The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

18 Januari 2009

Project 22 - Diperbaharu!

Setelah lama diperam, akhirnya saya berjaya mengemaskini beberapa watak komik yang paling saya sayangi. Project 22. Sebelum ini pernah saya bicarakan tentang komik ini. Oleh kerana cara pemakaian watak utama tidak begitu kena dengan selera saya, maka saya mengambil inisiatif untuk melakukan pembaharuan padanya.

Watak utama
Satu-satunya protagonis di dalam cerita ini ialah seorang lelaki yang tidak diketahui apa-apa tentang dirinya. Kisah hidupnya sebelum ini (apa yang terjadi padanya, siapa dia yang sebenarnya, dll) akan dirungkaikan secara perlahan-lahan mengikut perkembangan jalan cerita. Bersenjatakan twin katana dan memakai robe ala Altaïr di dalam permainan video Assassin's Creed, watak ini membawa imej seseorang yang perlu melakukan sesuatu perubahan pada ketika tiada seorang pun yang berani berdiri melakukannya.

Latar tempat dan masa
Kisah ini diolah dan diadaptasi untuk diceritakan pada zaman sekarang, wujud senjata api dan teknologi yang semakin membangun, tetapi tidaklah sebegitu canggih seumpama yang digambarkan di dalam kisah-kisah sains fiksyen.

Project 22 akan diselang-selikan dengan komik Demi Cinta, insya-Allah. Jika ada kelapangan, saya akan mengemaskini kerja-kerja ini secepat mungkin.

Watak utama ketika berhadapan dengan salah seorang antagonis.