The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

26 Ogos 2008

Komik (pdf) Pertama


Setelah mengekang mata hampir satu malam, berjaya saya siapkan koleksi kartun dalam bentuk PDF (memerlukan Adobe Reader untuk membacanya) yang dinamakan Han Ri Collectibles Comics (HCC). HCC ialah kompilasi karya-karya yang sudah siap, separa siap, tak siap, tergendala, WIP (work in progress) dan lain-lain.

Mahu baca? Muat turun di
sini. Anda perlu ikuti langkah-langkah yang telah saya tuliskan di situ untuk mendapatkan fail pdf dengan tiada menghadapi apa-apa masalah, insya-Allah.

Sila kemukakan soalan, pada bahagian komentar di bawah entri ini, jika ada kemusykilan semasa memuat-turun. Saya akan cuba bantu.


Kemaskini - 4:32 PM. Pautan (link) sudah diperbaiki. Anda tidak perlu muat-turun 7-Zip. Cukup sekadar WinRAR atau WinZIP. Terus ekstrak selepas muat-turun fail bersaiz 12Mb. Segala kesulitan amat dikesali.

22 Ogos 2008

Catatan Sebelum Ramadhan

EGP '08 - PMHK kali ke-51 - Eksekutif Penghargaan

Dua hari lepas, usai sudah Ekspo Gempak PMRAM (EGP) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-51. Saya tak mau mengulas panjang tentang program mega ini. Cukup melahirkan rasa syukur kerana ia sudah berakhir. Akhirnya!

Sebagai Ketua Eksekutif Penghargaan (yang menguruskan bahagian cenderahati, hadiah, dan sekutunya), saya menarik nafas selega-leganya sebaik habis program tersebut. Letih adalah perkara biasa dalam berprogram. Saya tak kisah. Namun, perlu diingat, kita tidaklah digalakkan membuat kerja sendirian (seperti yang terjadi pada saya :>). Bekerjasamalah sekali dengan AJK. Saya tersilap. Menjangka bahawa unit Penghargaan tidaklah memerlukan banyak 'orang bawahan'. Rupanya, ia antara yang memerlukan ramai tenaga kerja!

Sebab itulah saya katakan tadi, menarik nafas selega-leganya. Tugasan selepas ini seperti biasa, tidak memerlukan tenaga yang banyak. Anda boleh agak? Highlight perkataan di bawah.

Laporan.


Projek Lagi - Battleball: Another Story

Mungkin ini siri kartun terakhir akan saya lukis untuk tahun ini. Ingat lagi tak pada iklan Battleball.inc saya hari tu? Entah macam mana sudah futur idea untuk menyambungnya. Sekarang datang pula idea lain untuk melukis, tapi masih bertapak pada siri itu. Saya namakan siri ini Battleball: Another Story (BBAS). Hmm, macam-macam imaginasi pelik sehari dua ni, ya.

Berbeza dengan Battleball.inc, BBAS mengisahkan dua orang budak belasan tahun yang memiliki Battleball (BB) lagenda yang mempunyai kuasa dan potensi luar biasa. Seperti Battleball.inc, dua orang remaja ini (dinamakan Aki dan Garet) dikatakan istimewa kerana mahir mengawal BB pada umur yang muda (umur standard untuk mengawal BB dengan mahir ialah 21).

Nak dijadikan cerita, dua orang remaja ini akan berhadapan dengan seorang lagi budak belasan tahun yang memiliki kehebatan yang jauh lebih hebat daripada mereka. Remaja bernama Jed ini memimpin sebuah organisasi yang mahu memimpin dunia! Sangat tipikal, bukan? Hehe.

Komik ini tidak akan dilukis secara terperinci (detailed). Sekadar conteng-contengan saja, tapi masih boleh dibaca (sudah tentulah!). Doakanlah ia tak futur (sekali lagi).


Sampaikan Kami Ke Ramadhan

Beberapa minggu lalu saya menerima berita pemergian Pengetua Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Ustaz Hj Sulamuddin bin Hj Mansor. Disampaikan sendiri oleh bekas anak muridnya - abang saya.

Beberapa hari lepas saya dikhabarkan dengan pemergian seorang bekas pelajar Shoubra, Ustaz Azuan dari Terengganu, kerana masalah penyakit paru-paru.

Dan beberapa jam tadi, saya diberitahu tentang berita pemergian seorang pelajar Malaysia dari Syria yang baru datang untuk belajar di Tanta, Mesir. Dikhabarkan bahawa Allahyarham datang ke Mesir bersama ibu. Baru dua hari ibunya balik ke Malaysia, Allah telah menjemputnya.

Selepas entri ini ditulis, lebih kurang seminggu saja lagi untuk sampai ke bulan penuh berkat, Ramadhan. Sekalung al-Fatihah buat semua, semoga roh mereka dicucuri rahmat. Allahumma ballighna Ramadhan.

10 Ogos 2008

Mencintai = Melindungi

Entri ringkas ini didedikasikan khas untuk keluarga saya di tanah air, mereka yang dekat di hati saya, rakan-rakan, dan semua yang mengenali diri ini.


Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)


Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar. Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.

Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan.

Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini? Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku.

Contoh agung yang kekal sepanjang zaman. Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya? Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan.

Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan ke Neraka.

Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

Gambar sekadar hiasan.



Lawat hanristudio v.2 untuk translasi ke bahasa Inggeris.


07 Ogos 2008

Garis Panduan Menghantar Karya Kartun (kepada saya)

Sehari dua ni kepala saya pening. Sebab kebanyakan krew Al-Fityan menghantar karya yang besar saiz failnya. Pening, pening, dan pening. Baik, ikuti cara editing yang tidak memeningkan kepala saya ini:

1. Pastikan anda
scan karya anda dengan pilihan 300 dpi (dots per inche).

2. Pastikan warna imej yang di-
scan diset kepada Grayscale.

3. Hantar dialog dalam bentuk
Notepad sahaja sudah cukup.

4. Kalau anda mahu juga edit sendiri karya anda, pastikan ia kurang daripada 1 Mb. Antara cara untuk memastikan karya anda lebih kecil daripada 1 Mb:
-Tekan
Image>Image Size. Tandakan pada Constrain Proportions dan setkan Width kepada 1000.
-Jangan gunakan Save As. Gunakan Save For Web.

5. Lebih mudah, hantar saja bahan kasar karya (kertas) anda itu kepada saya. Saya akan siapkan semuanya (kan senang kalau semuanya macam ni).


Nota kaki: Panduan ini adalah untuk pengguna Adobe Photoshop CS 2. Jika ada kelainan, rujuk kepada yang pakar.
peace

Kempen Biah Solehah - Hindari Ikhtilat

Waaaaaagh... Kenapalah saya ni suka buat benda yang orang tak suruh ek? Tugas yang perlu dilaksanakan, tak buat pula. Ish!
Apapun, ni contribute saya untuk Lajnah Dakwah dan Tarbiah KPKM. Tiba-tiba pulak dapat idea nak buat sekreatif ni (eh, kreatif ke ni? Huhu...)

03 Ogos 2008

Iklan: SKEK #41


Muka hadapan Suara Kampus Edisi Kelantan bilangan 41. Antara isinya yang padanya terdapat nama saya (atau dengan kata lainnya karya saya - ceh, susah-susah je reka ayat lain senyumkenyit ) :

(Klik pada imej untuk paparan lebih jelas - 500x688)
***Terdapat sedikit ralat di dalam majalah pada dialog kartun ini. Ini versi asal yang tidak diubah.