The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

14 Ogos 2007

Tersimpan








Di atas adalah antara kartun-kartun yang saya tinggalkan dan tak bersentuh di meja saya. Alhamdulillah sempat scan sebelum scanner saya buat perangai (kecuali artwork yang di atas sekali; di-scan di Asrama Pelajar Malaysia-Rumah Kelantan Baru a.k.a RKB). Yang tak jelas tu, klik saja sekali untuk imej yang lebih jelas.

Hari Yang Betul-Betul [dot-dot-dot]

Semalam, pembantu blog saya di Malaysia ada memberi SMS kepada saya tentang masalah peribadinya yang berlaku di sana. Saya terus minta maaf, pohon agar dia tak mengajukan apa-apa soalan tentang apa-apa masalah pada jangka masa yang terdekat ini.

Sebabnya?

Otak saya dah begitu full dengan TO DO LIST yang saya dah catatkan di laptop saya. Saya pun dah begitu tak ada masa untuk naik marah dengan perangai-perangai ahli-ahli bait yang dikasihi, begitu juga dengan sikap-sikap orang lain yang betul-betul mencabar keimanan saya. Ke'otok'an (otok-loghat Kelantan, bolehlah diertikan sebagai 'bengang') saya dah sampai peringkat Super Saiya ke-5 dah.

Sebenarnya, saya mengaku secara peribadi, saya adalah seorang yang begitu pemarah. Begitu mudah naik angin. Begitu senang jadi berang. Tapi, alhamdulillah, selepas beberapa tahun ditarbiyah di peringkat sekolah menengah, hati saya bolehlah dikatakan menjadi sangat lembut. Senang sangat dialun. Senang sangat dipujuk.

Tapi itulah.

Makin ramai pula ambil kesempatan. Tahu-tahu saja saya berhati lembut, terus rasa malas nak bertanggungjawab kalau ada buat salah pada saya, sengaja saja tak mahu minta maaf.

Kalau diikutkan, kalau saya lepaskan perasaan marah ini, boleh jadi (nauzubillah) berlaku pula kes kejadian kedua macam di Mansurah. Saya tak mahu pilih jalan tu. Ada jalan penyelesaian yang lebih baik, sesuai untuk orang yang berakal macam saya. Kalau dilepaskan aura marah tu, saya tahu saya tak akan jadi macam orang waras dah. Perkara luar waras barangkali akan berlaku.

Hari ini, saya dah menghadiri dua mesyuarat unit. Mesyuarat di sebelah pagi tak dapat saya hadiri sebab saya perlu ke kelas tambahan Qiraat Tujuh (Syatibi). Lega betul bila dah habis empat-empat mesyuarat. Berat juga kerja jadi setiausaha ni, ya?

Apa-apa hal pun, masih ada kerja perlu saya siapkan. Kemungkinan besar saya tak dapat tidur lagi malam ni. Mungkin lepas Subuh.

Saya selalu doa, harap-harap Allah beri kekuatan untuk tetapkan keadaan hati saya dalam Islam, dan selalu tabah menghadapi apa-apa ujian.

P/S: "Ya Allah, jadikanlah aku seorang penyabar seperti Ayyub, pemaaf seperti Yusuf, penyayang seperti Muhammad 'alaihimussolatu wassalaam."