The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

26 Mac 2008

Lewah Dalam Dunia Lukisan

Saya memang masih baru dalam arena ini. Bolehlah dikatakan baru berbanding abang-abang dan kakak-kakak yang turut serta dalam komik Alwan (ketika diterbitkan di Mesir) satu ketika dahulu. Tapi baru tak bermakna saya tak tahu apa dia maksud tajuk yang saya letakkan di atas.

Lewah boleh diertikan sebagai:

1. terlalu banyak hingga berlimpah-limpah, mewah;

2. berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu.

Jadi, apakah maksud berlewah dalam arena lukis-melukis? Seperti yang dilihat pada karya mereka yang baru bertatih untuk melukis (termasuk saya), kebanyakannya menggunakan ruang yang sedikit untuk melukis sesuatu yang banyak.

Contohnya, anda mahu melukis tentang cerita Sang Kancil dan Sang Buaya, di mana Sang Kancil yang ditangkap kakinya oleh Sang Buaya mahu melepaskan diri dengan helah dan alasan bahawa dia diutuskan oleh Raja Sulaiman untuk mengira bilangan semua buaya di dalam sungai tersebut, seraya melepaskan diri daripada menjadi santapan tengahari Sang Buaya. Jadi, adakah logik jika melakar cerita ini, satu persatu, di dalam satu muka surat sahaja?

Jawapannya, tentu tak cukup untuk anda lengkapkan cerita ini. Kalau tamat pun, lukisannya kecil-kecil sahaja dan dialognya pun tidak kenampakan sangat untuk sidang pembaca. Justeru, sudah semestinya tidak wajar!

Inilah yang dinamakan lewah.

Satu lagi keadaan di mana kelewahan berlaku ialah ketika mana si pelukis melakar terlalu banyak elemen yang tidak bersangkutan dengan jalan cerita, lalu menjadikannya terlalu tepu, panjang dan membosankan. Kalau lagi panjang, lagi menarik, tak apa. Betul tak?

Jadi, nasihat saya, melukis biar berpatutan dan ekonomik, sama seperti menulis. Kita melukis untuk berdakwah dan secara automatik bergelar pendakwah. Jangan biarkan orang melihat dan menilai kita sebagai pendakwah yang lewah dan bosan semata-mata kerana lukisan kita. Sama-sama kita teruskan usaha, majukan diri demi agama, bangsa, dan negara.

Selamat berkarya!

24 Mac 2008

Barisan Kepimpinan PMRAM sesi 2008

Struktur Organisasi Kepimpinan PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)


Presiden (Pengerusi HEWI)
KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Timbalan Presiden (Lajnah Perancang dan Panitia)
ABDUL MUIIZ MUHAMMAD

Naib Presiden I (Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
MD KHAIRUL ANUAR BIN MOHD ARIFF

Naib Presiden II (Lajnah Muhafazah)
MOHD RASUL BIN AMAT

Naib Presiden III ( Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan)
KHUSAINI BIN MD YUSOFF

Setiausaha Agung
SYAFIQ BIN ZULAKIFLI

Timbalan Setiausaha Agung
HANAFI BIN ZULKAPLI

Naib Setiausaha Agung (Lajnah Pendaftaran)
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME

Bendahari Kehormat
MOHD IBRAHIM BIN MANSOR

Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
MOHD AZIZUDDIN BIN AZNAN

Badan Pengetahuan dan Penyelidikan
MOHD AZRUL BIN ISMAIL

Badan Penerangan dan Penerbitan
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

Badan Ekonomi
MOHD ZUHAILI BIN SAIMAN

Badan Sambutan dan Rehlah
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN

Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
NIK MOHD ROSDI BIN NIK JUSOH

Struktur Organisasi AJKT HEWI PMRAM Sesi 2008
(bermula 22 Mac 2008)

Pengerusi HEWI
KHAIRUL ANUAR ISMAIL

Timbalan Pengerusi HEWI
NORFAIZAH MAD ALI

Naib Pengerusi I (Unit Perancang & Panitia)
HAFSAH ESA

Naib Pengerusi II (Unit Dakwah & Pembangunan Insan)
SITI ANISAH AHMAD

Naib Pengerusi III (Unit Muhafazah)
HERLINA SYARIAL

Setiausaha HEWI
SHAHIDAH AB MANAF

Timbalan Setiausaha HEWI
HALIMATUSSA'DIAH MOHD PUDZI

Naib Setiausaha HEWI (Unit Pendaftaran)
NORHAFIZA ABDUL WAHAB

Bendahari HEWI
MAHFUZOH SAIDINA ABU BAKAR

Unit Kebajikan & Kemanusiaan
NORHIDAYAH ABD RAHMAN

Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa
NOR HIDAYAH CHE YUSOF

Unit Pengetahuan & Penyelidikan
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA'ARY

Unit Penerangan & Penerbitan
NUR MAZNI AHMAD PAUZI

Unit Ekonomi
'IZZATI FARHANA MAHADZIR

Unit Sambutan & Rehlah
NORRAUDAH HANUM HJ SALIM

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan
SITI NORSANIYAH SHAPIIN


(Dipetik daripada blog saudara Syafiq)

20 Mac 2008

Mimpi?

(Prebiu kartun Project_22)

Menghitung hari, rupanya sudah tidak lama untuk saya menghadapi musim imtihan. Tersedar dari mimpi. Bukan mimpi di malam hari, tapi mimpi kesiangan, tika kerja menguliti diri. Kerja? Saya sudah bekerjakah?

Aduh. Tampar pipi. Perlu berusaha lebih gigih lagi!

12 Mac 2008

Seputar

Begitu banyak perkara berlaku dalam seminggu ini. Hal kecil, hal besar. Di Malaysia, di Mesir. Kebanyakannya menduga iman. Tuhan, bantulah kuatkan hati hamba-Mu ini!

6 Mac 2008- "Rumah kata pergi, kubur kata mari." Begitu ungkapan yang saya pahatkan di nubari. Walau sambutan ulangtahun keputeraan saya tidak disambut semeriah semasa berada bersama keluarga, di Malaysia, terima kasih tidak terhingga mahu saya ucapkan kepada mereka yang masih mengingati saya, mengambil berat akan diri saya, dan secara tidak langsung memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang. Buat kakanda dan adinda, ribuan terima kasih atas hadiah.
Khusus untuk ayahanda dan bonda yang telah mendidik anakanda selama 20 tahun ini, semoga Allah membalas segala jasa dengan balasan yang berlipat ganda dan menempatkan kalian bersama mereka yang berada di dalam redha-Nya. Amiin.

8 Mac 2008- Begitu ralit meneliti keputusan rasmi dan tidak rasmi pilihan raya ke-12 hinggakan sanggup tidur lewat. Alhamdulillah, rakyat Malaysia masih mampu berfikir waras. Rakyat tidak perlu takut kepada kerajaan. Kerajaan yang perlu takut pada kuasa rakyat. Rakyat hanya perlu menghormati kerajaan dan jika ada yang tidak kena dan tersimpang daripada landasan kebenaran, suarakan. Jangan berdiam diri! Kadang-kadang tertawa sendirian memerhatikan sebahagian politikus berbicara. Bukan kerana lucu, tetapi kerana apa yang mereka katakan jarang sama dengan apa yang mereka lakukan. Begitu sahih, bukan, kalam-Nya?

10 Mac 2008- Mendapat berita buruk. Tidak perlu dijelaskan. Apa yang pasti, saya dan housemate akan berpindah sekali lagi. Maaf, PERLU berpindah. Saya sudah cukup mual, sampai menyumpah seranah, dengan sikap buruk segelintir rakyat arab Mesir. Tak perlu saya cemarkan blog ini dengan cacian dan makian. Pun begitu, dalam keresahan hati untuk mencari rumah baru, alhamdulillah, laptop saya telah kembali beroperasi dengan baik. Belanja membaik pulihnya tidaklah terlalu mahal seperti yang saya jangkakan. Syukur, mungkin selepas ini saya akan dapat meneruskan karya tanpa sebarang gangguan. Tapi sebelum itu, kena cari rumah barulah nampak gayanya!


(Prebiu kartun Proto-X)

08 Mac 2008

Tujuh Golongan

*Kartun ini telah diterbitkan di dalam Buletin An-Naba' bilangan 67.
Klik untuk imej yang lebih jelas.