The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

22 Ogos 2008

Catatan Sebelum Ramadhan

EGP '08 - PMHK kali ke-51 - Eksekutif Penghargaan

Dua hari lepas, usai sudah Ekspo Gempak PMRAM (EGP) sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-51. Saya tak mau mengulas panjang tentang program mega ini. Cukup melahirkan rasa syukur kerana ia sudah berakhir. Akhirnya!

Sebagai Ketua Eksekutif Penghargaan (yang menguruskan bahagian cenderahati, hadiah, dan sekutunya), saya menarik nafas selega-leganya sebaik habis program tersebut. Letih adalah perkara biasa dalam berprogram. Saya tak kisah. Namun, perlu diingat, kita tidaklah digalakkan membuat kerja sendirian (seperti yang terjadi pada saya :>). Bekerjasamalah sekali dengan AJK. Saya tersilap. Menjangka bahawa unit Penghargaan tidaklah memerlukan banyak 'orang bawahan'. Rupanya, ia antara yang memerlukan ramai tenaga kerja!

Sebab itulah saya katakan tadi, menarik nafas selega-leganya. Tugasan selepas ini seperti biasa, tidak memerlukan tenaga yang banyak. Anda boleh agak? Highlight perkataan di bawah.

Laporan.


Projek Lagi - Battleball: Another Story

Mungkin ini siri kartun terakhir akan saya lukis untuk tahun ini. Ingat lagi tak pada iklan Battleball.inc saya hari tu? Entah macam mana sudah futur idea untuk menyambungnya. Sekarang datang pula idea lain untuk melukis, tapi masih bertapak pada siri itu. Saya namakan siri ini Battleball: Another Story (BBAS). Hmm, macam-macam imaginasi pelik sehari dua ni, ya.

Berbeza dengan Battleball.inc, BBAS mengisahkan dua orang budak belasan tahun yang memiliki Battleball (BB) lagenda yang mempunyai kuasa dan potensi luar biasa. Seperti Battleball.inc, dua orang remaja ini (dinamakan Aki dan Garet) dikatakan istimewa kerana mahir mengawal BB pada umur yang muda (umur standard untuk mengawal BB dengan mahir ialah 21).

Nak dijadikan cerita, dua orang remaja ini akan berhadapan dengan seorang lagi budak belasan tahun yang memiliki kehebatan yang jauh lebih hebat daripada mereka. Remaja bernama Jed ini memimpin sebuah organisasi yang mahu memimpin dunia! Sangat tipikal, bukan? Hehe.

Komik ini tidak akan dilukis secara terperinci (detailed). Sekadar conteng-contengan saja, tapi masih boleh dibaca (sudah tentulah!). Doakanlah ia tak futur (sekali lagi).


Sampaikan Kami Ke Ramadhan

Beberapa minggu lalu saya menerima berita pemergian Pengetua Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Ustaz Hj Sulamuddin bin Hj Mansor. Disampaikan sendiri oleh bekas anak muridnya - abang saya.

Beberapa hari lepas saya dikhabarkan dengan pemergian seorang bekas pelajar Shoubra, Ustaz Azuan dari Terengganu, kerana masalah penyakit paru-paru.

Dan beberapa jam tadi, saya diberitahu tentang berita pemergian seorang pelajar Malaysia dari Syria yang baru datang untuk belajar di Tanta, Mesir. Dikhabarkan bahawa Allahyarham datang ke Mesir bersama ibu. Baru dua hari ibunya balik ke Malaysia, Allah telah menjemputnya.

Selepas entri ini ditulis, lebih kurang seminggu saja lagi untuk sampai ke bulan penuh berkat, Ramadhan. Sekalung al-Fatihah buat semua, semoga roh mereka dicucuri rahmat. Allahumma ballighna Ramadhan.