The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

30 Julai 2008

Pendamkan!


Saya ada menerima mesej forward daripada beberapa orang rakan hari ini. Ia berbunyi begini:

Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Kuminta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Apabila aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masanya! Tuhan tidak akan memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia akan memberi apa yang kita perlukan... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya Dia mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!! Ingat Tuhan senantiasa mengingati dan memerhatikan kita...tapi, sebaliknya... adakah kita senantiasa mengingatinya? Baiknya Tuhan kepada kita..maafkan kami ya Allah..ya Allah...ya Allah..

Bila menghitung semula diri yang dhaif ini, terasa macam betul-betul kena atas hidung. Betul, kerap kali saya meminta pada-Nya dan jarang Dia makbulkan. Mungkin ada hijab di antara saya dan Dia (Ya Ghafur ampuni daku...). Pun begitu, Dia masih memberi nikmat yang tidak terhingga, sehinggakan saya acapkali terlalai dan terleka. Iya, kita mahukan segalanya yang indah, tapi Dialah yang menentukan segalanya. Sesungguhnya kita tidak akan sesekali mampu memberi petunjuk kepada mereka yang kita cintai dan sayangi, tapi Dialah pemberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Buat renungan anda semua, juga buat diri ini. Hari ini, mungkin saya terluka, tapi itulah sunnah orang berjuang. Tidak semua hari di dunia cerah. Tidak semua malam di bumi bermandikan cahaya bulan. Benar, jangan bingkas menggapai awanan tinggi, andai rebah sukar berdiri.

Betul-betul melankoli hari ini. Lukisan di atas membuktikan segalanya (ah, masih fail untuk melukis permandangan!).

27 Julai 2008

Kekhilafan

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Saya percaya ramai sudah arif tentang Surah Al-Insyirah atau As-Syarh ini. Bahkan saya percaya kebanyakan sidang pembaca blog ini sudah lama menghafaz kesemua ayatnya. Apa yang saya ingin timbulkan di sini bukanlah fadhilat atau kelebihan surah ini. Hanya ingin membincangkan khilaf yang timbul dek ayat mutasyabih yang tampak pada dua tempat di dalam surah ini.

Ayat mutasyabih adalah ayat yang lebih kurang sama, juga boleh didefinisikan sebagai ayat yang sama tapi tidak serupa. Tempat mutasyabih begitu banyak di dalam al-Quran, namun saya tidak bercadang untuk menyebut kesemuanya. Oleh kerana kebanyakan masyarakat di sekitar saya selalu membaca surah ini di dalam solat jahr, dan kebetulan pula mereka selalu tersilap di tempat yang sama, maka saya timbulkan perbincangan ini.

Khilaf yang sering berlaku pada surah di atas ialah pada ayat kedua dan ketiga, di mana pembaca acap tertukar bacaan ووضعنا عنك dan الذي أنقض di mana si pembaca sering terkeliru dengan bacaan huruf ع pada ayat kedua dan huruf أ pada ayat ketiga (yang menjadi bacaan Mad Jaiz Munfasil di mana ia perlu dipanjangkan harakatnya kepada 4 atau 5 - diharuskan 2 harakat [qasr al-munfasil] mengikut aliran Imam al-Jazari). Pembaca yang terkeliru seringkali membaca ووضعنا عنك dengan bacaan Mad Jaiz (dipanjangkan harakat alif pada ووضعنا ) .

Satu lagi contoh ayat yang sering membuatkan pembaca terkeliru:
Photobucket (an-nahl:126)
Terkadang pembaca akan terbaca ما عوقبتم dengan bacaan Mad Jaiz Munfasil kerana kebanyakan perkataan ما di dalam al-Quran sering terdapat Mad Jaiz.

Sesungguhnya ayat mutasyabih bukannya sedikit, maka sekalian pembaca, termasuk saya sendiri, diharap dapat memberikan perhatian yang lebih kepada bacaan yang bertajwid. Sama-samalah kita menghitung diri. Semoga artikel yang pendek lagi ringkas ini dapat membuahkan manfaat, sekaligus menatijahkan pahala di bawah kasih dan sayang-Nya. Amiin.

19 Julai 2008

Keseorangan


Lukisan bertajuk Evening Rain of Solidarity. Sebenarnya saya bermaksud untuk meletakkan solitude di tempat solidarity. Solitude bermaksud keseorangan, manakala solidarity pula bermakna perpaduan. Entah macam mana boleh tertukar ni... Mungkin solidarity lebih sedap didengar berbanding solitude (heh, alasan!).

Ada maksud tersirat ke? Ni antara tanda saya bosan tahap Ultraman Taro. Artwork ini di-sketch dan dilapiskan dengan layer berwarna perang muda (sedikit oren) untuk memberikan efek senja.


Entahlah. Jadi ke tak, wallahua'lam.


13 Julai 2008

Bila Lidah Mula Beraksi

15 Jun 2008. Saya dikejutkan dengan satu SMS yang dihantar oleh seseorang yang mengatakan dirinya adalah salah seorang ahli gerak kerja sebuah seminar yang akan dilaksanakan di Iskandariyyah. Saya perlu membuat satu kertas kerja dan membentangnya di sana. Kertas kerja yang perlu dibuat ialah berkaitan dengan karikatur.

Ah, waktu itu, saya tergambarkan dua perkara; best dan tak best. Yang best - saya akan dapat peluang untuk bercuti-cuti merehatkan minda di Iskandariyyah sebab ada laut. Saya ni makhluk yang sukakan bayu laut. Fresh ! Tapi yang tak best-nya...

Saya perlu bercakap-cakap di hadapan audiens yang tidak kurang daripada 30 orang. Lebih teruk, mereka semua wanita. Ya, nisaa'!

Tentu ada yang tertanya: 'apa nak heran dengan perempuan? Diorang macam kita juga, manusia biasa.' Ya, saya tahu. Tapi itu bukanlah poin saya. Apa yang mahu saya nyatakan, kenapalah saya perlu membentangkan kertas kerja, buat kali pertamanya, di hadapan perempuan sahaja? Saya ni sudahlah jenis talk less, work more. Huhuh...

9 Julai 2008. Saya ke Medan Ramsis, berjanji dengan rakan sekerja, Don Daniyal, untuk bertemu di sana dan terus menaiki peugeot ke Iskandariyyah. Sempat lagi terdetik di hati saya, macam manalah saya boleh terima pelawaan SMS bulan lepas itu, ya?

Usai lebih kurang empat jam perjalanan yang meletihkan, kami sampai ke Sidi Gaber dan terus ke Sporting Kubra, tempat kediaman kenalan medic kami. Tak sangka bertemu Muaz, sahabat di bangku sekolah menengah, di situ. Pendek cerita, all's well that ends well. Kami bermalam di situ.

Di sebelah malamnya, saya dan Don sempat berbincang tentang persiapan menghadapi hari esok. Don tampil dengan idea-ideanya yang mengeringkan gusi, tapi sangat strategik. Saya kata esok pasti tangan saya akan terketar-ketar. Nasihat Don, ambil masa beberapa minit. Suruh mereka melukis dahulu. Ambil masa ini untuk survey persekitaran, ke mana perlu fokuskan pandangan. Eye-contact penting. Orang takkan nilai kita sebagai yang tiada pengalaman jika pandai bermain mata. Bukan bertujuan apa-apaan. Cuma, orang kata jika betul kaedah eye-contact, kadar nervousness akan turun.

10 Julai 2008. Pagi yang menyegarkan. Saya dan Don bersiap, bersarapan roti ala kadar, dan terus ke Mandarah menaiki tramco. Hampir sampai ke destinasi, saya mendapat panggilan daripada AJK bahawa program ditangguh lewat sedikit. Tak mengapalah, saya dan Don terpaksalah berjalan-jalan sebentar menghabiskan masa sehinggalah mereka mengisyaratkan bahawa program boleh dimulakan.

9:36 pagi, hari yang sama. Isyarat sampai. Kami bergegas ke tempat pembentangan kertas kerja. Masuk-masuk sahaja, darah hampir tidak boleh dipam ke kepala. Ramainya! 15 minit pertama tangan saya terketar-ketar, tapi dapat disembunyikan. Kemudian, ia mula reda. Saya makin selesa memberikan speech. Entah mengapa, saya tiba-tiba merasakan keseronokan melemparkan idea kepada mereka tentang sesuatu yang saya minat.

Tiga jam berlalu dirasakan begitu singkat. Betullah, bila kita keasyikan melakukan sesuatu yang kita suka, kita akan rasakan masa berlalu begitu pantas. Sama seperti bermain Photoshop. Don, pada sebelah petangnya memberikan sedikit lecture dan tips serta tricks tentang perisian ini. Saya memerhati dari belakang sahaja, terkadang tersengih bila Don sertakan idea humornya yang seakan tidak kehabisan.

Habis sesi kami, terus kami menuju sebuah jambatan, merakam mentari terbenam. Sungguh indah. Pun begitu, saya dapat rasakan kami tidak perlu ke sana, kerana kami kesuntukan masa!

Kerana bersetuju menolong DPMI mengangkut projektor balik ke pejabat PMRAM di Kaherah, kami terpaksa ke Mandarah semula (daripada Sporting Kubra memakan masa lebih kurang 20 minit) dan kembali ke Sporting Kubra, terus ke stesen di Sidi Gaber. Saya melihat jam. 9.15 malam. Kereta api akan bertolak jam 10.30.

Argh... Sempat ke tak ni? Harap-harap tiada berlaku traffic jam!

Penat betul malam tu. Hampir kami rasakan kami tidak sempat balik. Maklumlah, tiket sudah dibeli. Kereta api bukan seperti bas. Akan bertolak pada masanya. Yang terlewat akan ketinggalan. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Kami sempat ke stesen walaupun sedikit terlewat. Kereta api pun sampai lewat. Yang penting, tiket kami tidak burned begitu sahaja.

Perjalanan balik ke Kaherah memakan masa lebih kurang tiga jam sahaja. Sampai sahaja di rumah sewa, saya terus merebahkan diri di atas katil. Teramat penat. Alhamdulillah, Maha Suci Tuhan. Perjalanan kami, pergi dan balik, selamat.

Lebih penting, saya mula mahu membina keyakinan untuk beraksi dengan lidah, setelah sekian lama beraksi dengan jejari dan pepena sahaja... senyumkenyit

Sedikit kandid di sini.

12 Julai 2008

Iklan Fasa 2 SPEKTRUM!

Sebagai seorang ahli jawatankuasa eksekutif Penerbitan dan Promosi, perlulah saya melakukan apa yang perlu dilakukan. ihikhik

----------------



Agenda Utama;
Pembentangan kertas kerja
Wacana pentadbiran kerajaan Kelantan
Peranan muslimat penentu kemenangan
Forum al Munzirin
Dialog umum bersama Yb. Husam Musa
Hari Keluarga
Gerai Cenderahati

Persembahan Malam Kesenian Islam
Nasyid
Taekwondo
Choral speaking
Dikir timuran Islam
dan banyak lagi!

Akan bersama kita
YB.Husam Musa
pengerusi jawatankuasa
perancangan ekonomi
kewangan & kebajikan
Kelantan

Turut hadir;
YB.Mohd Zaki Ibrahim
YB.Siti Zailah Mat Yusof
YB.Hassan Mahmood
dan para delegasi yang lain!
_______________________________________
pembentangan kertas kerja + makan minum +
dan semua kemudahan turut disediakan
oleh ahli jawatankuasa pelaksana
spektrum

Bermula 21.7.2008 [ jam 8.00 pagi ] di Dewan Soleh Abdullah Kamil

“mahasiswa berkualiti teras peradaban hakiki”

(copy+paste from Azharian.)

09 Julai 2008

Julung Kalinya!

Entri ini dtulis smasa dlm pjlnan ke Alex/Iskandariyyah mggunakan GPRS.
Utk apa ke Alex? Entah, khabarnya sy prlu mbntang krtas krja. Ya, buat prtma kali dlm hdup ini, sy akn mbntg krts krja!

P/S: Maafkan jika x fhm 'short-form' dlm msj ini. Inilah yg dkatakan 'mobile-blogging'!

04 Julai 2008

Spektrum II '08


Insya-Allah, Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan di Timur Tengah, buat kali kedua, bakal berlangsung Julai ini. Sebar-sebarkan iklan ini kepada semua bloggers dan rakan maya anda di sini!