The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

23 September 2009

Salam Lebaran 1430!

Maaf kerana tersangat lewat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Bukan apa, kad raya dalam entri tempoh hari pun sudah disertakan ucapannya, kan? Jadi, jangan marahlah ya andai terlewat! =)

Setelah beraya sakan pada 1 Syawal, menjadi hos rumah terbuka pada 2 Syawal, dan berjalan-jalan di sekitar Kaherah ke rumah rakan-rakan pada 3 Syawal, tiba masanya saya kembali 'bekerja' - menanam anggur. Anggur bukan sebarang anggur, anggur bekalan untuk dijadikan jus ribena!

Sekarang baharulah saya dapat rasakan ketenangan sejenak untuk memberikan masa dan tumpuan kepada diri sendiri, menguruskan segala yang berserabut sedari sebelum menduduki imtihan syahadah lagi. Ya, saya akan pulang, tak lama lagi, ke tanah air. Persiapan untuk menghadapi masyarakat/orang kampung? Aduh, soalan itulah yang sangat susah untuk saya jawab, kerana saya pun tidak pasti, adakah saya sudah betul-betul bersedia. Tiga tahun di Mesir bukanlah masa yang panjang, Bang. Sekejap sangat!

Doakanlah saya agar kuat dalam menghadapi segala apa yang berada di hadapan. Doakan juga iman ini thabat dalam meniti perjuangan menuju reda-Nya.



Proses mewarna (advanced) melalui medium
Adobe Photoshop, menggunakan teknik yang diajar 
oleh Kakak Freshie.




 Ya, hasilnya. Tak berapa memuaskan!

6 ulasan:

Meooo Comicore Club berkata...

nice ape...

Mior Khabir Zikri berkata...

Tak nice lah, En. Meo. Eh, tak dapat emel saya? Kad raya.

ezzat berkata...

boleh tahan la hasil die
saya try gune tutorial freshie tu result die xjadi sgt
haih~
neway, slamat raye pada saudara Han Ri~

Mior Khabir Zikri berkata...

Selamat Hari Raya juga buat Tuan Ezzat Afiq aka EA! (eh, ke salah nama?) =)

Thahar berkata...

em,slalunye org yg wat 2 xkn rase puas hati dgn pe yg dia wat..hehe..

cntik la kaler dia han ri..

Mior Khabir Zikri berkata...

Biasa-biasa saja, Thahar. Saya percaya, anda buat sendiri, pasti lebih cantik! ;)