The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

06 Februari 2009

Evolusi? Resolusi? Demonstrasi? Atau... Reformasi?


Zionisme: adakah sudah menular ke Malaysia?

Perak - Bertukar Gangsa atau Emas?

Masih menunggu-nunggu berita tentang Perak. Krisis meruncing. Kerajaan baru PR dilanda sebegitu besar ujian. Mampukah menahan penangan taufan ributan?

Yang mana menang, itu tidak penting. Kebenaran pasti akan muncul. Mungkin anda juga merasakan pelik, mengapa yang 'bertangan merah' diangkat menjadi pemimpin? Demokrasi di Malaysia, inikah dia?

Sedangkan Thailand yang tidak declare negara Islam pun mampu menjatuhkan kerajaan dengan kuasa rakyat.

Atau... adakah sudah ada pihak yang sedar akan kehebatan kuasa rakyat, dan bertindak sewenang-wenangnya untuk tidak menjadikan rakyat sebagai pemilih ketua dan pemimpin mereka? Dengan cara yang bagaimana pun, pihak tersebut, dengan gejolak nafsunya mahu merampas semula takhta yang suatu ketika pernah menjadi miliknya.

Kalau begitu, pihak tersebut memang bacul. Siapa mahu pemimpin bacul, sila angkat tangan. Yang angkat tangan tu pun, boleh jadi, sama bacul.

Evolusi

Mahu bertukar. Dari buruk kepada baik. Kepada yang lebih baik. Mungkin tidak yang terbaik, tapi, siapa tahu, kan? Dalam pada asyik sibuk memperbaiki diri, rasa marah masih tidak mampu dikawal sepenuhnya. Keluar dari mulut dan anggota badan, mungkin tidak. Tapi jari-jemari ini masih galak menyalurkan rasa geram dengan sifat mereka yang berada di sekeliling.

Pada apa?

Pada apa lagi, pada papan-papan dunia tanpa sempadan inilah! Masa untuk belajar memang betul-betul terganggu dek mereka yang masih enggan memahami. Nak tegur, sudah banyak kali. Nak tengking, sudah besar panjang. Enggan pula mahu memulakan perbalahan, nanti ada hati yang tidak senang.

Cukuplah dengan hiburan yang melampau, sahabat. Ladenilah kitab-kitab yang telah dibeli, yang bukan seringgit dua harganya, yang bukan sehelai dua tebalnya.

Cukuplah.

2 ulasan:

neem berkata...

salam.

dah seminggu x tgk berita, x baca surat khabar. xtau pun ada perhimpunan perak smlm. baru tahu bila ada org msge. sibuk. x sempat.

Mior Khabir Zikri berkata...

Tak mengapa, tak jadi dosa pun.

Tapi untuk menjadi seorang penulis yang baik, seseorang itu perlu memenangi isu dan berita terkini.

Apapun, selamat maju jaya utk Neem dalam apa saja yg Neem lakukan. Moga segala sukses diperoleh di dalam redha-Nya.