The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

06 Jun 2007

Diari: Memori Memento Spektrum ‘07

Ketika melalui jalan balik dari Shoubra ke Hayyu Sabie’, Kaherah, saya terpandang bangunan Nadhi Riyadhi. Tersenyum sendirian. Teringatkan masa lalu. Di situ Memento Spektrum. Di situ ia berakhir.

Petang itu, masih saya ingat, hari Isnin, 26 Mac 2007 bersamaan 7 Rabi’ul Awal 1428, kami bersiap-siap menuju Nadhi Riyadhi menaiki teksi. Dekat saja, tidaklah mahal sangat kalau menaiki teksi. Kalau destinasi jauh, alamat kering poketlah saya!

Kerja-kerja persiapan dewan masih belum siap disebabkan tertangguh. Orang-orang tua ada menyebut, kerja bertangguh tidakkan siap. Namun perlu disebut di sini, pertangguhan ini bukanlah disebabkan ahli gerak kerja sendiri, tapi kami berhadapan dengan orang arab. Kami dah begitu mafhum dengan fe’el perangai orang arab. Begitulah, kerja kami tertangguh disebabkan mereka. Bukan saya mahu menuding jari kepada orang arab. Iyalah, manusia ni rambut sama hitam, hati lain-lain. Tak begitu?

Berbalik kepada scene di Nadhi Riyadhi. Kami bertungkus-lumus, membanting tulang untuk menyiapkan dewan. Alhamdulillah, walaupun terlewat sedikit, program malam itu dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Ops, tercerita kesudahannya pula. Kita rewind sedikit, ya. Lupa pula nak beritahu. Entah macam mana saya ni boleh terpilih menjadi salah seorang ahli kumpulan nasyid yang akan membuat persembahan malam itu. Entahlah [senyum].

Kumpulan itu terdiri daripada enam orang vokalis, dan lima orang percussionists. Abdullah Fahmi, juara Akademi Al-Quran adalah ketua kami, walaupun tidak kami lantik secara rasmi, namun saya rasakan dia memang sesuai memegang title ketua.

Semasa kami berlatih beberapa hari sebelum Memento Spektrum, berlaku sedikit perselisihan faham. Sedikit saja. Namun, kerana sedikit itulah kami hampir-hampir tidak jadi membuat persembahan. Mahu saja tarik diri. Tapi selepas kami berbincang dengan baik, membuang jauh prasangka jahat, saling memberi teguran seadanya, dan bermuhasabah, kami kembali bersatu sebagai satu kumpulan. Tidak kan terhidu haruman mewangi andai tidak dinyalakan setanggi, tiada pula manisnya kehidupan jika tiada ujian sebegini. Betul, bukan? Waduh, kok berkias pula! Hehe…

Malam itu, selepas solat Maghrib, kami bersiap untuk rehearsal. Tapi entah macam mana, tak jadi juga. Rehearsal sebenarnya akan dilakukan di atas pentas, untuk mencuba-cuba mikrofon, mendapatkan posisi yang baik dan lain-lain, namun memandangkan pentas pun dalam pembikinan lagi pada masa itu, terpaksalah kami batalkannya. Rehearsal hanya dibuat selepas solat Isya’ di bahagian belakang dewan tanpa menggunakan mikrofon. Kemudian, doa dibacakan oleh Abdullah Fahmi, mengharap agar persembahan kami dapat berjalan dengan lancar. Ameen! Kemudian dia berpesan kepada seluruh ahli kumpulan: buatlah yang terbaik dan apa-apa kecacatan yang berlaku, redhalah! Lantas, kami berenam bersalaman dan berpelukan. Ukhuwwah fillah abadan abada.

Akhirnya, saat yang ditunggu jelang tiba. Kumpulan kami dipanggil untuk tampil ke atas pentas. Saat ini, ketika saya sedang menaip diari ini, masih terasa lagi debarannya. Saya masih mampu bayangkan bagaimana saya merasai jantung saya menendang-nendang.
Percussionists mengambil tempat dahulu. Senyap. Audience ternanti-nanti persembahan kami. Semuanya senyap. Berdebar sungguh saya pada masa itu!

Muzik intro dibunyikan menandakan para vokalis perlu naik dan mengambil posisi masing-masing. Saya adalah yang pertama naik ke pentas, diikuti rakan anggota yang lain. Ditakdirkan saya berdiri betul-betul di hadapan bahagian akhawat! Aduh…semakin berdebarlah si jantung hati ini! Bukan apa, kalau hal-hal yang berkaitan dengan wanita ni (kecuali keluarga sayalah…), saya memang tak dapat excel. Tak biasa. Iyalah, faham-faham saja, hampir enam tahun di MTAQ Pulai Chondong, tak pernah bergaul dengan perempuan. Memanglah pergaulan bebas tu haram, tapi dalam hal-hal seperti berpersatuan, berprogram, dan lain-lain, interaction and communication diharuskan asalkan menjaga batas hukum. Tapi part ni pun, saya geleng kepala. Surrender.
Kembali ke situasi di hadapan audience. Saya mengambil mikrofon. Testing, one, two, three. Baik. Mula!

Memang pada mulanya saya rasakan begitu berdebar. Sampai saya terbayangkan bahawa kot hitam yang saya pakai ni terkoyak di bahagian jantung! Begitu hebat sekali debaran yang saya rasa malam itu.

Tipulah kalau saya katakan saya tak ada rasa gementar langsung berdiri di hadapan ratusan penonton. Malah wakil kerajaan negeri Kelantan pun hadir! Datin Sabariah, isteri YAB Tuan Guru juga ada. Bayangkanlah sendiri jika anda di tempat saya. Tentu tak terbayangkan.

Alhamdulillah, selepas satu lagu habis didendangkan, saya sudah mampu mengawal rasa gementar. Dua lagu selepas itu, alhamdulillah, mampu saya habiskan dengan selesa.
Syukur, persembahan kami selesai tanpa ada apa-apa kejadian yang tak diduga. Kami turun dari pentas, menarik nafas lega. Segala puji bagi Allah!

Acara diteruskan sehingga akhir. Spektrum ’07 berakhir dengan baik. Seperti yang saya katakan tadi, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagi saya, malam tersebut adalah malam yang paling best sejak saya sampai di Mesir sehinggalah saat saya menaip diari ini.

Namun, tidaklah saya katakan persembahan kami pada malam itu adalah perfect. Tidak. Banyak cacat-cela, dan kami tidak nafikannya. Kami hanya mampu lakukan yang terbaik, dan kelemahan yang ada, kami harap mampu kami perbaiki jika masih ada Spektrum pada masa akan datang.
Jumpa lagi, SPEKTRUM!

Noktah.