The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

17 Februari 2009

Demi Cinta ep 2

11-12

Seperti yang dijanjikan! Demi Cinta episod 2. Sebenarnya dah buat 4 muka surat (2+2) tapi sebab masih malas nak edit + laptop selalu buat hal, maka saya tangguh dulu. Ya, saya tahulah kerja bertangguh tak menjadi. Tapi ni lain kes. Senang-senang, yang orang sebut KIV tu la. Keep in view.

Entah apa maksudnya, tak tahulah labu. Ah, lagi senang kalau sebut postpone!

Apapun, sabar-sabarlah ya menunggu. Saya dah bagi amaran awal, jangan baca komik ni kalau rasa tak sabar nak tunggu sambungan. Hehe. Ops, sedang ada banyak kerja ni sebenarnya. Ponteng kerja sekejap tak salah, kan?

Sehingga berjumpa lagi di halaman-halaman seterusnya. Adieau!

13-14 *kemaskini - 22 Februari*


Untuk menjimatkan ruang entri, saya memutuskan untuk meletakkan kesemua 10 mukasurat di dalam satu pos. Lebih memudahkan. Kan? =]

11 Februari 2009

Mengalah


Sudah sampai masanya untuk mengalah. Katakan pada diri, kamu tidak mampu membuat segalanya, memiliki segalanya, mencintai segalanya, menyukai segalanya. Sudah tiba waktunya untuk mengakui kekerdilan diri. Setelah sekian lama merasa 'mampu' dan 'boleh', sekaranglah masanya untuk mengatakan 'tidak'.

Bukan mengalah pada takdir. Tidak pula mahu salahkan takdir. Hanya mahu diri ini menjalankan taklifan sesempurna mungkin. Banyak taklifan, banyak bebanan. Banyak bebanan, sukar capai kesempurnaan.

Tidaklah pula ingin menjadikan kesempurnaan itu sebagai tujuan.

P.S : Demi Cinta episod 2 akan dimuatnaik tak lama lagi.

07 Februari 2009

Terhenti

Wira datang berjejak ke bumi hutan hijau yang kuyup lencun dengan darah merah pekat. Masih mengalir telus. Angin deras bertiupan, dedaunan terbang kelesuan. Wira mengeluh berat. Tidak mampu dia selamatkan bumi itu, bumi tumpah darahnya, bumi dia mula bertapak sebagai manusia. Sebagai makhluk yang bergelar hamba Allah.

Sesuatu muncul di pohonan hijau di belakangnya. Kemunculannya telah diduga. Pedang ditarik cepat dari belakang, dihayun deras tepat ke arah tetamu yang tidak diundang. Ia bingkas mengelak serangan pantas tersebut, walau terpalit sedikit luka di tubuh akibat terkena aura bilahan pedang.

Pohon terputus dua, tumbang tepat di hadapan wira. Gagak-gagak bertempiaran, meninggalkan bebulu pelepah hitam. Wira melompat pantas, mengambil pedangnya yang sedang melayang di udara, bingkas menapak di dahan sebatang pohon kayu agam. Wira tunduk, membisu.

“Kau masih hebat, Ryu,” ujar si Penunggu, lagak suaranya persis si Kaya Bongkak.

“Namaku Muhammad, bukan lagi apa yang kau tuturi, Akuma,” balas Wira. Si Penunggu tersedak, lantas tertawa. Hilaiannya bergema ke seluruh hutan. Sesiapa yang tidak biasa pasti kecut perut mendengarnya.


Terhenti di situ? Entahlah. Tak ada idea nak sambung. Share the frustration eh? :P

06 Februari 2009

Evolusi? Resolusi? Demonstrasi? Atau... Reformasi?


Zionisme: adakah sudah menular ke Malaysia?

Perak - Bertukar Gangsa atau Emas?

Masih menunggu-nunggu berita tentang Perak. Krisis meruncing. Kerajaan baru PR dilanda sebegitu besar ujian. Mampukah menahan penangan taufan ributan?

Yang mana menang, itu tidak penting. Kebenaran pasti akan muncul. Mungkin anda juga merasakan pelik, mengapa yang 'bertangan merah' diangkat menjadi pemimpin? Demokrasi di Malaysia, inikah dia?

Sedangkan Thailand yang tidak declare negara Islam pun mampu menjatuhkan kerajaan dengan kuasa rakyat.

Atau... adakah sudah ada pihak yang sedar akan kehebatan kuasa rakyat, dan bertindak sewenang-wenangnya untuk tidak menjadikan rakyat sebagai pemilih ketua dan pemimpin mereka? Dengan cara yang bagaimana pun, pihak tersebut, dengan gejolak nafsunya mahu merampas semula takhta yang suatu ketika pernah menjadi miliknya.

Kalau begitu, pihak tersebut memang bacul. Siapa mahu pemimpin bacul, sila angkat tangan. Yang angkat tangan tu pun, boleh jadi, sama bacul.

Evolusi

Mahu bertukar. Dari buruk kepada baik. Kepada yang lebih baik. Mungkin tidak yang terbaik, tapi, siapa tahu, kan? Dalam pada asyik sibuk memperbaiki diri, rasa marah masih tidak mampu dikawal sepenuhnya. Keluar dari mulut dan anggota badan, mungkin tidak. Tapi jari-jemari ini masih galak menyalurkan rasa geram dengan sifat mereka yang berada di sekeliling.

Pada apa?

Pada apa lagi, pada papan-papan dunia tanpa sempadan inilah! Masa untuk belajar memang betul-betul terganggu dek mereka yang masih enggan memahami. Nak tegur, sudah banyak kali. Nak tengking, sudah besar panjang. Enggan pula mahu memulakan perbalahan, nanti ada hati yang tidak senang.

Cukuplah dengan hiburan yang melampau, sahabat. Ladenilah kitab-kitab yang telah dibeli, yang bukan seringgit dua harganya, yang bukan sehelai dua tebalnya.

Cukuplah.

05 Februari 2009

Akhirannya...


Pernah sekali saya bermimpi terjadi seperti ilustrasi di atas. Ditusuk di dada kiri dengan alat semacam tombak. Seakan menghampiri saat kematian. Sudah lama rasanya saya alami mimpi ini. Mungkin sebelum memasuki tingkatan 5. Oh ya, pernah sekali lagi bermimpi semacam ini. Di waktu saya darjah 4 atau 5. Tak ingat. Sudah pudar.

Yang masih segar di ingatan ialah sedar-sedar saja dari tidur, terasa pedih di dada kiri, seakan ia betul-betul ditusuk sesuatu yang tajam. Sangat menyakitkan sampai meleleh air mata.

Ya, saya pernah memberitahu seseorang. Saya ingin mati dibunuh. Mati terkorban di jalan-Nya. Namun saya masih tidak pasti. Adakah saya bisa gagah untuk segala yang bakal diharung? Adakah saya mampu mempersiapkan diri untuk menghadapinya?

"Tutuplah kisah hidupku dengan penutup yang baik, ya Allah. Dan aku merayu pada-Mu, agar janganlah Engkau mengakhirinya dengan kesudahan yang buruk."

04 Februari 2009

Bangkit Semula!

Seminggu dua berada dalam keadaan yang agak down. Badan bermasalah, selepas satu penyakit hilang, penyakit lain bertandang. Demam. Habis demam, selesema. Lepas tu diarrhea. Fizikal dan mental memang down! Memang perlukan sokongan dari teman untuk melegakan dan membuat hati lapang. Namun, tunggu punya tunggu, tiada satu pun datang. Mengharap pula pada insan-insan tersayang. Tiada juga menampakkan bayang.

Mujur Abah menelefon memberi khabaran.
"Keluarga di tanah air semuanya dalam kesihatan.
Janganlah Angah, jangan kebimbangan.
Diam di sana hanya lagi beberapa bulan.
Tak lama kemudian kami nantikan kepulangan."

Pada Abah saya khabarkan.
"Kesihatan diri tidak berapa keruan.
Kepala berat asyik kepeningan."
Abah membalas, agak sindiran.
"Biasalah, agak lama duduk berjauhan.
Tak hairanlah kalau sudah kerinduan.
Sekejap demam, sekejap mampu ditahan.
Jagalah diri, jaga keselamatan.
Belajar di sana biar bersungguhan.
Biar balik dalam kejayaan."

Kata Abah jadi kekuatan.
Pada saya untuk kembali berjalan.
Jalan ini bukan sekadar jalan.
Ini jalan menuju kejayaan.
Mimpi bukan sekadar impian.
Mimpi untuk dijadikan kenyataan!


*Sesi memberi semangat kepada diri, tamat.*
**Sesi memberi tenaga bermula. Nights ;) **

"I am not powerful and agile,
But just too slothful and fragile.
Need people to take care and pamper,
and to rearrange myself,
my life in the most proper."

-Unbeknown