The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

22 Disember 2007

Komik baru - PROJECT_22

Pada mulanya saya ada berhajat nak terbitkan komik islamik solo dan kartun bersiri yang diberi nama Project_22 akan dimasukkan sekali dalam komik tersebut. Tapi memandangkan baru-baru ini saya mendapat tawaran melukis bersama untuk komik yang akan diterbitkan oleh PMRAM, saya terus tidak jawab 'tidak'. Saya setuju. Lagipun, ada saluran lagi baik. :D

Oh ya, terlupa saya ingin ucapkan. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat. Raya pada tahun ini, pihak KPKM telah berjaya merebahkan empat ekor unta.
Yikes! Sejarah barulah kiranya ni. Mengikut kata YDP KPKM, Sohibussamahah Al-Ustaz Adnan bin Wazir, sebelum ini KPKM belum pernah membuat sembelihan sebanyak tahun ini. Alhamdulillah, majlis jamuan yang dibuat pada hari raya kedua, iaitu pada hari seterusnya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik! Chaiyyok lah, KPKM! ;)

Bercakap tentang jamuan, saya baru sahaja pulang dari jamuan Hari Raya yang diadakan di Ma'adi, di rumah Kak Puteri, guru bahasa Inggeris di ARMA. Selesai sahaja menjamu perut, saya dan sahabat, Don Danial, dikejutkan dengan sesuatu. Oleh kerana Don mendapat tempat pertama dan saya kedua pada sesi terakhir Kak Puteri mengajar
conversation english, kami disuruh untuk memberi ucapan di khalayak. Sudahlah cuaca sejuk, bila disuruh berucap dalam bahasa Inggeris di hadapan tetamu... bertambah sejuk tubuh saya jadinya! But it turned out Don sahaja yang memberikan speech. Dada saya urut. My neck is saved! saya menjerit dalam hati. :))

Ala kulli hal, dalam menghadapi tugasan baru yang baru sahaja diterima, saya perlu juga menghadapi tekanan syita. Di malam hari, suhu sering jatuh hingga ke tahap sepuluh darjah celcius. Kadang-kadang bagai nak rak terasa sejuknya. Masakan tidak, berpakaian tiga lapis dan bergulung dalam saratoga pun belum tentu dapat mengelakkan penangan angin malam yang menusuk hingga ke sum-sum!

Alhamdulillah saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sebegini. Serba-sedikit Mesir mengajar saya menjadi manusia yang lebih matang dan lebih dewasa. Tidak mudah mengeluh dalam ujian-Nya atau menyerah kalah di saat getir yang dilalui saban hari. Insya-Allah saya akan cuba untuk menghadapi ujian-Nya di masa akan datang dengan lebih tabah. Doakan saya!

15 Disember 2007

Salam Peperiksaan!


Aisey, lupa lagi nak ucapkan kepada sahabat-sahabiat di Mesir. Selamat berimtihan, semoga ilmu yang diperoleh saban tahun tidak sia-sia dan bakal menjadi bekal dan peguambela di akhirat sana, insya-Allah!

Salam imtihan dari hanristudio!

20 November 2007

Namanya Kehidupan (bahagian 2)

Dalam beberapa hari ini, saya tidak rasa begitu sihat. Jadual yang padat, kerja yang banyak, tambahan pula cuaca yang sejuk menyebabkan kadang-kadang otak saya jarang berfungsi seperti sediakala. Tangan saya acap kali terketar-ketar ketika memegang pensil dan pen lukisan. Untuk menumpukan sepenuh perhatian pada lukisan pun susah!

Dalam sehari dua ini juga saya seringkali mudah naik angin. Cepat bengang. Mungkin sebahagian perangai saya susah hendak dibuang begitu sahaja. Iya, bukan senang hendak jadi penyabar seperti nabi Allah Ayyub. Tetapi tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Mungkin ingin mengubah diri ini menjadi orang yang sabar suatu perkara yang susah. Tapi susah tidak semestinya mustahil.

Not easy and impossible are not siblings.

Begitulah. Saya sudah lama sedar, begitulah kehidupan. Tiada ranjau, tiada mehnah, maka kehidupan seolah tiada warna. Semacam tiada garam dalam masakan, tiada gula dalam minuman. Dan dalam pada itu, ada juga yang sempat mengambil kesempatan. Saban hari kita berhadapan dengan mereka yang hanya pentingkan kepentingan diri mereka sendiri. Seakan-akan mereka ini menganggap kita sebagai "mesin untuk kepentingan diri" mereka. Bila mereka rasa ada kepentingan barulah datang mengadu masalah, minta diselesaikan. Tapi bila kita sendiri mahu berkongsi masalah, macam endah tak endah saja mereka buat. Kadang-kadang bila pertolongan dipinta, langsung tak ambil cakna. Entah, saya tak pasti nak klasifikasikan mereka ini dalam jenis makhluk Allah yang mana. Iyalah, susu dibalas tuba. Kalau dibalas air sirap, boleh tahanlah sedikit. Tapi tuba?

Wallahua'lam. Begitulah kehidupan. Mungkin ini sebahagian daripada skrip kehidupan saya yang Allah tetapkan, dan ada juga manusia lain yang tercatit sebahagian daripadanya di dalam skrip mereka. Kehidupan cuma persinggahan. Hanya sementara.

Kenapa 'sementara', sedangkan 60 tahun (purata umur manusia sekarang) merupakan jangka masa yang panjang? Senang sahaja. Bezakan '60 tahun' dan 'selama-lamanya'. Perbezaannya jelas, bukan? Seperti langit dan bumi, bahkan lebih dari itu.

Dalam ketika kita masih punya umur dan kesihatan, sama-samalah kita berpulun untuk meraih keredhaan dan rahmat-Nya. Anggap semua yang berlaku di dalam kehidupan kita ini sebagai ujian, insya-Allah kita akan tabah menghadapi segala cubaan tanpa ada keluh dan kesah. Insya-Allah kita akan mampu meneruskan perjuangan.

12 November 2007

Namanya Kehidupan

Saya rasa seperti ingin sahaja berceloteh kali ini. Insya-Allah, kalam saya kali ini tidaklah sia-sia untuk dibaca dan tidaklah dianggap merugikan masa anda yang menatapnya. Bersama-samalah kita ambil yang jernih, tinggalkan yang keruh.

Sememangnya kita tidak boleh lari dari kesalahan dan kesilapan. Kita manusia. Manusia pelupa. Kadang-kadang kerana kita terlupa, kita selalu membuat salah dan silap. Itu fitrah makhluk yang bernama manusia yang tidak maksum. Tidak perlu dijelaskan lagi kerana kita semua sudah arif tentang hal ini.

Persoalannya, adakah kita masih tahu dan maklum bahawa kita ini seorang manusia yang daif? Bahawa kita sering melakukan kesilapan sama ada sedar atau tidak? Bahawa kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan?

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Seorang guru saya semasa di sekolah rendah pernah berpesan kepada saya sebelum saya meninggalkan zaman persekolahan di peringkat rendah: "Biar orang menyusahkan kita, tapi jangan sesekali kita menyusahkan orang." Saya terfikir sejenak. Kalaulah semua orang berfikiran dan bersifat sedemikian, tentu tidak ada orang yang dengki-mendengki, khianat-mengkhianati, dan benci-membenci di dunia ini.

Apa guna kawan kalau kita tak ada rasa hormat kepadanya dan dia tiada perasaan sedemikian terhadap kita? Kenapa perlu kawan jadi lawan sedangkan kita tidak boleh hidup sendirian?

Lain kali kalau ada masalah, tidak perlu lepaskan perasaan kepada kawan.

Kita perlu sedar, kita tidak boleh hidup sendirian. Islam tidak kukuh kalau semua orang bergerak atas haluan masing-masing, haluan yang berpuak-puak. Semua orang mukmin itu bersaudara, bersatu dan Allah pastinya bersama mukmin yang bersatu.

Satu sebab kenapa umat Islam masih ditindas sehingga ke hari ini ialah perpecahan. Porak-peranda. Yang itu ambil jalan itu, yang ini ambil jalan ini. Kawan jadi lawan. Di sebelah sana, lawan pula jadi kawan. Dari masa ke masa musuh Islam menambah sekutu, menambah dana. Segalanya dirancang untuk menghancurkan Islam sehingga menjadi debu yang berterbangan.

Kita yang di sini tidak pernah pula terfikir pada nasib mereka yang di sana. Hendak boikot barang yang seringgit dua pun susah, inikan pula hendak berjuang di medan perang. Percayalah, kalau kita masih ditakuk lama, kita tak akan mampu mengubah segalanya. Yang berubah hanyalah jumlah saudara kita di sana yang saban hari makin berkurangan. Saban hari dihujani peluru dan mortar. Saban detik diburu resah dan gelisah. Saban waktu berada dalam ketakutan dan kebimbangan.

Tak apalah. Anda tidak mahu membantu saudara anda, tidak mahu bersatu tenaga, silakan. Tapi anda perlu ingat. Mereka yang di sana adalah saudara anda. Mereka juga manusia. Lebih penting, agama yang anda anuti juga adalah agama mereka. Mereka mempunyai hak sebagai saudara seagama anda.

Anda mempunyai akal, jangan sia-siakannya. Anda mempunyai nyawa, jangan bazirkannya. Jadi, apa perlu anda lakukan?

Tepuk dada, tanya iman. ;)

11 November 2007

Menggunakan Emoticon di Blogger

Saya teragak-agak. Selepas saya mendirikan rumah (bukan rumahtangga :> ) di Wordpress, saya mula rasa semacam tak best saja berumah di Blogger. Teragak-agak mahu men-delete hanristudio.

Nak tau kenapa?

Salah satu kekurangan besar yang ada pada Blogger, adalah ia tidak mempunyai built-in Emoticon seperti di Wordpress. Pun begitu, mahu tak mahu, saya masih tidak ingin menghapuskan hanristudio. Banyak kenangan. ;)) Lagipun, saya dah menemui jalan untuk mengurangkan kekurangan yang terzahir di dalam sistem Blogger. Masukkan saja Emoticon ke dalamnya!

Mudah saja caranya. Anda hanya perlukan Firefox (versi 2.0 atau 1.5). Anda boleh memuat-turunnya pada pautan ini: Firefox dengan Google Toolbar.

Langkah seterusnya, anda memerlukan Greasemonkey dan skrip khusus untuk menambahkan ciri Emoticon pada posting anda.

Untuk terakhirnya, anda perlu mengubahsuai CSS pada blog anda untuk mengelakkan adanya border pada Emoticon. Cuma tambahkan di akhir CSS:


img.emoticon {

padding: 0;
margin: 0;
border: 0;
}

sebelum baris:
]]></b:skin>

Selamat mencuba! <:-P

P/S: Credits for :
wolverinex02.

31 Oktober 2007

Nilai Usahanya

"Mari, mari. Sticker murah, sticker murah."
Begitulah lebih kurang maknanya kata-kata seorang penjaja berbangsa Arab Mesir yang menjaja
sticker di dalam bas 710 semasa saya dalam perjalanan pulang ke Haiyyu Sabie', selepas sesi pembelajaran di Shoubra semalam.

Saya tersenyum. Bukan memandang rendah padanya, tapi gembira. Sekurang-kurang, dia ada usaha untuk menampung hidupnya walaupun dengan menjual
sticker.

Lebih baik dari menjual maruah diri.

Jangan sekali-kali anggap mereka yang menjual benda-benda picisan sebegitu orang yang hina. Tidak! Bahkan itu kerja mulia. Saya kagum dengan usaha mereka. Cuba anda bayangkan anda sendiri berada di tempat mereka. Bayangkan sendiri, tanya iman, tanya diri anda!

p/s: Kepada Kakak, jutaan terima kasih atas hadiah. Saya terharu!

30 Oktober 2007

Kecewa

Saya terasa ingin saja menumbuk lantai berkali-kali malam ini. Bengang. Geram. Marah. Biar berdarah tangan saya. Kecewa!

Entah kenapa perasaan ini membuak, meletus-letus persis lahar gunung berapi Kilauea di Hawaii. Saya rasa ingin menjerit, melepaskan perasaan ini.

Seketika, saya beristighfar. Perasaan tersebut senjata syaitan. Menggeleng.

Semuanya kerana adik-adik baru yang langsung tak ambil endah pesanan dan arahan saya untuk pergi menyertai Majlis Persaudaraan dan Silaturrahim (MPS) PMRAM. Saya faham mengapa mereka tidak pergi kerana saya sendiri tidak menghadirkan diri pada MPS tahun lepas. Tapi saya rasa begitu menyesal. Menyesal kerana tidak dapat memetik buahan manfaat daripada program tersebut.

Saya mengaku. Rugi. Saya ketinggalan.

Dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada adik-adik baru. Tapi saya tak mampu. Marah dan kecewa, kedua-duanya ada.

Rabb, ampuni hamba-Mu.

18 Oktober 2007

Pengumuman: Battleball.inc

Sebelum pengumuman, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Tersedak.

Rasanya dah beberapa hari tak tersedak. Macam ada saja orang yang menyebut-nyebut nama saya (senyum), tapi tak apalah. As long as that certain someone doesn't do me any harms (sengih).

Tentang komik terbaru saya, Battleball.inc, sudah saya iklankan di sini, tapi saya rasa macam tak sesuai saja di-post di sini.

Saya putuskan untuk post siri kartun ini di hanristudio v2. Sebabnya? Battleball.inc berbahasa Inggeris jadi lebih sesuai diletakkan di laman yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

28 September 2007

Battleball.inc


Kartun terakhir saya yang dihasilkan sebelum meninggalkan Malaysia. Diperbaharui sikit. Sempat lukis watak saja dulu. Ni nak perbaharui sikit.

Battleball.inc ni mengisahkan seorang budak yang bolehlah dikatakan tak berapa pandai sangat dalam pelajarannnya, tapi dia ada talent yang budak-budak lain tak ada iaitu mengawal semacam alat yang dipanggil Battleball, yang selalunya paling awal seseorang manusia tu boleh kawal pun dalam usia 21 tahun. Budak ni pun tak tahu sebenarnya kebolehannya ni sehinggalah berlaku sesuatu ke atas dirinya.

Nak tahu lagi? Tunggulah ya. Tapi saya tak jamin boleh siap dalam setahun dua ni. Hehe...

25 September 2007

Go, Fullmetal!!!

Tidak tahu apa yang hendak dibuat sambil-sambil menunggu tibanya waktu berbuka. Ada dalam setengah jam lagi. Hmm... rasa seperti hendak membuat sesuatu yang boleh membuatkan 30 minit terasa macam 30 saat.

:-?question:-?

Ya! Main Photoshop! Entah macam mana gambar rakan saya, Ikmal, menarik perhatian saya. Mungkin gayanya agak menarik dan berkebetulan, idea saya menggamit saya untuk membuat sesuatu pada gaya rakan saya tersebut.

>:)twisted>:)



Fullmetal Alchemist (FMA)! Atau boleh juga dipanggil Fullmetal Alc'kemal'. Hehe...Maaflah Ikmal kalau terasa apa-apa. Tapi saya rasakan rakan saya tu memang minat anime, dan FMA ialah salah satu daripadanya.

Bercakap tentang FMA, kartun ini berkisar tentang kehidupan alchemist (ahli ilmu alkimi - ilmu yang pada satu ketika dikatakan mampu menukarkan arang batu kepada emas). Ya, EMAS!!!

Tentu best kalau ada kebolehan macam tu. Masakan tidak, jumpa arang batu saja boleh jadi kaya. Siapa yang tak mahu jadi kaya? Manusia sama saja. Hanya iman jadi pembeza.

Berbalik kepada cerita FMA tadi, dua beradik keluarga Elric, Edward Elric dan Alphonse Elric, cuba membuat transmutasi untuk mengembalikan ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mengikut ilmu alkimi yang masih b
ertapak pada undang-undang sains, sesuatu yang mahu ditukar kepada sesuatu yang lain hendaklah mempunyai jirim dan jisim yang sama. Contohnya, gandum boleh di-transmut kepada roti, tetapi pasir tidak boleh.

Mengikut formula itu, dua beradik ini berjaya mengumpulkan sekalian kompisisi bahan-bahan kimia yang terdapat dalam badan seorang manusia dan melakukan transmutasi. Tetapi malangnya, mereka gagal, dan objek transmutasi mereka itu langsung tidak menyerupai manusia. Iyalah, orang dah mati mana boleh hidup dihidupkan kembali!

Kalau mukjizat Nabi tu lainlah.

Lebih parah, kaki kiri si abang, Edward, dan tubuh si adik, Alphonse menjadi korban di dalam proses transmutasi tersebut. Tragis. Untuk mengembalikan adiknya, Edward mengorbankan pula tangan kanannya. Pun begitu, Alphonse hanya boleh di'lekatkan' pada sebuah armor besi sementara badan sebenarnya tidak dapat dikembalikan. Menarik tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, cari sendiri komiknya dan baca.

Sebenarnya, semuanya dalam kartun ni tak masuk akal. Iyalah, kartun. Tak masuk akal adalah perkara biasa, malah ia menjadi pelaris cerita!

Tapi saya akui, susah hendak mencari idea yang asli, yang dapat menarik perhatian pembaca dan penggemar komik. Kartun tak semestinya lawa dan comel. Macam Krayon Shin Chan. Ramai yang gemar akan kartun bodoh + Kurang ajar ini. Kenapa? Sebab ia lucu, biarpun lukisannya taklah se-power Dragon Ball, Detektif Conan, Penyiasat Remaja, Slam Dunk, dan Fullmetal Alchemist sekalipun.

Bagaimana pula dengan saya? Entahlah. Bilalah nak keluar idea asli dari kepala saya ni. Huah...

:-<rolleyes :-<

23 September 2007

Just Passing By - Nothing To Write

Sehari dua ni, alhamdulillah, kerja dah berkurangan walau ada yang masih tersisa. Beban di pundak dah semakin menurun. Tapi saya dikejutkan dengan satu khabaran. Bukan satu, tapi dua.

Tawaran untuk menjadi Ke
tua Editor Suara Kampus Edisi Kelantan sesi depan dan tawaran untuk menyertai pembikinan novik (novel grafik), di mana saya akan menjadi kartunisnya, serba-sedikit.

Waaagh...Pada mulany
a pening juga memikirkan yang mana satu hendak dipikul. Kalau dua-dua, berat sangat.

Okey, begini. Menjadi Ketua Editor (KE) tidaklah seberat mana, sebab hanya untuk satu sesi saja. Tapi yang tak seronoknya (bagi sayalah), KE perlu mengurus banyak benda. Deadline, penerbitan, percetakan, pergi sana pergi sini. Berat.

Menjadi kartunis dalam novik pula satu hal. Novik ni bukannya macam kartun strip satu halaman tiga panel tu. Novik adalah gabungan novel dan diterjemah ke dalam kartun. Bayangkan sebuah novel ada tidak kurang daripada 100 halaman. Bermakna perlu lukis tidak kurang daripada 100 halaman juga. Kalau sebuah, biasalah. Mungkin boleh bertahan sampai habis. Tapi kalau empat? Saya harap Allah memberikan kekuatan untuk menghabiskannya.

Macam dah pilih saja, bukan? Yes, it's decided. Saya pilih untuk jadi kartunis untuk projek novik. Maaf banyak-banyak lah, jawata
n KE mungkin ada yang lebih layak, insya-Allah.

Doakan saya dan boss (A. Ubaidillah Alias a.k.a cairostudent) berjaya menerbitkannya, demi Islam yang tercinta. Ameen!


19 September 2007

Ramadhan Di Mesir


Sepatutnya saya dah lama menghantar post yang bertajuk seperti di atas. Entah, mungkin tidak sedar atau terlalu disibukkan dengan kerja-kerja sebagai mahasiswa dan sebagai ahli persatuan sehingga saya terlupa.

Ramadhan di Mesir betul-betul bukan seperti Ramadhan di Malaysia. Jika di Malaysia, suasana Ramadhan kurang sangat dirasai berbanding di Mesir. Kalau di Malaysia terkenal dengan bazarnya di bulan ini, di Mesir pula terkenal dengan 'maidaturrahman'. Kami panggil 'maidah' (terjemahan: hidangan) saja.

'Maidah' adalah salah satu feature yang menyebabkan meriahnya Ramadhan di Mesir. Apa sebenarnya 'maidah' ni?

Kalau di Malaysia, saya masih ingat, memang galak membeli di bazar pada sebelah petangnya. Kadang-kadang tak cukup duit poket yang abah dan emak beri untuk berbelanja membeli juadah berbuka puasa. Ironi, di Mesir saya rasakan Ramadhan adalah bulan penjimatan.

Kenapa?

Iyalah, 'maidah', atau nama lainnya dipanggil moreh oleh masyarakat Melayu, wujud setiap hari di bulan Ramadhan. Istimewanya, kami tidak mengeluarkan sesen pun wang saku. Memang kami melazimi berbuka bersama orang-orang arab Mesir. Ya, setiap hari, melainkan ada jemputan atau ada program yang membuatkan kami terpaksa makan bukan di 'maidah'.

Convenient, bukan?

Kalau di Malaysia dipasang lampu berkelip-kelip dan berwarna-warni, siap pasang pelita malam tujuh likur lagi untuk menceriakan Syawal, di Mesir ada lampu faanus dan lampu-lampu kelip yang memeriahkan suasana Ramadhan. Begitu colourful dan suasananya hidup! Lively!

Nampak terbalik, betul tak?

Tapi sebenarnya dan sepatutnya, Ramadhan disambut dengan lebih meriah berbanding Syawal. Istimewanya Syawal adalah pada 1 dan 2 haribulan sahaja. Istimewanya Ramadhan adalah pada setiap hari di bulan tersebut. Saya pun pening kenapa ada di Malaysia orang yang beraya sampai sebulan...

P/S: "Puasa sebulan, raya pun sebulan lah..." [Quote daripada salah seorang rakyat Malaysia :>]

17 September 2007

Berakhir Sudah Muktamar Sanawi 12 KPKM

Alhamdulillah. MS kali ke-12 KPKM dah tamat. Yosha! Sebentar tadi ada mesyuarat muhasabah adhoc. Banyak benda juga yang kurang, tapi sekurang-kurangnya all's well that ends well. Tak gitu, Timbalan Setiausaha MS? :D

Saya sudah boleh menarik nafas lega, tapi bukan selega-leganya. Lepas ini ada lagi sedikit kerja Setiausaha MS yang perlu diselesaikan.

Sikit lagi. Pening sikit saja lagi. Lepas tu dah boleh menjalankan aktiviti harian sebagai manusia biasa. Hahah...bunyi macam selama ni saya bukan makhluk Bumi pula. :))

Jumpa lagi esok. Gambar-gambar sepanjang MS akan menyusul.

13 September 2007

Ramadhan! Menjelma Akhirnya!

Alhamdulillah, senja dah melabuh tirai. Sebentar lagi kami di sini akan menunaikan solat sunat terawih selepas solat Isya'. Saya ambil masa sekejap selepas solat Maghrib untuk update sikit.

Ahlan, ahlan wa sahlan ya Ramadhan, shahru nuzila fiihil Quran! Sama-samalah kita berkejar-kejar untuk mendapat keberkatan dan maghfirah dalam bulan yang penuh dengan rahmat Allah ni.

Hm...sebut pasal berkejar, letih pula rasanya hari ni. Berkejar ke sana ke mari. Kerja SU lah katakan. Sebenarnya saya baru lepas marahkan timbalan.

"Ustazah, kenapa tak ikut DESIGN yang ana bagi???"

Lebih kurang begitulah ayat saya. Hehe. Bukan garang, tapi tegas. Tegas yang bertempat. Bengang juga rasanya ustazah-ustazah tu tak ikut garis panduan yang kita beri. Nak ubah, buat sendiri lain kali ye, bentak hati saya. Haha. Gurau sajalah, ustazah. Jangan marah noo :>

Untuk terakhirnya, saya nak minta maaf atas salah silap yang dilakukan, atas apa-apa post dalam blog ini yang ada menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Semoga kita mendapat rahmat dan berkat di bulan Ramadhan kareem ini.

"Kullu 'aam wa antum bikhair" dan selamat menjalani ibadah puasa dari kami di Han Ri Studio.

10 September 2007

Ramadhan Karim Approaches


Alhamdulillah, tak sampai seminggu nak sampai ke permulaan Ramadhan. Hope I can make it ^.^


Hmm...dah masuk setahun dah rupanya saya bermastautin di Mesir. Tak sangka. Alhamdulillah, saya berjaya naik ke tahun dua, dan alhamdulillah saya tak menghadapi dugaan yang sangat berat. Semua dapat saya hadapi dengan izin-Nya.


Dah nak masuk bulan puasa ni, teringat pula pada Malaysia. Pada rumah, keluarga, dan kawan-kawan tersayang kat Perak. Rindu pula rasanya. Dah lama perasaan ni tak timbul selama saya berada di Mesir. Rindu pada masakan mak, bubur lambok yang abah ambil kat masjid pekan Teluk Intan, roti jala cecah kuah durian yang dijual pakcik yang selalu menjaja depan rumah, keropok lekor pakcik di pasar malam Jumaat, dan lain-lain. Banyak sebenarnya memori di bulan Ramadhan yang mustahil dapat saya lupakan.


Paling indah, imam Salahudin (saya panggil pakcik Kudin je) beri saya hadiah berupa wang tunai sebab rajin tadarus Quran. Masa tu budak lagi. Dia jugalah bagi semangat saya untuk menghafal Quran. Terima kasih banyak-banyak ya, pakcik Kudin! May Allah bless you. :)


Hm...rindu...Aha, mak, kirim salam pada Bulat dan anak-anak dia ya. Hehe... ;)


P/S: Teringat pula lagu Hijjaz: "Rindu itu adalah...anugerah dari Allah..."

03 September 2007

Gunjin 12

Komik pertama saya sejak berada kat Mesir. Dari tahun lepas sampai sekarang tak gerak-gerak. Terhenti.
Sekarang dah ada orang bagi semangat, ada la sikit idea nak teruskan lagi [senyum]. Peminat pun dah ada. Huahua. Jangan bimbanglah. Insya-Allah akan di-update, walaupun tak seberapa, tapi terimalah seadanya ya.

The Adventure Begins

As mentioned, I will be facing gruesome challenges. And now, beginning this week, the challenges begin.

Huaa...

25 Ogos 2007

Lebih Satu Yahoo! Messenger Pada Satu Masa

Saya terfikir bagaimana hendak menggunakan dua akaun Yahoo! Messenger dalam satu masa. Ingatkan perlu muat turun aplikasi parti ketiga (third party application), rupanya senang saja. Nak tau trick-nya?

Cara 1:

Muat turun fail ini dan aktifkannya untuk memasukkan ke dalam Registry (cuma klik dua kali pada fail ini). Perlu ingat, anda perlu tutup Yahoo! Messenger (exit) jika ia masih aktif sebelum menekan pada fail ini. Untuk menggunakan lebih daripada satu Yahoo! Messenger, anda hanya perlu klik dua kali (run) Yahoo! Messenger dan menekannya lagi untuk memasang satu lagi Y!M.

Cara 2:

Jika anda memilih untuk tidak menggunakan fail registry di atas, anda perlu mengubah registry secara manual. Tekan Run, taip regedit dan tekan OK. Pergi ke HKEY_CURRENT_USER> Software> yahoo> pager2. Pada panel kanan, cipta satu dword dengan name Plural dan value 13. Keluar regedit dan anda boleh membuka sebanyak mana Y!M yang anda mahu.

(Diambil dan diterjemah daripada simple-tricks.blogspot.com)

14 Ogos 2007

Tersimpan








Di atas adalah antara kartun-kartun yang saya tinggalkan dan tak bersentuh di meja saya. Alhamdulillah sempat scan sebelum scanner saya buat perangai (kecuali artwork yang di atas sekali; di-scan di Asrama Pelajar Malaysia-Rumah Kelantan Baru a.k.a RKB). Yang tak jelas tu, klik saja sekali untuk imej yang lebih jelas.

Hari Yang Betul-Betul [dot-dot-dot]

Semalam, pembantu blog saya di Malaysia ada memberi SMS kepada saya tentang masalah peribadinya yang berlaku di sana. Saya terus minta maaf, pohon agar dia tak mengajukan apa-apa soalan tentang apa-apa masalah pada jangka masa yang terdekat ini.

Sebabnya?

Otak saya dah begitu full dengan TO DO LIST yang saya dah catatkan di laptop saya. Saya pun dah begitu tak ada masa untuk naik marah dengan perangai-perangai ahli-ahli bait yang dikasihi, begitu juga dengan sikap-sikap orang lain yang betul-betul mencabar keimanan saya. Ke'otok'an (otok-loghat Kelantan, bolehlah diertikan sebagai 'bengang') saya dah sampai peringkat Super Saiya ke-5 dah.

Sebenarnya, saya mengaku secara peribadi, saya adalah seorang yang begitu pemarah. Begitu mudah naik angin. Begitu senang jadi berang. Tapi, alhamdulillah, selepas beberapa tahun ditarbiyah di peringkat sekolah menengah, hati saya bolehlah dikatakan menjadi sangat lembut. Senang sangat dialun. Senang sangat dipujuk.

Tapi itulah.

Makin ramai pula ambil kesempatan. Tahu-tahu saja saya berhati lembut, terus rasa malas nak bertanggungjawab kalau ada buat salah pada saya, sengaja saja tak mahu minta maaf.

Kalau diikutkan, kalau saya lepaskan perasaan marah ini, boleh jadi (nauzubillah) berlaku pula kes kejadian kedua macam di Mansurah. Saya tak mahu pilih jalan tu. Ada jalan penyelesaian yang lebih baik, sesuai untuk orang yang berakal macam saya. Kalau dilepaskan aura marah tu, saya tahu saya tak akan jadi macam orang waras dah. Perkara luar waras barangkali akan berlaku.

Hari ini, saya dah menghadiri dua mesyuarat unit. Mesyuarat di sebelah pagi tak dapat saya hadiri sebab saya perlu ke kelas tambahan Qiraat Tujuh (Syatibi). Lega betul bila dah habis empat-empat mesyuarat. Berat juga kerja jadi setiausaha ni, ya?

Apa-apa hal pun, masih ada kerja perlu saya siapkan. Kemungkinan besar saya tak dapat tidur lagi malam ni. Mungkin lepas Subuh.

Saya selalu doa, harap-harap Allah beri kekuatan untuk tetapkan keadaan hati saya dalam Islam, dan selalu tabah menghadapi apa-apa ujian.

P/S: "Ya Allah, jadikanlah aku seorang penyabar seperti Ayyub, pemaaf seperti Yusuf, penyayang seperti Muhammad 'alaihimussolatu wassalaam."

12 Ogos 2007

Mesyuarat, Mesyuarat, Mesyuarat!!!

Saya mendapat satu SMS daripada seorang rakan ad-hoc MS, menyatakan bahawa saya perlu hadir ke mesyuarat AJKT pada pukul 2 petang, 13 hari bulan Ogos, hari Isnin ini. Saya melihat jam. Laa, dah pukul 12 pagi.

Eh, esok rupanya! Hahaha.

Tadi, saya ke Rumah Kelantan Baru. Jumpa dengan boss S/U. Dia pula suruh saya hadir ke mesyuarat AJKT. Bukan satu lagi tambahan, tapi empat, menjadikan jumlah mesyuarat yang perlu saya hadiri - lima dalam masa dua hari. Banyaknya!!! :((

Bukan senang ya, menjadi seorang setiausaha. Iyalah, sejak lahir, saya manalah pernah pegang jawatan setiausaha. Tup, tup, terus jadi setiausaha program. Kalau setiausaha badan atau persatuan tak apalah lagi, tapi ini terus ke program mega. Wah, wah... Pening juga kepala dibuatnya.

Apa-apa hal pun, insya-Allah saya akan menjalankan amanah yang diberikan ini dengan baik, walaupun tak sebaik mana, tapi insya-Allah. Saya akan cuba.

Ganbatte, Hanri! ucap hati saya.

(Ops... minit mesyuarat masih belum siap. Haiya...)

11 Ogos 2007

09 Ogos 2007

PMRAM Writing Contest...? YES!

I saw the ads at KPKM's Rumah Kelantan Baru, and sprang. This time, I'll definitely take part. Definitely!
It's not important, though, if I would win or lose. The thing is, I HAVE TO COMPETE.

P/S: For further information, do visit this link.

02 Ogos 2007

3 Madani, Farewell to Thee...


17/5/2007 Tarikh bermakna bagi kami semua. Tiga orang rakan seperjuangan kami meninggalkan bumi Kinanah, Mesir dan akan terus berjuang di bumi Munawwarah, Madinah. Tahniah dan semoga dapat berjuang di sana dengan lebih itqan!

P/S: Ingat pesan Mudir sokmo. Excellent ya, guys!

27 Julai 2007

Back to Many Many Works!

Finally, examination week had ended. And, WHOA, I've got a crappy loads of works to do over my desk! Seems like no time for recent events updates yet.
Ah, I've recently consulted my assistant. Seems like its not possible for her to do the updates too, due to her final sem. Pray to Allah, that she'll get great, no, BEST result.

30 Jun 2007

B.I or B.M?

I've been receiving SMS from friends (Malaysia and Egypt), that commented on my blog. Eh, kau ni nak guna Inggeris ke Melayu dalam blog kau ni? Macam takde pendirian je.
I laughed. I don't have pendirian? Sure I do! This blog, I'm going to use multiple languages. It's not a crime anyway, is it?
[laugh]

29 Jun 2007

Han (arabic version)*



*Han, arabic version, has been submitted to Suara Kampus Edisi Kelantan, vol. 39

27 Jun 2007

It Just Keeps Getting Hotter

I looked at the weather meter on Yahoo! Messenger. Cairo, Egypt- lowest: 25, highest: 41. And it's in Celcius, I must note.
Last night, I had a terrible nasal problem. I just couldn't breath smoothly at the nose. I kept blowing and blowing and blowing my nose, and the end result; nosebleed. I quickly went to the toilet after taking along my handkerchief. Moments later, the piece was blood-stained.

This morning, when I woke up, I suddenly realized that I was having a bad cold. It was terrible. Could you imagine breathing one whole day with your mouth? Of course it includes inhaling and exhaling!

That was really mental. But thank God, it was just for a while. It's getting better at this moment.

26 Jun 2007

Friendster? No More

I have tasted the sweet and sour of being in some websites, signing up in them, updating pages after pages, here and there, and so on. Preferrably Friendster. But nah, it doesn't make any sense to people like me to be in there.
Why?
Well, Friendster no longer captures my attention. I have, as well, deleted my account, so if anyone ever wants to enter my profile, get ready to be disappointed, ya!

p/s: I meant no offense to you Friendster users, okay?

22 Jun 2007

Forgetful :-?

I don't know. Something inside me is changing with the flow of time. Yes, I feel alive. But I feel a bit forgetful. I tend to forget some things these days; my extra classes, important people's birthday dates, many more. And oh, I sometimes tend to forget what I say to people, even just now. Yes. Now wait a sec. What did I just say?

19 Jun 2007

Tahniah buat bakal pelajar Madinah!

Saya ingin ucapkan sekalung tahniah kepada tiga orang sahabat seperjuangan saya yang telah terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah di Madinah al-Munawwarah. Tiga orang yang bertuah tersebut adalah Mohd Ridzwan bin Abd. Razak, Wan Mohd Ikmal bin Wan Mohamad @ Adnan, dan Mohd Habib Mustafa. Semoga kalian dapat terus menuntut ilmu dengan penuh komitmen dan tabah meneruskan perjuangan demi Islam. Insya-Allah!

17 Jun 2007

"Mangsa Kepingin Makaroni Goreng Tiga Malam Berturut-turut."

Selesai berbual-bual dengan seorang sahabat; salah seorang Badan Pengurus PMRAM yang bertandang ke rumah, saya masuk ke bilik. Kebetulan rakan senior saya, Adnan Zakaria, ada singgah ke rumah. Saya minta dia menceritakan perihal rakannya yang menjadi mangsa keadaan baru-baru ini. Dia mulakan mengenai ceritanya bersama allahyarham beberapa malam sebelum kejadian:

Beberapa orang pelajar di sana (Mansurah), beritahu Adnan, ada menetap sebentar di sebuah rumah. Termasuklah allahyarham. Mereka rapat dengan tuan punya rumah tersebut (Abang Man). Di rumah itulah mereka saling mengulangkaji bersama-sama. Pada tiga malam terakhir musim peperiksaan, allahyarham bersungguh benar mahu makan makaroni goreng. Dia sendiri pergi ke kedai membeli makaroni menggunakan wangnya sendiri. Pada tiga malam tersebut mereka yang ada di rumah itu sama-sama makan makaroni yang dibeli allahyarham. Adnan berseloroh, "Ni malam wida' ni. Lepas ni, entah bila pula boleh berjumpa macam ni. Musim periksa tahun depan pula kot..." Lebih kurang macam itulah. (Sebenarnya dialog tu dalam loghat Terengganu.)

Malam selepas hari terakhir peperiksaan, usai menjamu perut dengan makaroni goreng, allahyarham sempat berseloroh sambil ketawa, "Lepas ni kita lepak kat cybercafe sampai pagi."

Hari Isnin, 11 Jun, beberapa pelajar Mansurah termasuklah allahyarham datang melawat rakan-rakan di Kaherah. Keesokannya, Selasa, 12 Jun, allahyarham ada mendesak rakan-rakan, mahu pulang cepat ke Mansurah. Rakan-rakannya menolak dan allahyarham terpaksa balik seorang diri. Senior saya Adnan kepelikan. Selalunya jarang allahyarham balik sendiri-sendiri.

Kembali di Mansurah, Selasa, 13 Jun. Petang itu, allahyarham berada di rumah pelajar Malaysia, di pasar Dirasat, Mansurah bersama seorang rakan. Adnan memberitahu, rakannya itu ada mengatakan mahu bergunting dan didesak supaya pergi cepat. Rakan tersebut pun meninggalkan rumah itu. Tinggallah allahyarham seorang.

Kemudian, kejadian yang tidak diingini itu pun berlaku. Saya cuba bertanyakan Adnan tentang sebab musabab kejadian itu, namun beliau sendiri tidak mengetahui sebab yang tepat. Ada yang mengatakan suspek menghadapi tekanan perasaan yang terlalu kuat. Sedangkan senior saya Adnan yang tinggal di Mansurah tidak tahu, apatah lagi saya yang tinggal di Kaherah. Bukan dekat Mansurah-Kaherah, tahu!

Senior saya itu ada menceritakan tentang keadaan allahyarham ketika ditemui oleh orang Arab. Ulasnya, yang hanya sempat melihat gambar yang dirakam melalui kamera telefon rakannya: "Teruk. Darah merata. Macam di tempat sembelihan lembu!" Saya menggeleng kepala. Sampai begitu sekali.

Setiap kejadian ada hikmahnya yang Allah mahu tunjukkan. Marilah sama-sama kita berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam, agar hati kita dijauhkan dari dicemari daki-daki permusuhan. Dan supaya kita tergolong dalam golongan husnul-khatimah. Ameen, ya Rabb!

16 Jun 2007

Al-Fatihah Buat Rakan Seperjuangan

Petang itu semasa saya sedang ralit bermain-main Photoshop, saya termangu seketika usai dikhabarkan seorang pelajar Al-Azhar di Mansurah telah dicederakan dengan teruk oleh rakannya yang juga seorang pelajar Al-Azhar dan sedang menjalani rawatan di hospital dauli. Saya mendapat berita tersebut daripada seorang rakan senior yang mengaji di Mansurah, yang kebetulan mengenali mangsa. Saya terfikir seketika. Betul kata abang-abang. Benar, Mesir bumi Anbiya', tapi jangan lupa, ia juga bumi Firaun, Qarun.

Keesokan harinya, saya mendapat SMS yang dihantar oleh seorang kakak di Mansurah tentang kes di sana. Khabarnya, mangsa telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2 pagi. Saya tak terkata apa-apa, terasa sedih dan terus berkongsi mesej tersebut dengan kawan-kawan serumah. "Apa? Betul ke?" Itu antara perkataan yang keluar dari mulut mereka.

Saya tidak bisa melontarkan pendapat tentang kes tersebut. Sudah banyak berita mengenainya yang terpapar di dada-dada akhbar. Biarlah ia jadi iktibar dan pedoman buat kita. Moga-moga Allah melindungi kita semua dari malapetaka yang bisa timbul dari amarah, dengki, dan dendam yang dinyalakan syaitan laknat di dalam hati manusia.

Mangsa adalah Mohammad Ishak, berasal dari Terengganu, pelajar tahun pertama kuliah Usuluddin. Takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah.

06 Jun 2007

Diari: Memori Memento Spektrum ‘07

Ketika melalui jalan balik dari Shoubra ke Hayyu Sabie’, Kaherah, saya terpandang bangunan Nadhi Riyadhi. Tersenyum sendirian. Teringatkan masa lalu. Di situ Memento Spektrum. Di situ ia berakhir.

Petang itu, masih saya ingat, hari Isnin, 26 Mac 2007 bersamaan 7 Rabi’ul Awal 1428, kami bersiap-siap menuju Nadhi Riyadhi menaiki teksi. Dekat saja, tidaklah mahal sangat kalau menaiki teksi. Kalau destinasi jauh, alamat kering poketlah saya!

Kerja-kerja persiapan dewan masih belum siap disebabkan tertangguh. Orang-orang tua ada menyebut, kerja bertangguh tidakkan siap. Namun perlu disebut di sini, pertangguhan ini bukanlah disebabkan ahli gerak kerja sendiri, tapi kami berhadapan dengan orang arab. Kami dah begitu mafhum dengan fe’el perangai orang arab. Begitulah, kerja kami tertangguh disebabkan mereka. Bukan saya mahu menuding jari kepada orang arab. Iyalah, manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain. Tak begitu?

Berbalik kepada scene di Nadhi Riyadhi. Kami bertungkus-lumus, membanting tulang untuk menyiapkan dewan. Alhamdulillah, walaupun terlewat sedikit, program malam itu dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ops, tercerita kesudahannya pula. Kita rewind sedikit, ya. Lupa pula nak beritahu. Entah macam mana saya ni boleh terpilih menjadi salah seorang ahli kumpulan nasyid yang akan membuat persembahan malam itu. Entahlah [senyum].

Kumpulan itu terdiri daripada enam orang vokalis, dan lima orang percussionists. Abdullah Fahmi, juara Akademi Al-Quran adalah ketua kami, walaupun tidak kami lantik secara rasmi, namun saya rasakan dia memang sesuai memegang title ketua.

Semasa kami berlatih beberapa hari sebelum Memento Spektrum, berlaku sedikit perselisihan faham. Sedikit saja. Namun, kerana sedikit itulah kami hampir-hampir tidak jadi membuat persembahan. Mahu saja tarik diri. Tapi selepas kami berbincang dengan baik, membuang jauh prasangka jahat, saling memberi teguran seadanya, dan bermuhasabah, kami kembali bersatu sebagai satu kumpulan. Tidak kan terhidu haruman mewangi andai tidak dinyalakan setanggi, tiada pula manisnya kehidupan jika tiada ujian sebegini. Betul, bukan? Waduh, kok berkias pula! Hehe…

Malam itu, selepas solat Maghrib, kami bersiap untuk rehearsal. Tapi entah macam mana, tak jadi juga. Rehearsal sebenarnya akan dilakukan di atas pentas, untuk mencuba-cuba mikrofon, mendapatkan posisi yang baik dan lain-lain, namun memandangkan pentas pun dalam pembikinan lagi pada masa itu, terpaksalah kami batalkannya. Rehearsal hanya dibuat selepas solat Isya’ di bahagian belakang dewan tanpa menggunakan mikrofon. Kemudian, doa dibacakan oleh Abdullah Fahmi, mengharap agar persembahan kami dapat berjalan dengan lancar. Ameen! Kemudian dia berpesan kepada seluruh ahli kumpulan: buatlah yang terbaik dan apa-apa kecacatan yang berlaku, redhalah! Lantas, kami berenam bersalaman dan berpelukan. Ukhuwwah fillah abadan abada.

Akhirnya, saat yang ditunggu jelang tiba. Kumpulan kami dipanggil untuk tampil ke atas pentas. Saat ini, ketika saya sedang menaip diari ini, masih terasa lagi debarannya. Saya masih mampu bayangkan bagaimana saya merasai jantung saya menendang-nendang.
Percussionists mengambil tempat dahulu. Senyap. Audience ternanti-nanti persembahan kami. Semuanya senyap. Berdebar sungguh saya pada masa itu!

Muzik intro dibunyikan menandakan para vokalis perlu naik dan mengambil posisi masing-masing. Saya adalah yang pertama naik ke pentas, diikuti rakan anggota yang lain. Ditakdirkan saya berdiri betul-betul di hadapan bahagian akhawat! Aduh…semakin berdebarlah si jantung hati ini! Bukan apa, kalau hal-hal yang berkaitan dengan wanita ni (kecuali keluarga sayalah…), saya memang tak dapat excel. Tak biasa. Iyalah, faham-faham saja, hampir enam tahun di MTAQ Pulai Chondong, tak pernah bergaul dengan perempuan. Memanglah pergaulan bebas tu haram, tapi dalam hal-hal seperti berpersatuan, berprogram, dan lain-lain, interaction and communication diharuskan asalkan menjaga batas hukum. Tapi part ni pun, saya geleng kepala. Surrender.
Kembali ke situasi di hadapan audience. Saya mengambil mikrofon. Testing, one, two, three. Baik. Mula!

Memang pada mulanya saya rasakan begitu berdebar. Sampai saya terbayangkan bahawa kot hitam yang saya pakai ni terkoyak di bahagian jantung! Begitu hebat sekali debaran yang saya rasa malam itu.

Tipulah kalau saya katakan saya tak ada rasa gementar langsung berdiri di hadapan ratusan penonton. Malah wakil kerajaan negeri Kelantan pun hadir! Datin Sabariah, isteri YAB Tuan Guru juga ada. Bayangkanlah sendiri jika anda di tempat saya. Tentu tak terbayangkan.

Alhamdulillah, selepas satu lagu habis didendangkan, saya sudah mampu mengawal rasa gementar. Dua lagu selepas itu, alhamdulillah, mampu saya habiskan dengan selesa.
Syukur, persembahan kami selesai tanpa ada apa-apa kejadian yang tak diduga. Kami turun dari pentas, menarik nafas lega. Segala puji bagi Allah!

Acara diteruskan sehingga akhir. Spektrum ’07 berakhir dengan baik. Seperti yang saya katakan tadi, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagi saya, malam tersebut adalah malam yang paling best sejak saya sampai di Mesir sehinggalah saat saya menaip diari ini.

Namun, tidaklah saya katakan persembahan kami pada malam itu adalah perfect. Tidak. Banyak cacat-cela, dan kami tidak nafikannya. Kami hanya mampu lakukan yang terbaik, dan kelemahan yang ada, kami harap mampu kami perbaiki jika masih ada Spektrum pada masa akan datang.
Jumpa lagi, SPEKTRUM!

Noktah.

03 Jun 2007

Desifer 2.0

Ni dok musykil ni... nak wat komik, novel, or... novel grafik?! Buntu betul lah...[sengih]. Kalau nak wat komik, kena lukis banyak, kalau nak wat novel, kena menulis pulak, dan kalau nak wat novel grafik... mampuih... kena lukis dan menulis at the same time!!! Tabik spring kepada Ust Ubaidillah Alias kerana dengan jayanya berjaya menghasilkan novel grafiknye yang pertama: Sekudus Nur Ilahi! Tahniah, mabruk! [senyum]



02 Jun 2007

The Magical Coin

“Can you believe that this RM 0.10 can make a big miracle to us?” asked Mursyid to his friends. The tiny coin glittered as the ray of the sun striked. He smiled as none can answer. Or maybe none believed.
Mujahid came with his pals, and he overheard Mursyid.
“Bla, bla, bla, enough with your chat, Mursyid,” said he, not looking at the group.
“And you guys, can’t you do any better things rather than hearing his gobbledygook talk? Ten cents can’t change your life. Really.”
Mursyid shook his head. “It may, Mujahid,” insisted Mursyid.
Mujahid sighed lazily, turning to Mursyid. “No, poor boy. Well, OK, sometimes it makes the whatsoever miracle. But only on some penniless boy,” grinned he, and added, “like you.”
Mujahid and his buddies laughed an irritating laughter.
“Now come, my comrades,” continued he. “We have some more works to do. I don’t want to hang with these impoverished childs.”
Their irritating laughter faded as they walked away. Mursyid only looked at them with a sour look.
“It’s OK, Mursyid,” said Mujaddid, one of his friends. “We are on your side.”
“Yeah,” agreed Murabbi and Muaz simultaneously.
Mursyid turned to his friends, smiling. “I’m all right. It’s just a small matter.”


The next weekend, Mursyid helped her mother in their nasi lemak stall like usual. It was a sunny morning. He could see birds happily chirping in a nearby cherry tree. Sometimes he dreamed to be like them, living happily with his family, having many friends, living an affluent live and able to buy anything he liked. Yes, he once saw a remote-control car. It was Mujahid’s. And he had a heart onto having one. But he swiftly realised that he’s what he used to be. There’s no need to be longing for something which is unworthy. He had a life to live on, and he will make his family live better. He just has to struggle and strive in his study whatever it takes. Then he will go abroad to further his study. Once he has graduated, he will guide his own family to a better life. At that time, his mother should have been proud of him. Proud to have a child like him. And he will hug her for all she had showered to him since he was born. Love, sacrifice, hard-times, illness, and all the things she had faced for such a long time.
Yes, such dream is better. Better than dreaming of a toy or any unworthy things like having many many money. Big bucks. Such dreams won’t lead to a better living. After the realization of the dream, greed and desire will follow. Both will only ruin one’s future. No future for dreamers of these.
A boom of an engine broke the peacefulness of the morning. Mursyid jumped. It was a black Chevrolet passing by his stall. The luxurious car stopped with a screech of the tyres and reversed. It stopped at the front of the stall. The side window slided down. A teenager with a familiar intimidating smile was inside, while his pal, Mumtaz was at the driver’s seat.
“Ah, what a coincidence to see you here, Needy,” greeted Mujahid boastfully.
“I have a name, Mujahid,” crossed Mursyid.
“Oh, well,” sneered Mujahid. “Gotta go to the City. Hop in. I can fetch you there and we can—”
“No thanks,” crossed Mursyid.
Mujahid and Mumtaz looked at each other with a devious grin.
“Oh, I forgot. How could I?” laughed Mujahid. “Still waiting for the tiny little coin to do some kinda magic tricks, eh?”
Mumtaz laughed like crazy, inside.
“Oh, oh, look at the time. You kept me long, Needy,” laughed Mujahid again. “Smell you later!”
And with that the Chevrolet scuttled away, leaving behind some gray dust. Mursyid felt his shoulder being touched. He turned his head. It was his mother.
“That’s life, my son,” said she soothingly. “We learn from many things. Majorly from mistakes, done by our own selves or others. I know you feel terrible, but remember, He already told us that after the trouble comes the tranquility. After the sadness comes the joy. Allah won’t brake His promises.”
Mursyid looked deeply at his mother’s face; a wizened old face, but filled with the enlightenment of Iman. And her smile was the thing he would never forget till the end of time.


The next day was Monday. Mursyid went to school like usual and there was nothing special that day save the increasing effort of Mujahid’s to sneer and make fun of him. Like always, Mujahid hanged with his ‘comrades’. And like always, Mursyid never ‘countered’ their efforts. He did not feel irritated anymore. Besides, he also had his own ‘comrades’ but not like Mujahid, he treated his friends just as fair.
During recess, Mursyid went to the school’s feast hall to buy some drinks. He saw Mujahid bullying the juniors, trying to brake up the cue. Mursyid did not bother to act. He already had his and he did not want to be late for his next physics class.
Mujahid stood for a while and stuffed his pouch into his pocket. As he took his hand out, a tiny RM 0.10 slipped together and fell with a ching. It rolled for a while and hit a shoe.
It was Mursyid’s.
He saw from whom did it fell and he took it right away. Just as he reached Mujahid, he stretched out his right hand with the coin in the palm.
“You dropped it,” said Mursyid. “Take it back.”
Mujahid closed in and stared at Mursyid. His eyes were blazing.
“Don’t humiliate me with that,” growled Mujahid. “If you want, just take it. Miracles shall happen.”
Mumtaz and the other Mujahid’s buddies were enjoying the ‘show’. They clapped thunderously as Mujahid came to them. They even praised him for the spectacular ‘performance’.
“Don’t mind him,” assured Mujahid. “He’s just taken away my RM0.10 to make some miracles. Let’s just hope he won’t do a Charm or a Curse to us.”
Again they went away with their demonic laughter. Mursyid only sighed heavily. He shook his head for seeing such a wasting attitude. Slowly he looked down upon his palm. The tiny coin seemed different. Was it a miracle…?

***

Mujahid woke with a start. He turned around. There’s no one left in the classroom. He looked at the sky. It was awfully dark. Then he looked at the watch. It was 6.30 pm. He had dozed off the class for a… WHAT?!!!
Mujahid felt uneasy. His heart began to swirl. He quickly took his bag and stormed to the nearby bus stop.
No, I’m too late. There will be no more bus to my house!
Mujahid suddenly stumbled and fell onto the mud. It dawned on him that it already rained. His heart began to churn.
Argh, dammit! It can’t be! There must be a bus! There must be one!
With all the strength he had, he dashed to the bus stop. Once arrived, he sat on the bench with a heavy sigh. His body gave a slight shiver.

“Mujahid?”
He was jumped. Just next to him sat Mursyid with his old bicycle. He was on his way back from selling kuih-muih when it started to rain and now he was sheltering at the bus stop. Pride began to take over Mujahid.
“What did you do? You’re all drenched with mud,” exclaimed Mursyid. “You dozed off in the class again?”
“None of your business, Mursyid!” Mujahid snorted angrily. He stood and took out his cellphone and began to dial his father’s driver.
There wasn’t a tone. No credits.
Mujahid cursed under his breath. He saw there were still some taxi. He pulled out his wallet.
And there wasn’t a cash.
Dammit! It’s all spent!!!
Mujahid eventually sat on the bench, defeated. He was hopeless. He wouldn’t go home today. He would sleep in the coldness. He hated it. Mujahid hated coldness.
His parents were not at home. They were at the US for some business. He had nothing to do now. All he could was shedding tears.
Tears of defeat, fear, and loneliness.

The rain seemed to be raging. Thunders cracked aloud, as if rejoicing Mujahid’s defeat. Wind howled as if there would be a tempest soon.
“You still can go home, Mujahid,” said Mursyid softly.
“DON’T FOOL ME, NEEDY!!!” barked Mujahid, tears still streaming.
Mursyid showed him a coin. A RM0.10.
“YOU STILL WANT TO FOOL ME WITH YOUR MAGICAL COIN?!!!” roared
Mujahid. His inner was engulfed in wretchedness and fury.
“Listen, Mujahid. Even that this coin has a low value to you, but at times like this, it proved to have raised it. You dropped this coin and now you need it.”
“Shut your mouth! How can it be possible for a RM0.10 coin to take me home?”
“There’s a public phone. Take this coin and call your father’s driver. He may take you home.”
Mujahid looked at Mursyid. He suddenly realised that he was wrong all this long. He shouldn’t have wasted his wealth so recklessly. Even a RM0.10 has its value.
Slowly he took the coin and called his father’s driver. As he ended the call, he went to the bus stop. He looked at Mursyid. Tears still streamed down his cheek. And slowly he gave a hand to him.
“I was wrong, Mursyid,” he cried. “I shouldn’t have wasted the coin. And I’m sorry for all the dishonest deeds I have done to you.”
“It’s OK, Mujahid,” replied Mursyid, shaking hands with the one who always made fun of him because of his poverty. He smiled. “I don’t even mind if you try to make fun of me again.”
Mujahid grinned and whiped the tears. “Will it make a big miracle again?” joked he.
Both of them laughed cheerfully, even in the coldness.
And from that on, both became friends.

21 Mei 2007

Salam Imtihan dari HanRi Studio

Salam imtihan buat sahabat-sahabiah di perantauan Nil, semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang naajihiin fiddun-ya wal-aakhirah! Ameen, ya Rabbal-'Aalamiin...!


(sorry-lah lambat sket nak posting ucapan ni [senyum])

20 Mei 2007

Pengumuman: Shoutbox

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami dah siap mengemaskini HanRi Studio. Siap tambah
shoutbox lagi (senyum). Siapa-siapa nak buat shoutbox macam kami ni, just klik di sini dan ikut arahan yang diberikan. Senang je.
Oh ya, lupa pulak. Di shoutbox tu ada butang 'R' kan? Tekan dulu butang tu untuk refresh shoutbox. Jangan risau kalau terlebih hantar! Insya-Allah kami akan sentiasa mengemaskini shouts yang dipaparkan. Itu sahaja kali ni.

Happy shouting! :3

19 Mei 2007

Desifer* (terbitan Suara Kampus Edisi Kelantan vol. 38)

*diambil daripada 'Decipher', bermakna menyahkod.

(satu sekuel kepada “Misi Belum Tamat”)

Satu

Hujan menderu-deru. Aku semakin lemah, semakin tak keruan. Darah di kaki masih membuak akibat peluru M-16. Aku beristiadzah, memohon perlindungan daripada-Nya, minta dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini yang bersimpang-siur di dalam fikiranku.

Sampai di muka pintu, nafas di rongga kutarik dalam-dalam. Aku mengisi semula peluru sub-mesingan di tangan dengan tangkas. Kesakitan di kaki perlu dilupakan sementara waktu. Aku memejam mata serapat mungkin. Igauan di dalam fikiranku semakin menerjah, semakin menendang.

Abang!!! Tolong Mira, bang!

Darah semakin membuak. Sunyi. Longlai.

Aku mengacip gigi. Geram dengan hasutan syaitan yang membisik ketakutan dan keraguan di dalam hati. Aku beristighfar dan beristiadzah.

Gogal thermal-vision segera diaktifkan. Daun pintu dibuka pantas. Aku lantas mengacu sub-mesingan ke dalam bilik tersebut. Dua punca haba dikesan betul-betul di hadapanku. Salah satu mengeluarkan haba suram. Aku kaku. Apa yang aku syak seketika tadi betul-betul berlaku di hadapan mataku. Aku rasakan masa sudah tidak berdetik lagi.

Mira dah dibunuh... dan seorang lelaki—

“CELAKA!!!”

Butir-butir peluru sub-mesingan pantas meratah mangsaku. Lelaki itu nampak terkejut dengan raungan aku namun tidak berdaya berbuat apa-apa lagi. Darah memercik. Kubiarkan sub-mesingan di tangan merobek-robek tubuhnya yang tidak berbaju. Kau… kenapa kau lakukannya? Kau rogol isteriku! Dan kemudian kau bunuh pula dia!

Kubiarkan diriku tenggelam dalam kemarahan dan kebencian yang teramat sangat. Aku kesal. Kerana akulah Mira terkorban. Kerana akulah hidupku sendiri sengsara!!! Kerana AKU!!!

Lelaki itu sudah pun kehilangan nyawanya. Jasadnya lantas rebah menyembah bumi.

Aku lempar sub-mesingan di tangan. Aku segera mendapatkan isteriku yang telah kaku di atas katil. Aku berteriak nyaring. Air mata yang telah bertahun lamanya tidak gugur, kini nyata terlerai. Kenapa Mira yang harus mati…? Kenapa…? MIRAAA!!!

***

“Abang! Astaghfirullah… kenapa ni, bang?”

Haris terjaga. Dadanya berombak. Sejurus selepas nafasnya stabil semula, Haris beristighfar berulang kali. Dia meraup renik-renik peluh yang semakin membasahi wajahnya.

Haris merenung isterinya. Dia nampak betul-betul risau.

“Abang mimpi lagi…?” tanya Mira. “Tadi abang jerit nama Mira…”

Haris pantas memeluk isterinya. Didakapnya seerat mungkin.

“A—abang…?” Mira terpinga-pinga dengan kelakuan suaminya tersebut.

Abang takkan biarkan Mira terkorban. Abang berjanji. Abang bersumpah!

Haris melepaskan dakapannya. “Mira, kita dirikan qiamullail, em? Kita buat solat taubat sekali.”

“Abang, abang okey ke ni?”

“Maafkan abang kalau selama ni abang tidak menjadi suami yang baik kepada Mira. Tak apalah, abang okey. Cuma mimpi buruk sahaja.”

“Itu hanyalah satu mimpi, kan?” Mira memimik kata-kata suaminya suatu ketika dahulu dalam bahasa Inggeris. Pun begitu, dia masih kehairanan dengan tingkah laku suaminya itu.

Haris tersenyum. Mira masih sempat bergurau. Syukur, dia memiliki permaisuri yang bukan sahaja penyejuk di mata, bahkan penawar di hatinya.

Namun, terdapat semacam ketakutan yang semakin membesar di jiwa Haris. Semakin tumbuh. Dan dia perlu lakukan sesuatu tentangnya.

***

Seusai solat zohor secara jama’, aku bingkas ke luar masjid. Alhamdulillah, Kuala Lumpur sekarang sudah membangun. Maju dari segi jasmaniah dan rohaniah, berkat pemimpin yang adil dan saksama, serta menggalakkan amar ma’ruf, nahi munkar.

Aku sempat menatap mercu tanda Malaysia, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur. Subhanallah, Maha Suci Engkau yang telah menciptakan akal untuk berfikir. Maha Suci Engkau yang telah memberikan manusia kudrat untuk membina bangunan sebegitu indah.

Aku mengerling jam tangan illuminator pemberian Mira. Sudah hampir pukul tiga, getus hatiku. Urusan perlu diselesaikan. Aku bingkas ke tepi jalan dan menahan sebuah teksi. Aku menyatakan destinasiku kepada pemandu dan seketika kemudian, teksi tersebut terus dipacu.

Sebentar, aku sempat mengerling cermin sisi. Terdapat sebuah kereta mewah di belakangku. Proton, rupanya! Mati-mati aku ingatkan Chevrolet. Begitulah pembangunan di Malaysia sekarang. Semakin maju.

Zulfiqar menyambutku di hadapan ibu pejabat Ikhwan. Kami berpelukan. Seperti biasa, dia beketrampilan sederhana. Tidak banyak berubah sejak kali terakhir aku bertemu dengannya beberapa tahun lepas. Ya, selepas operasi di Peru. Cuma janggutnya saja kuperhatikan sedikit lebat sekarang.

Kami berdua masuk ke dalam bilik taklimat Ikhwan. Komander Pertama, Tuan Haji Rasyidi menerangkan keseluruhan misi yang perlu kami selesaikan. Katanya pihak ZEROS (Zionist’s Elite Recon-Operation Specialist) sudah memulakan gerakan ‘bawah tanah’ atau underground di beberapa tempat di Semenanjung. Pihak Ikhwan telah pun berjaya mengesan kedudukan mereka. Maklumat ini diperoleh hasil daripada penyiasatan dan pemantauan mereka semasa operasi di Punta Blanco, Peru. Pun begitu, ibu pejabat gerakan ‘bawah tanah’ ZEROS masih belum diketahui.

“Jadi saya mahu kamu berdua menyiasat dan mengesan kedudukan ibu pejabat ZEROS di Semenanjung. Dengan itu kita dapat melumpuhkan rancangan Zionis, sekaligus menghentikan gerakan mereka di Malaysia. Boleh?” ujar Tuan Rasyidi.

“Insya-Allah, Tuan,” balas kami berdua.

“Bagus. Kamu berdua akan diterbangkan ke Bandaraya Kota Bharu pukul tiga setengah. Tepat. Kemudian kamu perlu check-in di hotel Ansar untuk mendapatkan butiran maklumat mengenai ZEROS di sana.

“Tugas kamu akan bermula malam ini. Tepat pukul sebelas setengah malam. Haris, apa yang kamu perlu buat ialah, masuk ke dalam kubu ZEROS, dapatkan maklumat yang cukup, dan keluar dengan selamat.”

“Nampak mudah,” celah Zulfiqar.

“Tapi ingat, perlu bergerak dengan senyap,” sambung Tuan Rasyidi.

“Ke—kenapa Kota Bharu, Tuan?” tanyaku.

“Gerakan underground ZEROS menyimpan lebih banyak maklumat di sana.”

“Lebih banyak maklumat… maknanya lebih banyak risiko bukan?” tanya Zulfiqar pula.

“Kamu berdua pasukan Elit dalam Ikhwan. Saya rasa ini hanyalah satu tugasan mudah bagi kamu.”

Tuan Rasyidi memandangku. “Haris, kamu ada masalah mengenai tugasan ini?”

“Err… tak ada, Tuan. Saya cuma sedikit risau.”

“Ya, saya maklum tentang keluarga kamu di Kota Bharu. Tak perlu bimbang, Ikhwan akan mengawasi keluarga kamu di sana.”

“Terima kasih, Tuan.”

“Tuan Haris ada keluarga di Kota Bharu ke?”

Abdul Qadir, salah seorang anggota Ikhwan memandu kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Iya. Kenapa?” tanyaku.

“Tak adalah, saya ada seorang rakan kat sana.”

“Di Kota Bharu?”

“Ya, kawan lama. Rakan sekelas semasa sekolah rendah.”

“Oh iya ke? Dia kerja di mana sekarang? Namanya? Kalau saya jumpa bolehlah kirimkan salam.”

“Namanya Nik Nur Amirah binti Nik Fauzi. Rasanya dia dah jadi guru kot… kat Maahad Muhammadi.”

Zulfiqar tertawa.

“Hei, kau ni Qadir, memang cari nahas!” gurau Zulfiqar.

Qadir nampak bingung. “Eh, kenapa pula tiba-tiba saja tergelak ni? Apa yang lucunya? Siapa yang cari nahas ni?”

“Kawan kau tu, Amirah tu, bini Tuan Haris tau tak?”

Qadir menampar dahi. “La… awat tak habaq awai-awai???”

Aku tidak menghiraukan gurau-senda mereka berdua. Ada sesuatu yang tidak kena. Aku menjeling ke cermin sisi.

Memang benar. Kereta Proton tadi.

“Eh, Haris! Kenapa monyok je ni?” tanya Zulfiqar. “Alah, kan Tuan Rasyidi dah beritahu tadi—”

“Berjaga-jaga. Kita sedang diekori,” tuturku, memotong ayat Zulfiqar.

Perjalanan kami ke Kota Bharu tidak dilintangi apa-apa halangan. Namun, aku masih dalam keadaan berjaga-jaga. Aku rasakan seolah-olah semacam bahaya masih mengekori.

“Kita terus ke hotel Ansar,” ujarku.

“Baik,” Zulfiqar membalas. Dia faham dalam situasi yang tegang sebegini, perbualan haruslah singkat dan difahami untuk mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku.

Di suatu sudut, aku sedar seorang lelaki asing sedang memerhatikan gerak-geri kami walaupun dia nampak sedang asyik membaca akhbar. Dia sempat melirik ke arahku.

Aku benar-benar terkejut. Dia! Tidak! Mustahil!!!

“Haris?” panggil Zulfiqar yang telah sampai di muka pintu.

Aku termangu sebentar sebelum kembali meneruskan langkah ke luar. Tidak mungkin dia

Dua

Hujan lebat di luar. Sudah dua jam aku berada di dalam pangkalan ‘bawah tanah’ ZEROS. Tiada loceng kecemasan dibunyikan dan tiada seorang pun askar ZEROS berjaya mengesan kehadiranku di situ.

“Di hadapan kau ada seorang lagi askar. Dia akan keluar dari bilik ‘kebal’,” tutur Zulfiqar pada fon telingaku. “Di dalam bilik ‘kebal’ itulah maklumat-maklumat mereka disimpan.”

“Terima kasih.”

Aku lantas meluru ke arah satu ceruk yang gelap di dinding berdekatan. Pisau kombat di tangan dipegang rapi. Kalaulah askar tersebut berjaya mengesan aku, tindakan drastik perlu dilakukan. Dia perlu dibunuh.

Seorang askar keluar dari dalam sebuah bilik yang mempunyai pintu elektronik. Pintu itu terus tertutup sejurus dia melepasi ambang pintu tersebut. Askar itu terus berjalan.

Dia berlalu melepasi ceruk persembunyianku. Aku menutur kalam tahmid.

“Aku dah dapatkan prototaip retina mata yang sama dengan mata askar tadi,” ujar Zulfiqar. “Data prototaip tu dah aku hantar ke kanta sentuh di mata kau.”

Sejurus, aku terasa seakan mataku dimasuki habuk.

“Kau yakin kanta sentuh ni berkesan, Zul?”

“Betul-betul berkesan. Percayalah!”

Aku bergerak dengan pantas ke arah pintu elektronik tersebut. Terdapat sebuah panel di sebelahnya. Rupa-rupanya panel itu merupakan mesin pengimbas retina mata. Sekuriti yang ketat. Pun begitu, Ikhwan lebih maju setapak ke hadapan dengan memiliki teknologi yang lebih sofistikated.

Pintu terbuka sebaik sahaja mesin tersebut mengimbas mataku. Ia memang berkesan.

Aku berjaya mencuri data-data pihak ZEROS. Rupa-rupanya mereka mahu menumbangkan Ikhwan dengan menubuhkan persatuan-persatuan sulit yang bergerak secara tertutup. Persatuan-persatuan ini akan melakukan apa sahaja untuk memenangi hati rakyat. Rasuah, bonus lebih untuk anggota NGO, menyogok ahli parlimen, dan lain-lain. Lebih teruk, sebuah roket nuklear yang berada di Heifa, Israel akan dilancarkan jika semua plan mereka gagal. Dan titik destinasi senjata pemusnah tersebut ialah Kuala Lumpur. Bukan. Bacaan titik koordinat X dan Y pada peta menunjukkan bahawa destinasi yang lebih tepat ialah…

Ibu pejabat Ikhwan!

“Zul, kau dah lihat apa yang aku lihat?” bisikku.

Zulfiqar sedang memerhati keadaan sekelilingku dari monitornya melalui kanta sentuh yang kupakai. Oh ya, lupa untuk kunyatakan. Kanta sentuh ini juga dilengkapi dengan kamera. Inilah kelebihan Ikhwan!

“Astaghfirullah… kita kena lakukan sesuatu, Haris!” ucap Zulfiqar.

Aku menavigasi sistem kawalan di bilik tersebut. Nyata. Terdapat satu set panel kawalan yang berbeza.

“Zul, ini panel kawalan roket tu,” getusku. “Nampaknya ada kata laluan. Mungkin kau boleh uruskan.”

Aku mendengar bunyi kekunci ditaip di fon telinga.

“Hah?”

“Kenapa, Zul?”

“Aku dah dapatkan kata laluan tu. Masalahnya ia bukan ditulis dalam bahasa yang aku tahu!”

“Dan panel di sini hanya membenarkan ia ditaip dalam bahasa Inggeris!”

“Tu aku tahu, tapi aku tak tahu mereka gunakan bahasa apa. Ini bukan Hebrew atau—atau Ibrani!!!”

Aku mula panik. “Tunggu. Hantar kata laluan tu ke PDA aku.”

Tidak sampai lima saat, kata laluan tersebut sampai kepadaku. Satu-persatu kuperhatikan abjad-abjadnya.

Aku mendengus halus. “Timorise Mambae.”

“A—apa tu?”

“Dialek yang tidak jelas. Hanya segelintir orang Amerika yang arif mengenainya.”

Jelas membuktikan negara itu juga bersekongkol dalam hal ini.

“Kau tahu mengenai dialek tu?”

Aku mengerling jam tangan illuminator. “Seorang guru mengajarku.”

“Isteri kau?”

“Dia pakar bahasa. Nanti aku jelaskan lagi. Sekarang berikan aku masa untuk mendesifer kod-kod ini.”

“Baik. Kamera-kamera surveillance di bilik ni dah pun aku sekat sedari kau masuk tadi. Tapi, harap kau cepat. Sekatan kamera akan berhenti secara automatik dalam masa 15 minit.”

Ten-four!”

***

Loceng kecemasan membingit. Seluruh anggota ZEROS di situ bergegas ke bilik kebal. Mereka semua mengacukan raifal ke pintu. Seorang daripada mereka melakukan imbasan retina pada panel. Pintu elektronik terbuka perlahan-lahan dan…

Mereka terkejut. Tiada siapa pun berada di situ.

Mikhael yang berada di belakang sekali ternampak sesuatu di luar bangunan tersebut di sebalik tingkap kaca. Dia bergegas dan memecahkan tingkap tersebut. Mereka yang lain tersentak.

“Mikhael! Apa yang kau lakukan tu?” jerkah Komander dalam bahasa Ibrani.

“Saya nampak sesuatu, Tuan!” balas Mikhael.

“Jangan berdalih!”

“Tuan!” balas Mikhael kembali. Bingung.

Komander berjalan perlahan ke arah askarnya itu. Pistol di pinggang diambil. “Rekod panel pengimbas menyatakan bahawa kau adalah orang yang terakhir memasuki bilik itu.”

“Tapi Tuan…! Saya tak—”

Komander mengangkat pistol separas dengan dahi Mikhael. “Kau tahu apa yang berlaku bila salah seorang daripada ZEROS berpaling tadah?”

“TUAN!!!”

***

Hujan semakin lebat. Debar di dadaku semakin menendang. Paru-paruku seolah terbakar. Berlari di dalam hujan memakan tenaga yang banyak. Aku betul-betul keletihan.

Sampai di tempat yang kurasakan selamat, aku berhenti. Seseorang menelefonku. Aku tercungap-cungap ketika menjawab.

“Encik Haris?”

“Siapa… siapa ni?” tanyaku. Aku tidak mengenali suara di hujung talian.

“Kau dah lakukan tugas dengan bagus…”

“Kau siapa?”

Suara itu tertawa. “Tiada siapa. Tapi kau memang bagus. Cekap. Malangnya, isteri kau—”

“Apa yang kau dah buat pada Mira???” jeritku.

“Sesuatu. Kau mesti ingin tahu, bukan?”

“HEI, KAU—!!!”

Talian terputus. Ketakutan mula menguasai diri. Aku teringatkan mimpi aku tempoh hari. Mustahil… MIRA!!!

Rumahku masih jauh. Aku mahu sampai cepat, namun aku tak mampu berlari lagi.

Sebuah motosikal Yamaha YZR 500 memecut. Aku sempat menahan. Motor tersebut bergerak perlahan sebelum ia diberhentikan.

“Bang, maaflah bang. Saya nak cepat ni,” ujar si penunggang.

“Bawa… bawa saya ke Wakaf Bharu,” pintaku. “Tolonglah…!”

“Err… saya pun nak ke sana sebenarnya. Tapi…”

Aku mencelah naik dan mengambil alih tunggangan motor. Pemuda tersebut nampak bingung. “Pegang kuat-kuat!”

Aku sampai di halaman rumahku. Hujan masih lebat. Guruh berdentum-dentuman. Aku pantas memasuki ruang tamu rumahku yang pada mulanya gelap, tetapi terus dinyalakan lampunya sejurus selepas aku menapak ke dalam.

“Bagus sekali, Haris Abdullah.”

Aku memandang sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapanku. Aku tidak mahu percaya. Tidak!!!

“KAU, ZUL?!”

Di tangannya, raifal M-16 dipegang kemas.

“Kenapa kau lakukan semua ini, Zul?” tanyaku. “Kau pura-pura membantuku, dan kemudian kau khianati aku!”

“Kau tak tahu apa-apa mengenai keadaan dunia sekarang, Haris,” balasnya, sedikit tersengih. “Segala-galanya mampu berubah.”

Aku menyeringai. “Apa kau dah lakukan pada Mira?”

“Kau tentu tak mahu tahu mengenai dia, Haris.”

Aku begitu marah. Gerak-geriku seakan tidak dapat dikawal lagi. Aku segera mencapai pistol SC 20K di pinggang, namun, dengan tiba-tiba, aku rebah. Semacam kesakitan mula merayap dari lututku. Rasa sakit itu terus menjalar, mencakar-cakar, menggigit-gigit. Aku meraung kesakitan.

“Kau memang hebat, Haris. Aku akuinya. Tapi perasaan kau telah menjadi kelemahan kau yang paling utama. Dan kau akan temui ajal kerananya!”

Aku memegang kaki kiri yang telah dicemari darah. Aku mengacip gigi. Tak mampu berkata apa-apa lagi. Aku menatap raut muka Zulfiqar, kawan baikku yang kini telah menjadi api dalam sekam.

Ada sesuatu yang tidak kena. Benar! Memang ada. Tapi tak mungkin… Zulfiqar…

Zulfiqar mengacu raifal ke kepalaku. “Aku akan biarkan kau rasa terseksa dahulu sebelum aku menamatkan nyawa kau.”

Tiada siapa yang dapat menyelamatkan aku lagi sekarang. Dahulu, di Peru, Zulfiqarlah yang menyelamatkan aku dari muncung pistol Robinson. Tiada siapa kecuali Allah. Aku mengucap di dalam hati. Nafasku sendat. Kepenatan, keletihan, marah, benci, kesakitan, dan rasa terseksa, semuanya bercampur-baur.

Segalanya berlaku seakan masa sudah dibekukan. Zulfiqar tiba-tiba terpelanting ke belakang. Darah berhamburan dari kepalanya. Dia rebah menyembah bumi.

Seorang lelaki berpakaian serba hitam berjalan masuk sambil memegang raifal sniper M40. Dia bercangkung menghadapku. Iya, dialah lelaki yang sempat kulihat tika di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa!

“Tak mungkin… Kau… masih hidup?” getusku. “Robinson?”

Lelaki tersebut memegang pipinya lantas menarik seluruh kulit muka. Aku termangu. Topeng organik!

“Kamu okey, Haris?”

“Tuan…!”

Di sebalik topeng itu ialah Komander Pertama Ikhwan, Tuan Rasyidi. Dia datang menyelamatkan aku. Tapi, kenapa dia? Mengapa dia sendiri?

“Saya tahu kamu masih bingung. Tapi kamu perlu dimasukkan ke ICU dahulu.”

Fikiranku melayang-layang. Penglihatanku semakin kabur. Gelap.

Tiga

Haris mendapat berita sedih hari itu. Sahabatnya Zulfiqar telah dibunuh dengan kejam oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Denilson. Dia adalah kembar Robinson. Tuan Rasyidi menjelaskan bahawa Denilson mahu membalas dendam atas kematian kembarnya dan telah merancang segalanya dari awal. Zulfiqar telah dibunuh sejurus selepas dia memberitahu Haris berkenaan tempoh 15 minit lagi yang tinggal untuknya.

Denilson telah mengekori Haris dalam tempoh beberapa bulan yang lepas dan telah arif mengenai perihal keluarganya. Dia lantas memanipulasi perasaan Haris dan menggunakannya untuk mengumpan Haris ke rumah tanpa menyedari bahaya yang bakal menyambutnya. Denilson juga memakai topeng organik berupa muka Zulfiqar untuk mempermainkan perasaan Haris. Pada akhirnya, Haris dapat juga mengagak bahawa dia bukan Zulfiqar yang sebenar setelah meneliti bahagian janggut topeng Denilson yang agak pendek.

Tuan Rasyidi juga telah menjelaskan bahawa dia sengaja menyamar sebagai Robinson supaya Haris lebih berjaga-jaga. Kereta Proton yang disangka Haris sebagai Chevrolet itu juga miliknya. Dia sedari awal lagi sudah tahu mengenai Denilson dan sengaja tidak mahu mendedahkannya supaya Haris dapat menumpukan kepada operasi ZEROS.

Berkenaan isteri Haris pula, Tuan Rasyidi telah terlebih dahulu bertindak menyembunyikannya di satu tempat selamat sebelum Denilson sempat sampai ke rumah Haris; satu sebab mengapa Denilson tidak mengatakan apa-apa yang jelas tentang Mira.

***

Terasa liat pula hendak membuka mata. Seusai pandanganku jelas, kulihat seluruh kerabatku, juga kerabat iparku berada berdekatan katil. Tuan Rasyidi juga ada.

“Kenapa semalam tak ramai macam hari ni?” tuturku perlahan.

Mereka semua tergelak.

“Haris, tugasmu untuk Ikhwan dah selesai. Kamu boleh bercuti,” ujar Tuan Rasyidi, sedikit tersenyum.

“Abang, sekarang abang kena operasi rumah pula tau,” ujar Mira pula, manja. “Baby dah nak keluar dah…”

Seakan riuh sekampung bilik wad aku pada hari itu. Dalam gembira, aku juga mengalami satu kehilangan yang besar. Zulfiqar takkan ada gantinya.

“Mira, apa kata… kalaulah anak kita lelaki, kita namakannya… Zulfiqar. Okey tak?”

Semua mata terbeliak. “APA???”

-Selesai.