The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

31 Oktober 2007

Nilai Usahanya

"Mari, mari. Sticker murah, sticker murah."
Begitulah lebih kurang maknanya kata-kata seorang penjaja berbangsa Arab Mesir yang menjaja
sticker di dalam bas 710 semasa saya dalam perjalanan pulang ke Haiyyu Sabie', selepas sesi pembelajaran di Shoubra semalam.

Saya tersenyum. Bukan memandang rendah padanya, tapi gembira. Sekurang-kurang, dia ada usaha untuk menampung hidupnya walaupun dengan menjual
sticker.

Lebih baik dari menjual maruah diri.

Jangan sekali-kali anggap mereka yang menjual benda-benda picisan sebegitu orang yang hina. Tidak! Bahkan itu kerja mulia. Saya kagum dengan usaha mereka. Cuba anda bayangkan anda sendiri berada di tempat mereka. Bayangkan sendiri, tanya iman, tanya diri anda!

p/s: Kepada Kakak, jutaan terima kasih atas hadiah. Saya terharu!

30 Oktober 2007

Kecewa

Saya terasa ingin saja menumbuk lantai berkali-kali malam ini. Bengang. Geram. Marah. Biar berdarah tangan saya. Kecewa!

Entah kenapa perasaan ini membuak, meletus-letus persis lahar gunung berapi Kilauea di Hawaii. Saya rasa ingin menjerit, melepaskan perasaan ini.

Seketika, saya beristighfar. Perasaan tersebut senjata syaitan. Menggeleng.

Semuanya kerana adik-adik baru yang langsung tak ambil endah pesanan dan arahan saya untuk pergi menyertai Majlis Persaudaraan dan Silaturrahim (MPS) PMRAM. Saya faham mengapa mereka tidak pergi kerana saya sendiri tidak menghadirkan diri pada MPS tahun lepas. Tapi saya rasa begitu menyesal. Menyesal kerana tidak dapat memetik buahan manfaat daripada program tersebut.

Saya mengaku. Rugi. Saya ketinggalan.

Dan saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada adik-adik baru. Tapi saya tak mampu. Marah dan kecewa, kedua-duanya ada.

Rabb, ampuni hamba-Mu.

18 Oktober 2007

Pengumuman: Battleball.inc

Sebelum pengumuman, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Tersedak.

Rasanya dah beberapa hari tak tersedak. Macam ada saja orang yang menyebut-nyebut nama saya (senyum), tapi tak apalah. As long as that certain someone doesn't do me any harms (sengih).

Tentang komik terbaru saya, Battleball.inc, sudah saya iklankan di sini, tapi saya rasa macam tak sesuai saja di-post di sini.

Saya putuskan untuk post siri kartun ini di hanristudio v2. Sebabnya? Battleball.inc berbahasa Inggeris jadi lebih sesuai diletakkan di laman yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.