The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

01 Ogos 2010

Semangat


Orang kata semangat ini serupa biskut. Sekejap kita nampak depan mata kita, atas piring. Beberapa saat selepasnya sudah sampai ke perut. Semangat itu boleh naik, boleh turun. Boleh jadi ia melayang setinggi awanan, boleh jadi ia menjunam jauh ke dasar lautan.

Apa yang menjadi masalah ialah bagaimana ia perlu distabilkan.

Tangan sakit juga menjadi sebab lunturnya semangat.
Kita perlukan semangat untuk melakukan sesuatu kerja. Tidak bererti dengan ketiadaan semangat, kerja tidak boleh dilakukan. Tentu sekali bila semangat tiada, kualiti kerja tidak se-HD* sewaktu semangat ada. Guru yang tiada semangat akan mudah tertekan - natijahnya senang naik angin dan akhirnya murid juga menjadi mangsa. Pelukis yang tiada semangat akan mudah hilang konsentrasi untuk melukis seraya meninggalkan lukisan, yang baharu tidak sampai separa siap, begitu saja - natijahnya karya tidak dapat dihantar pada waktu yang ditetapkan. Desainer yang tiada semangat akan jadi tipis kualiti desainnya, justeru, bila dihantar kepada editor, hasilnya akan ditolak - natijahnya dia akan rasa seperti mahu berhenti kerja.

Jadi, bagaimana cara untuk menjadikan semangat terus konsisten?

Sebenarnya ini adalah salah satu penyakit hati. Bila hati tidak tenang dan bercelaru, fikiran akan ikut sama meronta, berselirat. Masalah pula banyak, hendaknya pula diselesaikan semua sekaligus kerana masa sudah singkat.

Benar, mengurus masa itu penting. Sedar atau tak, semua ini bermula dengan diri sendiri. Bila pengurusan waktu itu cekap, tentu ini semua tidak terjadi. Pastinya dengan izin Ilahi, bukan kehendak sendiri.

Jadi, bacalah al-Quran, nescaya tenanglah hati.



(Perlukah berdoa untuk dikirimkan seorang isteri agar diri ini tahu erti konsistensi? Huu...)

__________
*HD - High Definition (definisi tinggi atau kualiti tinggi)

7 ulasan:

Thahar berkata...

Tapikan. Saya terfikir-fikir.
Apa motif sebenar gambar yang dipaparkan; tunjukkan tangan yang sakit atau tunjukkan joystick. Hehe..

Mior Khabir Zikri berkata...

Oh, itu gambar yang diambil secara spontan dan mahu muatnaik dengan tergesa-gesa. Tak sedar joystick itu ada di situ. :))

aminmenulis berkata...

Takpe, walaupun tak semangat. Kerja tetap kena jalan. Hehe..

Sila sambung budak bionik..

Berkahwin sepatutnya menjadi pengubat dan penguat diri kita..
tak gitu? hihi..

Apa pun, "La yukallifullahunafsan illa wus aha"

renung2kan, dan selamat beramal.

Seeru ala barakatillah. Kullu am wa antum bikhair..

Mior Khabir Zikri berkata...

Maafkan, nak tegur sikit ya. Majlis Mufti Kebangsaan telah menetapkan bahawa menulis ayat al-Quran dalam tulisan selain rasm Uthmani, yang bukan bertujuan untuk mengajar, adalah haram. Ini berikutan kerana ia boleh menyebabkan salahnya sebutan, justeru mengakibatkan tertukar maknanya maka terjadilah al-lahnul jaliy (kesalahan nyata, berdosa hukumnya).

Minta ambil perhatian ya. Terima kasih atas komentar. :)

meo berkata...

kalau dh ade calon, kawinlah bro... huhuhuhu

btw, ramadan is the time of the year... yes.. best2... :D

namik_pasha berkata...

ni macam gambar diambil menunjukkan tangan selepas bermain menggunakan joystick microsoft terlalu lama aje ni(bermain game)hehe

ps: berusahalah!

Mior Khabir Zikri berkata...

Telahan yang bijak, Encik Han! :D