The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

30 Oktober 2007

Kecewa

Saya terasa ingin saja menumbuk lantai berkali-kali malam ini. Bengang. Geram. Marah. Biar berdarah tangan saya. Kecewa!

Entah kenapa perasaan ini membuak, meletus-letus persis lahar gunung berapi Kilauea di Hawaii. Saya rasa ingin menjerit, melepaskan perasaan ini.

Seketika, saya beristighfar. Perasaan tersebut senjata syaitan. Menggeleng.

Semuanya kerana adik-adik baru yang langsung tak ambil endah pesanan dan arahan saya untuk pergi menyertai Majlis Persaudaraan dan Silaturrahim (MPS) PMRAM. Saya faham mengapa mereka tidak pergi kerana saya sendiri tidak menghadirkan diri pada MPS tahun lepas. Tapi saya rasa begitu menyesal. Menyesal kerana tidak dapat memetik buahan manfaat daripada program tersebut.

Saya mengaku. Rugi. Saya ketinggalan.

Dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada adik-adik baru. Tapi saya tak mampu. Marah dan kecewa, kedua-duanya ada.

Rabb, ampuni hamba-Mu.