The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

26 Jun 2008

Al-Fityan Is Here, At Last!

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu komik PMRAM, al-Fityan sudah sampai. Tapi sabar, ia masih belum diedarkan kerana proses mengecop belum siap lagi dan sedikit kontradiksi. Sedikit sahaja. Insya-Allah akan diedarkan tak lama lagi. Sabarlah. Orang Kelantan kata: "Ook sikit lagi." jelir

Di bawah ada saya sertakan kandid yang sempat ditangkap semasa saya mengecop semalam. Iya, berseorangan sahaja. 300 naskhah. Alah, no big deal lah. Saya tak kisah. Yang penting, saya puas hati dan bersyukur ia sudah berjaya diterbitkan!

24 Jun 2008

Jom Berpidato!

Tak semena-mena saya berpidato pula. Lari bidang ni, cik abang. Tak apalah, sekadar mahu mengiklankan, tak salah, bukan?

Aha, sesiapa yang berminat boleh rujuk kepada Setiausaha BKAN dan DPM masing-masing. Syarat-syarat penyertaan dan butiran ada termaktub di laman web PMRAM. Terbuka untuk ikhwah di perlembahan Nil.

Cepat daftar sebelum terlambat!

P/S: Mengapa sekonyong-konyong saya mengiklankan program ini? Entah. Mungkin ada pegang jawatan kot? angkatkening

20 Jun 2008

Budak Bionik (prolog, bahagian 1) - SIAP!

Setelah berhempas-pulas memerah keringat, akhirnya siap juga episod pertama Budak Bionik yang akan dimasukkan dalam komik PMRAM; al-Fityan, edisi kedua. Akhirnya! Bukan senang nak siapkan episod pertama ni. Terpaksa berdepan dengan karenah laptop yang acapkali hang, kemalasan (sudah tentu!), dan lain-lain faktor yang melengahkannya siap.

Syukur, permulaannya sudah beres. Harap-harap diberi kekuatan untuk menamatkannya. Doakan!

17 Jun 2008

Han (lagi?)

(klik untuk paparan yang lebih jelas)

Kartun ini telah dihantar ke Suara Kampus Edisi Perak (ATOM). Saya akui, walaupun panel-panelnya diletakkan sebegitu dan talk bubbles dijarakkan begitu jauh, ia masih terasa kekok untuk dibaca, seperti yang dikomentar oleh saudara Pultraman di dalam forum Alwancomics.com Maaf banyak-banyak ya. Akan perbaiki di masa akan datang.

01 Jun 2008

Kesibukan 2.0

(Header untuk hanristudio yang tak sempat ditampal :3)

Aih, apa kes? Macam mana ada 2.0 pula?

Kesinambungan sebenarnya. Sebelum ni sibuk, lepas ni semakin sibuklah kot. Tapi rasa-rasanya macam nak punggah saja sedikit beban di pundak (ketawa sinis). Tapi tak apa. Selagi ada kekuatan, akan digagahkan juga kaki untuk melangkah, tangan untuk menulis (atau melukis). Apa-apapun, selamat maju jaya untuk sahabat-sahabiat di bumi Kinanah ini.

Ganbatte yo!