*

Light followed his father to a plateau. The breeze from the sea felt comforting. The day was calm. It wasn’t very sunny. But it looked good to go out for a walk.

“Look at the sea, Light,” said the Captain. “It waves to us. It is waving the waft of peace.”

Light thoughtfully gazed at his father, and his words.

“My vision is to make a world where we can live in harmony. But there are others on the opposite, which want to achieve peace with any means. Not with the means of ours, but they hunger for power and will do anything to realize their desire. That is not the true peace we seek, my son. Greed will only lead to destruction.”

“But Dark told me that his father always tells him that with power and wealth, nothing is impossible,” Light tried to protest.

The Captain smiled at the words of his son. He looked at the child’s face. There was a hint of curiosity in him.

“Let me ask you something, Light. If you were hungry, and your mom cooks a meal which doesn’t fulfill your hunger, would you ask to have another?”

“Absolutely, father!”

“Then that is absolutely what Dark’s father has been seeking.” The Captain turned to the ocean and stared lordly at the emerald waves. “Like the water there. Drinking water is essential to our lives, but drinking salty one like that will make you want more, but doesn’t even quench your thirst.

“Seeking power is like drinking sea water. You will want more and more thus making you more thirsty, and sooner or later, you’ll die in thirst.

“Dark’s father will want more and more. Once he defeats us, he will definitely try to make the world succumb under his only rule. We are the ones who can stop him.”

*

“Captain?”

The Captain opened his eye-lids. Almost as abruptly.

“You okay?” asked one of his remaining soldier.

“Yes. I’m all right.”

“Should we bash into the fortress now?”

The Captain shook his head. “No, it’s getting dark now. We should jolt in tomorrow morning right after we break camp. The enemy already fled, anyway, and there’s nothing to rush about.”

“Understood.”

*

Light and Dark met for the last time. They would have to part, following what path had laid before them.

“I’m sorry, Dark. The war doesn’t seem to let us to get together anymore,” said Light. There were sparkles of regret in his eyes.

“Don’t be sad, Light. I promise we will see each other again one day.”

“And on that day, we’ll become friends again, won’t we?”

“Sure.”

Both of them exchanged their swords, which were given by their fathers, as a token of their friendship.

*

The Captain walked to the throne where the enemy’s leader was sitting in the fortress. He drew his sword from its sheath.

“Welcome to my humble home, Captain, or should I call, my dear friend, Light,” said the man on the throne.

The remaining soldiers unsheathed their blades too and tried to rush forth, but the Captain forbade.

“No, hold your ground. I’ll deal with this,” he said.

The soldiers halted and sheathing back their swords, they walked back to their position.

“Ah, just like you, Light. You never change,” commented Dark.

“But you do. You sacrificed our friendship just for the sake of power!” barked Light. “You’ve broken your oath.”

“You too have broken yours! Why do you have to draw your sword against your former friend?”

“Yeah, my former friend, not a friend anymore, though. You are a traitor!”

Dark grinned, and eventually laughed a diabolical laugh.

“Enough is enough,” he said, still laughing, and drew his sword; the sword that had become his symbol of friendship with Light. And now, he was going to use that symbol to destroy their long-built relationship. “Let’s finish this once and forever, Light!”

Light held his blade forth. “I still want to give you a chance, Dark. Drop your weapon and I will think you as my comrade!”

“And we’ll become friends again? Like I said long ago? What’s this? Cowardice? Come on, Light! Have you lost your guts?”

Light gripped his swords’s hilt firm, resolved. “I have no choice, then.”

“Come, Captain! Give me your best!” barked Dark cynically.

Then, both of them rushed. Blades clinking.

There is no telling who wins the fight. Just note that, wherever there is light, there is darkness. And vice versa. But note also that, light and darkness shall never merge and unite into one. This brings us to a conclusion that, good and bad will never be under one roof.

“Say: The bad and the good are not equal, though the abundance of the bad may please you; so be careful of (your duty to) Allah, O men of understanding, that you may be successful.” ( Al-Maidah: 5: 100 )