The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

13 Julai 2008

Bila Lidah Mula Beraksi

15 Jun 2008. Saya dikejutkan dengan satu SMS yang dihantar oleh seseorang yang mengatakan dirinya adalah salah seorang ahli gerak kerja sebuah seminar yang akan dilaksanakan di Iskandariyyah. Saya perlu membuat satu kertas kerja dan membentangnya di sana. Kertas kerja yang perlu dibuat ialah berkaitan dengan karikatur.

Ah, waktu itu, saya tergambarkan dua perkara; best dan tak best. Yang best - saya akan dapat peluang untuk bercuti-cuti merehatkan minda di Iskandariyyah sebab ada laut. Saya ni makhluk yang sukakan bayu laut. Fresh ! Tapi yang tak best-nya...

Saya perlu bercakap-cakap di hadapan audiens yang tidak kurang daripada 30 orang. Lebih teruk, mereka semua wanita. Ya, nisaa'!

Tentu ada yang tertanya: 'apa nak heran dengan perempuan? Diorang macam kita juga, manusia biasa.' Ya, saya tahu. Tapi itu bukanlah poin saya. Apa yang mahu saya nyatakan, kenapalah saya perlu membentangkan kertas kerja, buat kali pertamanya, di hadapan perempuan sahaja? Saya ni sudahlah jenis talk less, work more. Huhuh...

9 Julai 2008. Saya ke Medan Ramsis, berjanji dengan rakan sekerja, Don Daniyal, untuk bertemu di sana dan terus menaiki peugeot ke Iskandariyyah. Sempat lagi terdetik di hati saya, macam manalah saya boleh terima pelawaan SMS bulan lepas itu, ya?

Usai lebih kurang empat jam perjalanan yang meletihkan, kami sampai ke Sidi Gaber dan terus ke Sporting Kubra, tempat kediaman kenalan medic kami. Tak sangka bertemu Muaz, sahabat di bangku sekolah menengah, di situ. Pendek cerita, all's well that ends well. Kami bermalam di situ.

Di sebelah malamnya, saya dan Don sempat berbincang tentang persiapan menghadapi hari esok. Don tampil dengan idea-ideanya yang mengeringkan gusi, tapi sangat strategik. Saya kata esok pasti tangan saya akan terketar-ketar. Nasihat Don, ambil masa beberapa minit. Suruh mereka melukis dahulu. Ambil masa ini untuk survey persekitaran, ke mana perlu fokuskan pandangan. Eye-contact penting. Orang takkan nilai kita sebagai yang tiada pengalaman jika pandai bermain mata. Bukan bertujuan apa-apaan. Cuma, orang kata jika betul kaedah eye-contact, kadar nervousness akan turun.

10 Julai 2008. Pagi yang menyegarkan. Saya dan Don bersiap, bersarapan roti ala kadar, dan terus ke Mandarah menaiki tramco. Hampir sampai ke destinasi, saya mendapat panggilan daripada AJK bahawa program ditangguh lewat sedikit. Tak mengapalah, saya dan Don terpaksalah berjalan-jalan sebentar menghabiskan masa sehinggalah mereka mengisyaratkan bahawa program boleh dimulakan.

9:36 pagi, hari yang sama. Isyarat sampai. Kami bergegas ke tempat pembentangan kertas kerja. Masuk-masuk sahaja, darah hampir tidak boleh dipam ke kepala. Ramainya! 15 minit pertama tangan saya terketar-ketar, tapi dapat disembunyikan. Kemudian, ia mula reda. Saya makin selesa memberikan speech. Entah mengapa, saya tiba-tiba merasakan keseronokan melemparkan idea kepada mereka tentang sesuatu yang saya minat.

Tiga jam berlalu dirasakan begitu singkat. Betullah, bila kita keasyikan melakukan sesuatu yang kita suka, kita akan rasakan masa berlalu begitu pantas. Sama seperti bermain Photoshop. Don, pada sebelah petangnya memberikan sedikit lecture dan tips serta tricks tentang perisian ini. Saya memerhati dari belakang sahaja, terkadang tersengih bila Don sertakan idea humornya yang seakan tidak kehabisan.

Habis sesi kami, terus kami menuju sebuah jambatan, merakam mentari terbenam. Sungguh indah. Pun begitu, saya dapat rasakan kami tidak perlu ke sana, kerana kami kesuntukan masa!

Kerana bersetuju menolong DPMI mengangkut projektor balik ke pejabat PMRAM di Kaherah, kami terpaksa ke Mandarah semula (daripada Sporting Kubra memakan masa lebih kurang 20 minit) dan kembali ke Sporting Kubra, terus ke stesen di Sidi Gaber. Saya melihat jam. 9.15 malam. Kereta api akan bertolak jam 10.30.

Argh... Sempat ke tak ni? Harap-harap tiada berlaku traffic jam!

Penat betul malam tu. Hampir kami rasakan kami tidak sempat balik. Maklumlah, tiket sudah dibeli. Kereta api bukan seperti bas. Akan bertolak pada masanya. Yang terlewat akan ketinggalan. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Kami sempat ke stesen walaupun sedikit terlewat. Kereta api pun sampai lewat. Yang penting, tiket kami tidak burned begitu sahaja.

Perjalanan balik ke Kaherah memakan masa lebih kurang tiga jam sahaja. Sampai sahaja di rumah sewa, saya terus merebahkan diri di atas katil. Teramat penat. Alhamdulillah, Maha Suci Tuhan. Perjalanan kami, pergi dan balik, selamat.

Lebih penting, saya mula mahu membina keyakinan untuk beraksi dengan lidah, setelah sekian lama beraksi dengan jejari dan pepena sahaja... senyumkenyit

Sedikit kandid di sini.

1 ulasan:

semalu berkata...

salam,
tahniah kepada saudara.
terlakar pengalaman melukis dibumi mesir kali pertama(dlm pgrm), sungguh x tsangka
saya bpeluang mpelajariny secara khusus biarpun bukan melukis kos pengajian saya ^_~
macammnapun saudara hebat berkata2(dpn org).