The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

31 Oktober 2007

Nilai Usahanya

"Mari, mari. Sticker murah, sticker murah."
Begitulah lebih kurang maknanya kata-kata seorang penjaja berbangsa Arab Mesir yang menjaja
sticker di dalam bas 710 semasa saya dalam perjalanan pulang ke Haiyyu Sabie', selepas sesi pembelajaran di Shoubra semalam.

Saya tersenyum. Bukan memandang rendah padanya, tapi gembira. Sekurang-kurang, dia ada usaha untuk menampung hidupnya walaupun dengan menjual
sticker.

Lebih baik dari menjual maruah diri.

Jangan sekali-kali anggap mereka yang menjual benda-benda picisan sebegitu orang yang hina. Tidak! Bahkan itu kerja mulia. Saya kagum dengan usaha mereka. Cuba anda bayangkan anda sendiri berada di tempat mereka. Bayangkan sendiri, tanya iman, tanya diri anda!

p/s: Kepada Kakak, jutaan terima kasih atas hadiah. Saya terharu!

1 ulasan:

Azree MH berkata...

Semasa saya ingin ke masjid dari ampang park masa bulan ramadhan tahun ni, ada seorang penjual kuih raya menyuruh saya mencuba kuihnya. Masih kanak-kanak lagi.

Dan oleh kerana saya nak cepat, habis sahaja saya menelan saya mengucapkan terima kasih dan ingin berlalu pergi. Tetapi kanak-kanak perempuan tu macam rasa tersinggung. Sebabnya satu sahaja, saya tidak memberikan sebarang komen terhadap kuihnya.

"Owh, sedap kuih ni. Terima kasih." Dan baru terbayang wajah ceria kanak-kanak tu.

Mereka yang menjaja secara kecil-kecilan ini sebenarnya memerlukan semangat atau dorongan. Jadi, walaupun kita tidak membeli, berikan kata-kata dorongan kepadanya. =)