The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

07 Ogos 2008

Garis Panduan Menghantar Karya Kartun (kepada saya)

Sehari dua ni kepala saya pening. Sebab kebanyakan krew Al-Fityan menghantar karya yang besar saiz failnya. Pening, pening, dan pening. Baik, ikuti cara editing yang tidak memeningkan kepala saya ini:

1. Pastikan anda
scan karya anda dengan pilihan 300 dpi (dots per inche).

2. Pastikan warna imej yang di-
scan diset kepada Grayscale.

3. Hantar dialog dalam bentuk
Notepad sahaja sudah cukup.

4. Kalau anda mahu juga edit sendiri karya anda, pastikan ia kurang daripada 1 Mb. Antara cara untuk memastikan karya anda lebih kecil daripada 1 Mb:
-Tekan
Image>Image Size. Tandakan pada Constrain Proportions dan setkan Width kepada 1000.
-Jangan gunakan Save As. Gunakan Save For Web.

5. Lebih mudah, hantar saja bahan kasar karya (kertas) anda itu kepada saya. Saya akan siapkan semuanya (kan senang kalau semuanya macam ni).


Nota kaki: Panduan ini adalah untuk pengguna Adobe Photoshop CS 2. Jika ada kelainan, rujuk kepada yang pakar.
peace

2 ulasan:

MZP berkata...

saya pun nak belajar melukis.

kalau tak pernah lukis agak-agak ada bakat tak? huhu

Mior Khabir Zikri berkata...

Semua orang boleh melukis, Sifu. Macam menulis, kalau bakat zero sekalipun, masih boleh ditanam minat dan azam, di samping diperbanyakkan latihan untuk menajamkannya.

Jom la, Sifu. Melukis ni kadang-kadang boleh release tension.

Tapi kdg2 boleh buat tension juga. huhu.