The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

18 Mei 2007

Misi Belum Tamat (terbitan Suara Kampus Edisi Kelantan vol. 37)

BISMILLAH.”

Kuberbisik di dalam hati. Sejurus, aku melontarkan tubuhku ke bawah, di samping tanganku erat memegang tali yang sedari tadi kugenggami. Badanku menerobos, memecahkan tingkap kaca yang harganya kurasakan tidaklah berpatutan dengan keampuhannya. Lantas kakiku pantas menerjah pengawal yang berdiri tak jauh dari situ. Alhamdulillah seorang saja warden yang berkawal di situ. Syukur kurafakkan ke hadrat Ilahi.

Aku kembali ke situasi di penjara tersebut. Seperti biasa berdenyut lebih kencang. Namun tiap saat tidak kulepaskan hatiku dari zikrullah. Aku gegas ke panel kawalan yang berhampiran, menaip satu persatu kod yang dikehendaki. Jangan kehairanan. Aku belajar semua ini dari Akademi. Dan sekarang, aku seorang yang mahir dalam bidang ini.

Access granted” Tutur mesin tersebut. Sejurus, pintu sel terbuka. Seorang banduan keluar terpinga-pinga. Dia mungkin tidak mengenali aku, namun aku arif benar tentang dirinya.

Who’re you?” Tanyanya, berdialog dalam bahasa Inggeris, namun dari segi butir percakapannya, aku dapat ‘menghidu’ bahawa dia merupakan warga Perancis.

Let’s just say that I’m your guardian angel,” Balasku, sedikit tersenyum. “Now let’s get out of here.”

Aku mengepalai larian kami ke tingkat atas bangunan penjara tersebut. Di dalam hati, aku tidak putus-putus berdoa moga-moga perjalanan kami selamat. Aku sempat menoleh ke belakang. Di bahagian dada baju banduan tersebut tertera ‘Robinson’ pada tag namanya. Sahih. Aku tidak silap. Dialah orangnya.

Wait.” Ujarku. Langkahku terhenti. Aku dapat merasakan seseorang sedang menuju ke arah kami. Mungkin warden penjara, bisik hatiku.

Aku menarik tangan Robinson dan meluru ke dalam sebuah bilik yang tiada berpintu. Kami diam. Terdengar derapan tapak kasut mendekati.

Dari luar, suluhan lampu suluh menerjah ke dalam bilik, melilau-lilau, mencari-cari punca bunyi yang mencurigakan tadi. Seekor tikus hitam mencicit lari dari panahan cahaya lampu suluh yang merimaskan.

Only a mouse?” keluh warden tersebut. “Strange.”

Pengawal tersebut berlalu.

Aku melafaz kalimah tahmid. Setelah kurasakan warden tadi berada jauh, aku menapak keluar dari bilik tersebut bersama Robinson.

Kami sampai di tingkat paling atas. Robinson masih nampak termangu.

You’re safe here, Robby. Wait a nice little second here, okay?” tuturku pantas. Aku menapak menuruni tangga besi.

Where’re you going? You aren’t going to do some tricks to me, right?”

I love tricks, Robby. But this is not the time for that. I am going to get us out of here.”

Di bahagian tengah bangunan penjara tersebut, di mana panel kawalan pusat berada, seorang warden penjara sedang leka menghisap rokok. Seketika, dia meletakkan puntung di tangannya itu ke dalam bekas abu rokok dan mengambil cawan di sisi. Coklat panas dihirup. Dinikmati.

Pintu diketuk beberapa kali. Warden itu tersedak, lantas menyumpah seranah sedikit. Dia kemudiannya bergegas ke arah pintu. Daun pintu dikuak. Kelihatan seorang lelaki serba hitam di hadapannya. Senyuman dihadiahkan sebelum pandangan warden tersebut bertukar gelap.

Aku segera ke panel kawalan. Bebutang ‘activate’ kutekan. Sejurus, pintu-pintu sel dibuka serentak. Banduan-banduan di dalam terpaku sebentar dan bingkas bangun, menapak keluar untuk melarikan diri sejurus selepas itu.

“Zul, aku dah lepaskan mereka,” ucapku menerusi mikrofon di jaket hitamku. “Tapi aku rasa rancangan kau ni tak betul lah.”

Believe me, Haris,” ujar Zulfiqar. “Aku dah fikirkan semua ni. Rancangan ni flawless!”

“Iyelah tu. What’s the next step?”

Okay, listen close.”

***

Keadaan di penjara tambah kecoh. Semakin kecoh. Loceng penggera memecah sunyi, memberi getaran agresif pada osikel telinga. Ramai banduan ditembak warden penjara. Belum ada yang mampu lolos dari kawalan sekuriti penjara tersebut.

Seorang warden bergegas ke helipad di luar. Dedaun kipas mula brpusing selepas enjin dihidupkan. Kaki helikopter menjauhi helipad. Mesingan automatik diaktifkan di muncung chopper tersebut.

Muncung pistol didekatkan pada bahagian belakang kepala warden tersebut tanpa diduga langsung olehnya. Matanya terbeliak. Liur ditelan.

I know you value your life,” aku memberi amaran. “Get to the top of the building. At once.”

Warden tersebut tidak punyai pilihan. Dia perlu menigkut arahanku. Nyawanya jadi taruhan, bak telur di hujung tanduk. Dia lantas menavigasi ke tingkat paling atas.

Get up here, Robinson!” jeritku. Banduan tersebut bergegas ke tingkap dan terus melompat, mencapai tali yang aku turunkan, lantas memanjat masuk ke dalam helikopter.

Aku lantas menuturkan arahan kepada warden yang memandu helikopter tersebut, tanpa sesaat pun aku lepaskan muncung pistol dari belakang kepalanya. Kenderaan udara tersebut meluncur laju membelah bayu malam.


DUA

Haris terjaga dari mimpi indah. Telefon di sebelah katil diangkat. Deringan yang membingit, membosankan telinga, langsung mati. Terputus nafsu tidurnya. Salam di hujung talian dijawab.

“Abang… Abang okey?”

Nafas dihembus lembut, malas.

“Baik saja,” jawab Haris. “Kenapa ni, Mira? Macam ada sesuatu saja.”

“Tak apalah kalau begitu,” jawab Mira, suaranya seakan dilapik, kurang jelas. “Abang jaga diri elok-elok ya.”

Haris termengu. Nada wanita itu kurang enak didengari.

“Sayang, kenapa ni?”

Mira lambat menjawab pertanyaan suaminya.

“Tak ada apa-apalah,” jawabnya.

“Mira…” Haris mendesak.

Tiada jawapan hujung talian. Respon yang diharapkan Haris tidak muncul-muncul. Sebaliknya suara esakan yang kedengaran.

“Mira, kenapa sampai menangis ni?” Pantas Haris bertanya. Jiwanya langsung disantau resah.

“Mira… Mira mimpi…”

“Mimpi? Mimpi apa?”

“Mimpi abang kena… kena tembak! Mira takut, bang…Mira takut kalau… kalau—”

“Dah, dah. Cukuplah tu. Kan Mira bermimpi saja? It’s just a dream. Istighfar banyak-banyak. Doakan keselamatan abang. Insya-Allah abang selamat.”

Mira masih teresak-esak.

“Sudah, Mira. Ambil wudhu’, lakukan solat sunat dua rakaat. Tenangkan hati dengan mengingati Allah. Kan abang selalu pesan macam tu?”

“Abang… abang berjanjilah pada Mira. Berjanjilah abang akan balik ke Malaysia dengan selamat.”

“Insya-Allah. Abang janji.”

Talian diputuskan. Haris menarik nafas. Menghempaskannya dari relung jiwanya yang resah. Tuturan isterinya membuatkan keresahannya mengombak. Misinya perlu diteruskan. Misi yang menjadikan nyawanya sendiri sebagai taruhan. Dan pada masa yang sama dia juga mahu kembali kepada ke pangkuan isteri tercinta.

Sekali lagi telefon berdering menghancurkan lamunan.

“Haris, maaf mengganggu. But this is urgent.”

TIGA

Rumah Api Punta Blanco,

Peru.

Zulfiqar melaporkan padaku bahawa sumber-sumber dari ejen perisikan melaporkan tentang rumah api di Punta Blanco, berdekatan dengan kubu di Peru. Ia digunakan sebagai sebuah pengkalan pasukan pengganas Peru. Mereka bertindak secara gerila; taktik yang lazim digunakan andai ketumbukan tentera tidak banyak. Pun begitu pasukan ini telah lumpuh disebabkan ketua mereka telah pun ditangkap pihak berkuasa Peru. Dan sekarang, mereka kembali aktif. Mengapa?

Kerana Robinson, banduan yang aku lepaskan beberapa hari lepas, adalah ketua mereka.

“Zul, aku dah sampai di rumah api. Tak salah lagi. Punta Blanco.”

Copy that. Kau perlu menyelinap masuk ke dalam. Tapi lekas. Dalam masa setengah jam lagi polis Peru akan tiba.”

“Polis? Baguslah. Bukankah kita bekerjasama dengan mereka? Sepatutnya aku tunggu sahaja kedatangan mereka.”

“Tidak. Robinson akan lari bersama kuncu-kuncunya. Seperti yang aku katakan pagi tadi, intelligence have gathered enough information about terrorrists from him. Thanks to you.

“Tapi dia buat rancangan bijak. Seolah-olah dia tahu rancangan kita. Dia buat panggilan palsu, mengatakan banduan yang telah melarikan diri tempoh hari berada di rumah api Punta Blanco. Di dalam bangunan tersebut, dia meletakkan beberapa bom kawalan, C4. Dan bila polis menyerbu…”

“Hmm… Hadiah halloween untuk polis Peru? Bijak sekali. Jadi apa yang aku perlu buat ialah…”

Menyah-fiuskan C4 adalah subjek mudah di Akademi. Pun begitu, kecuaian yang secubit pun semasa menyah-fiuskannya bisa menyebabkan penggera kecemasan membingit. Aku tahu aku perlu pantas dan cekap melakukan misi ini.

“Monitorku mengesan dua lagi C4 device dalam bangunan tu yang belum dinyah-fiuskan,” ujar Zulfiqar.

Roger. Apa lagi yang harus aku buat sebaik aku selesai menyah-fiuskan semua alat ini?” tanyaku.

“Tunggu aku datang. Aku akan set-kan extraction point pada peta di PDA kau. Keep an eye for it. A chopper will then pick you up.”

Ten-four, Sir.”

Aku siap menyah-fiuskan semua bom kawalan yang dipasang di dalam bangunan tersebut. Rumah api Punta Blanco mahu dihancurkan? Robinson memang gila!

PDA di poket sisi kuambil. Peta bangunan agam rumah api Punta Blanco dicerap dengan teliti. Terdapat satu titik merah pada peta tersebut. Aku faham. Extraction point adalah di puncak. Aku mengerling jam tangan illuminator, hadiah dari isteriku sendiri. Aku punyai 5 minit lagi sebelum polis Peru datang menyerbu.

***

Bayu dari lautan datang menyapa. Suasana begitu sepi. Terjahan lampu floodlight rumah api Punta Blanco membecarkan pandangan seketika. Aku kaku, tidak bergerak dari posisiku. Pistol HK P11 di pinggang tidak sempat kucapai. Kedua-dua tangan kuangkat. Bendera putih.

“Memang bijak, Haris. Kau memang bijak.”

Robinson mengukir senyum kambing. Pistolnya diacukan tepat pada dadaku. Tidak disangka pula Robinson petah berbahasa Melayu.

“Terima kasih, Robby. Manis nadamu bertutur bahasaku. Persis seorang Melayu yang berbudi bahasa,” balasku.

Robinson tertawa. “Kau masih sempat bergurau, kawanku. Ajalmu di tanganku sekarang, Haris. Sedarlah!”

“Tidak. Ajalku, juga ajalmu, malah ajal semua yang bernyawa adalah di tangan Allah. Dia yang berhak atas setiap nyawa. Dan kau, orang yang telah banyak menumpahkan darah dan mengorbankan ratusan nyawa manusia, pasti akan dibalas dengan balasan yang setimpal!”

Aku pasrah tika itu. Tawakkal yang total, yang tidak pernah kulakukan sebelum ini.

Robinson tertawa lagi. “Pandai kau bermadah, kawanku. Tapi sedarkah kau semasa kau melepaskan aku dari penjara tempoh hari? Yang bahawasanya aku adalah ketua kepada mereka yang bergelar pengganas di sini? Yang bahawasanya kau telah membuat satu kesilapan yang cukup-cukup besar?”

I’m a double-agent spy, Robinson. I know that what I am doing and what I’ve done is for human rights. For my religion, Islam. And for my people, the Muslims. Kau dah kalah, Robinson. Rancangan kau untuk hancurkan rumah api ini sudah aku gagalkan. Semua bom kawalan C4 yang kau pasang telah aku nyah-fiuskan. Sebentar lagi polis akan sampai. Kau akan meringkuk dalam sel kembali. Kemudian hukuman gantung sampai mati akan dijatuhkan. Mandatori!”

Robinson terpana. Matanya tampak kosong, tiada pergerakan. Pun begitu, sejurus, dia menghamburkan ketawa, yang pada mulanya perlahan, tetapi langsung bertukar seperti orang disampuk.

“Apa yang melucukan hati kau, Robby?” tanyaku. Gusar hati dibuatnya.

“Aku takkan mati di tali gantung, Haris,” laung Robinson dalam tawanya. “Aku akan mati di sini, di bangunan ini. Kita akan mati bersama, Haris!”

Aku senyap. Ada sesuatu yang telah dirancangkan oleh lelaki Perancis tersebut. Seolah dia telah menduga bahawa aku akan datang menggagalkan rancangannya.

The real explosives are at the center of this structure, Haris.”

Aku terpaku mendengarkan kenyataan Robinson tersebut. Kurasakan seolah jantungku berhenti mengepam darah ke pembuluh.

All the C4 devices are a made-up for you, Haris. I’ve expected this would happen. Aku dah menyangkakan semua ini akan berlaku, Haris!!!”

Aku masih tidak mahu percaya akan kata-katanya. Janjiku pada Mira kembali terngiang. Aku tidak boleh gagal dalam misi ini! Tidak!

“HAHAHA—”

Tawa Robinson terputus dengan tiba-tiba bagaikan terkena stroke. Tubuhnya melonglai, langsung rebah ke lantai. Di belakang badannya, kunampak kotoran merah merebak di bahagian kiri.

Sejurus, sebuah helikopter menavigasi separas dengan puncak rumah api Punta Blanco itu. Dalam kebecaran cahaya lampu helikopter tersebut. Aku nampak Zulfiqar yang memegang M40 sniper rifle, melambai-lambaikan thumbs-up kepadaku. Aku membalas signal tersebut. Kuukir senyum dan sempat pula aku kerling pada jasad Robinson yang sudah tidak bernyawa.

Masih ramai lagi manusia sepertinya di dunia ini. Misi aku masih belum tamat. Belum tamat.

Selesai.