The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

07 Disember 2008

Salam Eidul Adha!


Salam Eid buat semua. Ingin berceloteh lagi. Kali ini tentang pengorbanan. Haha, sejak seminggu dua ni, acap juga ya saya berceloteh? Tak apalah, esok lusa bila dah habis cuti, tak ada masa pula nak menghadap laptop. Blog pun mungkin lama ditinggal, tak dikemaskini. Bersawanglah jawabnya.

Kembali ke topik asal. Pengorbanan. Sedar tak, setiap tahun kita sambut Eid Adha. Khatib-khatib selalu berkhutbah tentang kisah nabi Ibrahim dan Ismail alaihimassalam. Tentang mimpi baginda, tentang bagaimana hari 'Arafah mendapat nama, peristiwa qurban, dan lain-lain.

Apa yang menarik perhatian ialah hanya segelintir masyarakat Islam memahami erti pengorbanan sebenar. Khutbah selepas solat mungkin sekadar pencukup syarat saja. Entah apa yang mereka takwilkan tentang erti pengorbanan, wallahua'lam. Saya tidak mahu mengulas akan definisi pengorbanan. Masing-masing mempunyai point of view tersendiri.

Namun, adakah mementingkan diri sendiri, seperti yang sudah terlalu obvious dalam kebanyakan masyarakat penganut Islam pada zaman ini, merupakan satu pengorbanan? Hanya cakna tentang perihal diri dan tidak mahu endahkan orang lain.

Ke mana perginya ruh "tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah saudaranya disayanginya sepertimana dia menyayangi dirinya"? Mengapa pula kebanyakan umat Islam saling berbalah antara satu sama lain?

Ya, perbalahan dalam umat Islam muncul sejak zaman dulu lagi. Mengapa? Antara yang menjadi penyebab ialah sifat keakuan dan tidak cakna kepada orang lain. Ingat, Allah tidak akan menimpakan bala'Nya hanya kepada orang yang fasik, bahkan juga kepada seluruh negeri/negara andai orang soleh di dalamnya enggan melakukan perubahan.

Tanggungjawab dan kepimpinan ialah sesuatu yang akan disoal kelak. Ingat, leadership is action, not position. Usah pentingkan diri sendiri. Jawatan di dunia tidak kan kekal. Segalanya milik Tuhan langit dan bumi. Kita hanya peminjam. Usah abaikan mereka yang memerlukan. Jangan lengahkan untuk memberi pertolongan.

Andai semua manusia sedar akan hakikat ini, dunia tentu aman. Berkorbanlah demi Allah. Segalanya akan menjadi manis andai Allah menjadi matlamat.


P/S: Nama pun berceloteh. Saya sendiri tak faham apa yang saya tuturkan ni. Selamat hari raya untuk semua. Hayati erti pengorbanan dengan sepenuh jiwa!
(Pesanan untuk diri sendiri juga.sengihnampakgigi)

2 ulasan:

azz_arhazza berkata...

Salam Aidiladha...


^_^

meo188 berkata...

nice pic bro....