The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

23 April 2008

Cubaan Pertama

Cubaan pertama membuat bayangan (shade) pada kartun yang diwarnakan.

Karikatur di atas , Link, diadaptasi daripada permainan video Nintendo 64 - The Legend of Zelda: Ocarina of Time, atau di dalam bahasa Jepun, Zelda no Densetsu: Toki no Okarina. Sebetulnya Link tidak berpakaian seperti itu, cuma saya yang gatal-gatal mahu mengubah reka bentuknya. Gambar di atas sebenarnya mahu disertakan di dalam Redesign Battle di Pergh.com, tapi tak kesempatan. Terlewat. Itu pun dapat tahu melalui blog saudara Kanben.

Ah, apa pun, lukisan saya masih kebudak-budakan! Komen dari Pergh.com? Haha, tak usah tanya. Banyak sangat kelemahan. Nak tahu juga? Iyalah... iyalah. Perhatikan elok-elok!

Ada yang kritik:

oddy:
anatomi badan....... dahulukan yang itu. belajar yang itu dulu, fahami dan hayati. sudah belajar yg itu... yg lain makin senang.

hkm:
jaga2 ngan stance kaki karekter ko tu,bagi nampak dia berdiri atas solid ground skit.

Ada yang beri cadangan dan idea untuk menaiktarafkan hasil lukisan:

ICeSoul:
hang lukis pastu letak depan cermin. senang nak detect mana salah. ce try tengok...

mangakaftdyla:
amalkan penggunaan bulatan utk buat muka...

Ada yang kritik+puji:

sureya:
okeh... what can i say... u masih kurang dr segi basics meh... like u can clearly c that this drawing is not balanced... karekter 2 nampak cam leh tumbang at any time... sebab center of gravity dia dah lari... sebelum u lukis patutnya u buat rangka asas dulu...

proportion dia pun cam ada yg X kena... kalu tgk sekali imbas mmg X berapa perasan sebab dia bengkokkan tgk dia... tp kalu tgn dia diluruskan rasanya dah sampai ke lutut tuh... the human arm should extend at least 2 the middle of the thigh in between the waist & the knee... so tgn dia patut dipendekkan sket or u panjangkan kaki dia...

linework boleh tahan... kira kemas gak la... tp u kena belajo control line tuh... cam tebal nipis line... & belajar camne nak tmbhkan lineweigt... shadow... & lain-lain lah...

okeh... that's all... i cuma komen bab linework je... sebab i sendiri X berapa pandai bab mengaler... hmmm... u're a fan of dragonball ek...? leh nmpk auranya kat dlm lukisan nih... ^^

Dan ada juga yang memberi ulasan tentang diri saya sendiri (?):

WAVE RIDER:
budak KELANTAN Mesir yg mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hairi mengisi Suara Kampus sini.. betul x?

Haha, macam-macam, kan? Itulah, saya bukanlah yang terbaik, tapi bukanlah yang terburuk. Eh, al-Qadiri, ambo pinjam quote demo ni :3

Han Ri: Seperti yang dianjurkan Islam, jangan tahu puji saja. Banyak lagi kelemahan dalam diri kita yang perlu diperbaiki, yang selalunya kita sendiri tak dapat melihatnya. Seorang mukmin itu adalah cermin kepada mukmin yang lain. Sama-samalah kita nasihat-menasihati pada kebenaran dan kesabaran!

20 April 2008

Iklan: SKEK #40

Muka hadapan Suara Kampus Edisi Kelantan (SKEK) edisi ke-40. Antara isi di dalamnya, mungkin menarik, mungkin tidak:

(Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.)

15 April 2008

"Susahnya belajar bahasa Inggeris!"

Seorang sahabat bertanya bagaimana mahu mahir dalam bahasa Inggeris. Iyalah, dia juga melahirkan rasa kesalnya kerana tidak mempelajarinya bersungguh-sungguh dan sekarang menghadapi masalah di peringkat universiti.

Bagaimana, itu terpulang kepada anda sendiri sebenarnya. Jika anda mahu mencapai sesuatu, anda perlu mulakan dengan azam yang tinggi. Lebih-lebih lagi sesuatu yang lazimnya sukar diperoleh.

Bagi saya, ada banyak cara dalam mempelajari bahasa Inggeris. Jom, lihat bagaimana saya belajar bahasa ini.

1) Pertama sekali, belajar secara sediakala di kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah. Ini cara biasa. Tapi kenapa ada juga yang merasakan susah benar mahu masuk ke kepala. Seakan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tak pun keluar dari hidung. Salah satu faktor ialah pada tahap ini (rendah dan menengah), keperluan pada bahasa Inggeris masih tidak tinggi, maka secara automatik anda mungkin tidak ada minat semasa guru bahasa Inggeris bersusah payah menerangkan pelajaran di hadapan. Mungkin sempat lagi anda terlentok di atas meja.

2) Baca buku bahasa Inggeris. Bagi peringkat permulaan, pilih bahan bacaan ringan, antara 10-50 muka surat. Kalau tidak faham satu perkataan, jangan terus buka kamus. Letakkan elok-elok dalam kotak fikiran anda, dan teruskan pembacaan. Setelah habis cerita atau artikel yang dibaca, barulah menyemak. JANGAN terjemahkan PERKATAAN secara satu persatu, sebaliknya fahaminya sebagai satu AYAT.

3) Tontoni kartun atau filem/rancangan televisyen berbahasa Inggeris. Teringat sewaktu kecil, minat sungguh saya menonton dokumentari National Geographic, sehingga kadang-kadang terpaksa berebut siaran televisyen dengan adik-adik. Oh ya, jangan tonton saja. Cuba lihat sarikata (subtitle) di bawahnya itu. Bandingkan dengan apa yang dituturkan.

4) Bermain permainan video (video game) berbahasa Inggeris. Ah, yang ini paling menyeronokkan! Mak dan abah mesti tertawa kalau membaca entri ini. Saya memang tidak pernah berubah, dari kecil sampai besar. Memang suka sangat bermain permainan video. Cukup, kita berbalik kepada topik. Apa kaitannya dengan mempelajari bahasa Inggeris, anda tanya? Bergantung kepada genre permainan yang dipilih. Lebih banyak perkataan dan perbualan (lebih-lebih lagi teks yang terpapar), lebih banyak input yang akan anda peroleh. Permainan bercorak sukan (seperti bola, lumba kereta, dll) tidak mempunyai banyak input. Anda peminat FIFA atau PES? Need For Speed? Jangan marah. Kenapa saya berkata sedemikian? Iyalah, anda akan lebih banyak menumpukan masa untuk merampas bola dan menyumbat ke gawang lawan, atau menumpukan untuk mengawal pemanduan supaya tidak terbabas. Tidak banyak input. Memanglah, saya tidak katakan salah bermainnya. Lain pula jika anda bermain permainan tembak-menembak (FPS- first-person shooter), RPG (role-playing game), atau permainan simulasi (simulation). Anda akan lebih banyak menumpukan pada objektif permainan itu, yang pastinya menggunakan banyak teks bahasa Inggeris. Lihat, ada perbezaannya, bukan?

5) Langkah seterusnya tidak memerlukan anda memerah input, tapi mengeluarkannya. Tulis apa yang anda peroleh sebagai satu cerita pendek, hantarkan kepada guru atau rakan-rakan yang dirasakan boleh diharap untuk menyemak kesalahan anda. Dengan cara ini, anda akan dapat lebih banyak input, di samping mengetahui cara menulis dalam bahasa ini dengan betul.

Banyak lagi sebenarnya cara mempelajari bahasa Inggeris dengan menarik dan tidak membosankan. Tapi, tunggu lain kalilah ya? Ada masa, insya-Allah saya kirimkan lebih entri. Anda ada cara menarik? Silakan, kongsi bersama sidang pembaca!

06 April 2008

Salam Imtihan

Oh ya, lupa saya nak khabarkan. Suara Kampus Edisi Kelantan bilangan 40 sudah terbit, tapi belum lagi dibahagi-bahagikan ke BKAN dan DPM. Tak lama lagi sampailah tu, jangan risau ya? Fokus kali ini: "Dalil-dalil bahawa al-Quran sekarang palsu".

Menarik tak? Belilah ya, kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

p/s: Orang Malaysia tak berkesempatanlah ya? Hehe. Tak apa, kawan-kawan yang di Mesir kan ramai? Kirimlah pada mereka. Suruh bawa balik senaskhah dua ke Malaysia :D

02 April 2008

Pindah, oh pindah...

Salah satu sebab mengapa saya ingin benar berpindah dan berpisah dari ahli bait saya sekarang ialah kerana saya lebih sukakan hidup berprivasi. Maknanya, saya cepat sangat rasa serabut otak kalau tinggal di sebuah rumah yang mempunyai ramai perut. Nah, sekarang ada 9 orang dalam sebuah rumah, maknanya ada 9 perut. Pasti anda tertanya-tanya apa sangatlah yang jadi masalah bagi saya ni? Baik, perhatikan betul-betul hipotesis saya:

1. Lebih ramai ahli rumah bermakna lebih banyak kerenah dan ragam yang menggeramkan.


2. Lebih ramai ahli rumah bermakna lebih ramai orang yang lapar dan menyebabkan kuantiti makanan yang perlu dimasak lebih banyak berbanding rumah yang kurang ahlinya.

3. Semakin banyak orang, semakin banyaklah bunyi-bunyian. Semakin banyak bunyi-bunyian, semakin tension-lah saya. Semakin tension diri saya, semakin tinggilah peratusan bagi saya untuk tidak dapat mengulangkaji pelajaran.

Oh ya, paling menggeramkan, ada ahli rumah yang sengaja tidak mahu membasuh pinggan sendiri. Mungkin ini hal picisan, tapi saya amat sensitif dengan isu dapur semacam ini. Manakan tidak, pinggan sendiri pun mahu orang lain yang basuhkan. Amboi! Seingat saya tiada diupah pembantu rumah mahupun hamba sahaya. Ataupun sudah ada yang jadi RAJA? Melampau, bukan? Cukup melampaui batas!

Cukup rasanya. Itu pun ada lagi yang tersimpan di hati nubari.

Saya tahu marah itu daripada syaitan, tetapi saya juga punyai hati dan perasaan. Saya manusia, bukannya haiwan. Oh Tuhan! Berikanku kekuatan!!!

Masih Awal

Beberapa minggu lepas, saya ada ber-YM dengan seorang sahabat saya dari geng komik Alwan, cik Freshie. Baru saya tahu rupanya selama ini saya masih terlalu awal untuk menjadi pelukis yang baik. Apapun, di sini saya sertakan arkib perbualan saya dengan cik Freshie :)

ibnuahmad_13 (3:51:04 PM): dapat dok kiriman mel
freshie (3:51:53 PM): emel ape
ibnuahmad_13 (3:52:10 PM): suh kaler katun
ibnuahmad_13 (3:53:05 PM): dapat?
ibnuahmad_13 (3:53:51 PM): 2 file kan?
freshie (3:54:15 PM): awat, katun tu tuk ape
freshie (3:54:48 PM): lukisla come ckit hanri kalo nk suruh kaler pun
freshie (3:59:37 PM): hoho
freshie (3:59:45 PM): maknenye
freshie (3:59:52 PM): mantapkanlah lukisan anda
freshie (4:00:03 PM): :D
freshie (4:04:50 PM): tp hanri kalo lukis tuk dikaler
freshie (4:05:00 PM): make sure lineart tu bersih
ibnuahmad_13 (4:05:09 PM): ooo
freshie (4:05:11 PM): xde conteng2
ibnuahmad_13 (4:05:26 PM): sebab tu..
freshie (4:05:34 PM): one more hanri,
freshie (4:05:46 PM): improve ur skills
freshie (4:05:55 PM): hanri mcm dh ade bakat
freshie (4:06:07 PM): tp lukisan tu nmpk still mcm lukisan budak
freshie (4:06:15 PM): afwan la
ibnuahmad_13 (4:06:19 PM): hehe
ibnuahmad_13 (4:06:20 PM): its ok
freshie (4:06:22 PM): tp mmg tu yg sy nmpk
freshie (4:06:33 PM): hehe
freshie (4:06:37 PM): jgn marah
freshie (4:06:51 PM): pastu try study cikit anatomi tubuh manusia
freshie (4:07:05 PM): nmpk mcm xseimbang
freshie (4:08:08 PM): tp sy nmpk ade je lukisan hanri yg ok
freshie (4:08:17 PM): tp ade gak yg kurang ok
freshie (4:08:29 PM): agaknye hanri xperincikan btul2 kut
freshie (4:08:36 PM): atau tercincai

Saya tersenyum sendiri. Masih banyak kelemahan diri yang perlu dibaiki. Insya-Allah saya akan usaha. Anda semua juga, jangan tak usaha untuk baiki diri tau. Yosh!