The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

28 Februari 2008

Meladeni Titian Seni Tulisan dan Lukisan

Saudara Zaki ada menyebut semasa di Kem Latihan Penulis siri ke-2: "menulis adalah sama dengan melukis". Saya setuju. Tapi tidak secara keseluruhannya. Mengikut apa yang Zaki jelaskan memang betul, tapi dari sudut pandangan saya, lebih tepat diungkapkan "menulis dan melukis adalah sama, tapi tak serupa".

Kenapa?

Anda mungkin terfikir, yang mana satu lebih sukar, menulis atau melukis. Kedua-duanya mempunyai elemen yang lebih kurang sama, tapi tidak serupa. Anda memerlukan bakat untuk menulis dan anda juga memerlukan bakat untuk melukis. Bagi saya yang baru novice, untuk menghasilkan karya yang bermutu, melukis lebih payah.

Bagi yang mahu mula berjinak dalam dunia penulisan dan lukisan, anda mungkin rasa putus asa dek bisikan hati yang mengatakan, "aku mana reti menulis/melukis. Tentu tak dapat lahirkan karya yang bermutu..."

Dari pandangan saya, perkara pertama yang anda perlukan adalah kemahuan dan kesungguhan. Melalui kemahuan dan kesungguhan untuk melakukan penulisan atau lukisan barulah terbitnya bakat. Bakat boleh diasah. Kalau anda tidak boleh menulis/melukis sekalipun, anda masih boleh melakukannya selagi mana anda mempunyai kesungguhan. Courage.

Ironi, andai anda tidak punya langsung kemahuan dan kesungguhan untuk melakukannya, anda tidak akan dapat capai apa yang anda citakan. Lainlah kalau anda sudah sedari lahir lagi mempunyai bakat semulajadi untuk menulis/melukis.

Pun begitu, bakat yang dikurniai bukan untuk dibangga. Saya pernah beritahu kepada seorang rakan bahawa bakat yang kita ada ini bukan untuk dibangga-banggakan, malah ia jadi tanggungjawab kepada kita untuk pergunakannya demi Islam. Semestinya kelak akan ditanya ke arah mana dipergunakan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Termasuklah bakat yang sedia ada.

Justeru, jika anda mampu menulis/melukis, gunakan kebolehan dan kemampuan anda tersebut untuk Islam.

Tiada ulasan: