The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

02 April 2008

Pindah, oh pindah...

Salah satu sebab mengapa saya ingin benar berpindah dan berpisah dari ahli bait saya sekarang ialah kerana saya lebih sukakan hidup berprivasi. Maknanya, saya cepat sangat rasa serabut otak kalau tinggal di sebuah rumah yang mempunyai ramai perut. Nah, sekarang ada 9 orang dalam sebuah rumah, maknanya ada 9 perut. Pasti anda tertanya-tanya apa sangatlah yang jadi masalah bagi saya ni? Baik, perhatikan betul-betul hipotesis saya:

1. Lebih ramai ahli rumah bermakna lebih banyak kerenah dan ragam yang menggeramkan.


2. Lebih ramai ahli rumah bermakna lebih ramai orang yang lapar dan menyebabkan kuantiti makanan yang perlu dimasak lebih banyak berbanding rumah yang kurang ahlinya.

3. Semakin banyak orang, semakin banyaklah bunyi-bunyian. Semakin banyak bunyi-bunyian, semakin tension-lah saya. Semakin tension diri saya, semakin tinggilah peratusan bagi saya untuk tidak dapat mengulangkaji pelajaran.

Oh ya, paling menggeramkan, ada ahli rumah yang sengaja tidak mahu membasuh pinggan sendiri. Mungkin ini hal picisan, tapi saya amat sensitif dengan isu dapur semacam ini. Manakan tidak, pinggan sendiri pun mahu orang lain yang basuhkan. Amboi! Seingat saya tiada diupah pembantu rumah mahupun hamba sahaya. Ataupun sudah ada yang jadi RAJA? Melampau, bukan? Cukup melampaui batas!

Cukup rasanya. Itu pun ada lagi yang tersimpan di hati nubari.

Saya tahu marah itu daripada syaitan, tetapi saya juga punyai hati dan perasaan. Saya manusia, bukannya haiwan. Oh Tuhan! Berikanku kekuatan!!!

1 ulasan:

Xara berkata...

hehe.. duduk beramai-ramai, memang begitulah karenahnya. cuma terpulang bagaimana cara untuk handle. Teringat masa zaman studi dulu, ada sahabat yang mengambil masa yang sangat lama untuk memasak. kadang-kala sehingga 3 jam lamanya. walhal yang dimasak hanyalah telur rebus masak sambal. ada pula yang sangat cerewet bab duit, sehingga perbezaan bil elektrik sebanyak rm1 dengan bil bulan lepas pun menjadi modal untuk membebel berjam-jam lamanya. Belum lagi yang hobinya merendam baju berhari-hari. macam-macam kisah.

ada kalanya perlu bertolak ansur dan adakalanya perlu bertegas. Anggap sahaja pengalaman bertemu dengan orang-orang sebegini sebagai persediaan untuk melangkah ke dunia luar nanti :) di luar sana tu, laaagi banyak karenahnya..