The Bloglord

Foto saya
Author, blogger, comic freak, designer, editor, gamer, hermit, photographer, reader, student, teacher, traveler, writer.

11 November 2007

Menggunakan Emoticon di Blogger

Saya teragak-agak. Selepas saya mendirikan rumah (bukan rumahtangga :> ) di Wordpress, saya mula rasa semacam tak best saja berumah di Blogger. Teragak-agak mahu men-delete hanristudio.

Nak tau kenapa?

Salah satu kekurangan besar yang ada pada Blogger, adalah ia tidak mempunyai built-in Emoticon seperti di Wordpress. Pun begitu, mahu tak mahu, saya masih tidak ingin menghapuskan hanristudio. Banyak kenangan. ;)) Lagipun, saya dah menemui jalan untuk mengurangkan kekurangan yang terzahir di dalam sistem Blogger. Masukkan saja Emoticon ke dalamnya!

Mudah saja caranya. Anda hanya perlukan Firefox (versi 2.0 atau 1.5). Anda boleh memuat-turunnya pada pautan ini: Firefox dengan Google Toolbar.

Langkah seterusnya, anda memerlukan Greasemonkey dan skrip khusus untuk menambahkan ciri Emoticon pada posting anda.

Untuk terakhirnya, anda perlu mengubahsuai CSS pada blog anda untuk mengelakkan adanya border pada Emoticon. Cuma tambahkan di akhir CSS:


img.emoticon {

padding: 0;
margin: 0;
border: 0;
}

sebelum baris:
]]></b:skin>

Selamat mencuba! <:-P

P/S: Credits for :
wolverinex02.

4 ulasan:

Mior Khabir Zikri berkata...

Juga boleh diletakkan di halaman komentar. Ikuti tutorialnya di Blogger Hacked. :D

Mior Khabir Zikri berkata...

Untuk cara yang lebih susah untuk mengubahsuai RSS di blog anda, rujuk Some Template Tips & Trick.

Selamat menggodam! :D ;) :D

Mior Khabir Zikri berkata...

Kepada makcik, thanks banyak-banyak. Ada banyak masalah sebenarnya dan post ini tak sempurna semalam. Terima kasih kerana sudi mengubahsuai. :D

neem berkata...

sama2 pak cik!