The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

30 Mac 2010

Katakan 'YA' Pada Nikah


Ya! Zul Ikhwan Zahari berbicara bab nikah. Ezzat Afiq pun sama telah berkisah. Jangan cik abang, jangan melatah. Ini entri bicara telatah. Telatah dan ragam di dalam jemaah. Maaf didahulu andainya tersalah.

Nikah. Bicara tentangnya sudah panjang lebar tercatat di dalam Kitabullah. Persoalan yang paling kerap timbul di dalam benak setiap lelaki antaranya ialah: bersediakah aku untuk menjadi suami?

Pernikahan bukanlah sekadar lafaz akad di hadapan tok kadi, diperhatikan oleh wali-wali nikah. Saya percaya ia lebih dari itu, walaupun saya masih belum bergelar 'suami'. Diakui dan terbukti, ramai yang tahu teorinya sahaja - tentang tanggungjawab suami - tetapi secara praktikal atau amalinya, mereka cakap tidak serupa bikin. Kadang-kadang mereka yang bertaraf imam - atau yang lebih tahu hukum daripada orang-orang biasa - mengabaikan tanggungjawab ini.

Dan terkadang, saya juga menepuk iman, bertanya pada diri: adakah sudah layak gelaran suami itu saya pegang?

Senario masyarakat kita, sebolehnya tidak mahu bernikah sewaktu belajar. Ibu bapa juga ramai yang berpegang dengan ideologi sedemikian. Barangkali hampir 90 peratus ibu bapa berfikiran begitu. Mereka mahu tunggu, dan tunggu hingga habis belajar.

Dari satu sudut, memanglah tidak salah menunggu untuk habis belajar. Salah satu alasan yang amat kerap dilontarkan ialah pernikahan mungkin mengganggu pembelajaran. Tanggungjawab harus dibahagikan antara masa belajar, masa persatuan (jika ada), dan masa untuk keluarga.

Tetapi jika dipandang dari sudut yang lain, jika anda, sebagai seorang ayah - atau ibu - tahu anak anda sudah berkenan pada seseorang, dan dia masih belajar di universiti contohnya, adakah anda akan:

  1. Menghalang hubungannya? Ini hanya akan membawa kepada pemberontakan. Anak-anak remaja bukannya budak-budak yang boleh dimarahi begitu sahaja. Bila begini, mulalah berlaku anak lari dari rumah, kahwin lari, atau membawa diri.Tetapi tidaklah sampai berlumba lari.

  2. Meredai hubungannya? Oh tidak! Anda sebagai orang tua kepada anak anda perlu bertanggungjawab di atas isu ini. Ia bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. Meredai hubungan haram anak anda dengan gadis - atau pemuda - kesayangannya bererti anda telah menodai tanggungjawab yang Allah taklifkan ke atas anda!
Atau - yang sepatutnya - anda nikahkan anak anda dengan pilihan hatinya. Cara ini lebih tepat dengan anjuran Islam. Percayalah, jika anda biarkan anak anda dengan cara di atas, banyak maksiat akan berlaku. Banyak dosa yang diperoleh. Maka? Lebih baik nikahkan sahaja, selesai segala dilema, lengkap sebahagian agama!

Apa lagi? Katakan 'YA!' pada nikah.

7 ulasan:

Zul Ikhwan Zahari berkata...

rupa-rupanya saya tidak keseorangan menulis tentang perkara ini(ayat skema). Soalan, bilakah anda akan bergelar suami? Shafareez sudah jadi suami orang, anda tidak tercabar ke?
=)

Mior Khabir Zikri berkata...

Bila?

Saya belum bersedia. Hehe. Dan saya masih belum bersedia. :D

meo188 berkata...

kawin cpt2 bro

Kurniaan Ilahi berkata...

assalamualaikum.. izinkan nak copy gmbar2 di atas..

Mior Khabir Zikri berkata...

@Kurniaan Ilahi:
Permission granted. :)

ezzat berkata...

oh, haha
saya bercerita sedikit saja, yang tanggungjawab muslimin itu banyak
iaitu menyelamatkan dirinya dan juga ahli keluarga dari api neraka...
huhu

tapi saya masih memegang nasihat en.han ri...utamakan yang mana penting dulu, studi dulu, kang da dekat2 nak ujung blaja tu baru mau mencari pasangan..
ngegege~~

Mohd Izzu'ddin Ismail berkata...

YA!!!!